Tarikh 4 Julai 2012, sebelum kami ke Sendai melawat kesan tsunami, pagi tu kami ke Shoso Rose Park Garden yang terletak di Nanyo, 20 minit perjalanan dari rumah. Rose Garden ni dibuka khas untuk pelawat melihat beratus jenis bunga Ros yang ditanam disitu.
Rose Garden ni dibuka pada pertengahan Jun sehingga awal Julai sempena Rose Festival yang tiap tahun diadakan. Bayaran masuk 300yen seorang.
SubhanaAllah.. memang cantik bunga2 ni. Haritu cuaca panas, bunga Rose banyak yang dah terlebih kembang. Tahun lepas kami tengok bunga Ros di taman terbesar terletak di Higashizawa Rose Park di daerah Yamagata jugak.
Layan gambar bunga je la. Bunga Rose ni semua bernama tapi tak terhafal pulak nama dan jenis bunga Rose ni. ;)
Pemandangan taman bunga Rose yang terletak di atas bukit. Ada lebih kurang 6000 pokok yang ditanam di taman ni dan 340 jenis bunga Rose yang ada.
Model mama yang sudi bergambar. Waktu ni kami je yang pergi Batrisya dan Haziq sekolah lagi.
Suka tengok bunga rose yang ada kaler kuning dan merah ni, tapi semua bunganya dah terlebih kembang.
Alhamdulillah berkesempatan lagi melawat taman bunga Rose di sini. Walaupun cuaca panas hari tersebut tapi kami tetap enjoy menikmati keindahan alam semulajadi yang cantik sebegini. :D
*Terima kasih komen rakan2 di atas entry kisah kehilangan di bawah. Saya sangat hargainya. ;)
17 comments:
cantik2 semua, suka yang gabungan merah dan kuning tu, mcm tak pernah nampak je kat sini....huhu
Bestnya tgk rose i loike
seronoknya kak dikelilingi dgn bunga2 ros yg cantik n warna warni ni hehehe... haqem leh jadi model bunga rose lah pas ni.. hehe
As,
indahnya dunia! Kak Amie rasa tenang, damai dan nak duduk lama-lama kat taman bunga ros, menikmati keindahannya, menghidu harum baunya... ah!
Ya Allah.. cantiknya..best klau dapat p sana kan.... :)
tahun ni tak berkesempatan lagi pi rose garden..asyik hujan je wiken..
tapi,mmg cantikla kak..suka roses!
mmg panas sgt la tu ye,siap berpayung nampaknya..hehe
wah!cantik nya bunga ros tu...buat vi rambang mata. vi suka sgt2 dgn bunga ros. Hari tu balik Kuching, Sarawak vi rembat 4 biji keronsang bunga ros. sb kat KL x jumpa pun.
Subhanallah....cantiknya. Apa lagi jika berada disana.
Subhanallah....cantiknya. Apa lagi jika berada disana.
alahai teruja dgn ros kat sana kan.. 1st time jumpa y colorful and besar muka ..
Cantiknya bunga2 rose nie.
subhanallah..semuanya cantik2..indah ciptaan Allah..
subhanallah as..acik ni memang suka sangat tengok bunga ros yang cntik2 ni.boleh acik simpn gambr2 ni ke as..
Geramnya tengok!!!
sangat cantik!!! tak berpeluang lagi nak tengok roses kat sana
nadiah tak buat lagi entri pergi rose garden. banyak sangat entri tertangguh. haih..
Kalau ada kat M'sia, sure akak dah kerat batang2 ros tu untuk di tanam.
Post a Comment