Tuesday, July 10, 2012

Melawat kesan dan tapak Tsunami di Sendai

Hari Rabu 4 Julai 2012, kami bawa in-laws melawat kesan2 dan tapak Tsunami yang berlaku pada 11.03.11 di persisiran pantai Sendai. Walaupun banyak dah dibaik pulih tetapi kesan dan tapak masih ada lagi. Peristiwa bersejarah yang pasti tak akan kami lupakan sepanjang berada di Jepun. Walaupun tempat kami berada jauh dari tepi laut (2 jam perjalanan) tetapi kesan akibat gegaran dan gempa sangat terasa di sini. Gempa bumi bermagnitud M9 di pusat dan tempat kami M5 memang sangat terasa. Paling tak boleh lupa kehabisan bekalan makanan dan catuan petrol kenderaan. Alhamdulillah.. Jepun cepat betul recover semula tak sampai sebulan semua kembali seperti biasa kecuali tempat2 terutama bandar dan kampung yang hanyut dan terus lenyap di muka bumi... ;(
Gambar kiri atas tu ada pembesar suara untuk amaran kedatangan tsunami. Walaupun mereka dah dilatih untuk menyelamatkan diri, tapi siapalah boleh menghalang ombak setinggi lebih 10 meter melanda tempat mereka. Yang tinggal hanyalah tapak rumah, banyak jugak rumah2 baru didirikan di kawasan ini. Tapi masih banyak jugak tapak rumah yang masih kosong, mungkin tuan rumah dah tak ada waris ataupun mereka berpindah ke tempat lain.

Kami berhenti di sebuah taman rekreasi dulunya di tepi laut. Sedih jugak tengok tempat ni yang dulunya cantik, sekarang tinggal kesan2 kerosakan yang mungkin ambil masa untuk dibaik pulih. Tapi memang nampak ada usaha untuk membaik pulih kawasan ini, mungkin kerana kerajaan Jepun lebih utamakan yang asas dulu sebelum baik pulih tempat2 yang kurang kepentingan. Banyak kerugian Jepun, esp. penggunaan tenaga nuklear tu.
Kerosakan yang tak terjangka akibat tsunami. Jalan raya yang terputus tetapi dah dibuat lencongan lain. Kalau nak tengok bandar yang teruk musnah akibat tsunami dan gempa bumi agak jauh ke utara. Tapi di sini pun dah cukup untuk melihat kesan yang ada.
Sempat pulak berposing, Memang tak terjangka air laut dibelakang tu akan naik sehingga berbelas kilometer ke daratan. SubhanaAllah..
My in-laws baru ada gambar. ;) Batrisya sempat pulak main loceng kuil tu. Dulu kuil kat sini, sekarang ni cuma tinggal tiang je. Kami ke sini dah lewat petang sebab tunggu budak2 balik sekolah. Plan asal mama malas nak ikut tapi alang2 dah keluar pagi tu ikut jugaklah. ;)
Dalam perjalanan turut ternampak deretan kereta yang rosak akibat tsunami dikumpulkan di suatu tempat. Berpeluang melihat depan mata sendiri kesan kejadian alam memang menginsafkan, apatah lagi mangsa2 yang kehilangan tempat tinggal, ahli keluarga, kerja dan sebagainya. Moga kita semua terus dilindungi walau di mana berada dan terus meningkatkan ketakwaan kita padaNya. Amin..

28 comments:

SURIA AMANDA said...

sgt sedih..seriau la citer pasal tsunami ni...

Cik TeN10 said...

Peristiwa yg memberi seribu satu pengajaran..bila fikir2 balik rsa bersyukur sgt sbb kita yg ada kat sini adalah insan yg terpilih utk menghadapi bencana yg besar mcm tu..

Itu yg membuatkan sy kagum tu..semangat diorg utk bangkit semula tu sg tggi..cepat sgt diorg bgn balik..

dilabangiWORLD said...

rasa insaf pulak...
sedih mengingat peristiwa tsunami japan ni
bagaimana lah nasib kluarga yang trima bencana ni erk...
rakyat yang sungguh berbudi bahasa
agar mereka jugak tabah menghadapinya

~♥ OjaAmran ♥~ said...

moga kita dijauhkan dari bencana alam yang sebegitu..amin!

rostina76 said...

salam As....mmg Tsunami jepun meninggalkan kesan juga bt kros sbb masa kejadian @jepun ombak belakang rumah kami ni pun besar dari biasa. mmg seriau bila dpt tahu tu. kawan2 yg dok area k.belait ada yg standby tido pakai baju cantik siap2 kot2 kena tsunami gak senang nak cabut. pepepun mmg alhamdulilah kita semua terselamat. Semoga ALLAH lindungi semua kita ,amin3x...

rostina76 said...

salam As....mmg Tsunami jepun meninggalkan kesan juga bt kros sbb masa kejadian @jepun ombak belakang rumah kami ni pun besar dari biasa. mmg seriau bila dpt tahu tu. kawan2 yg dok area k.belait ada yg standby tido pakai baju cantik siap2 kot2 kena tsunami gak senang nak cabut. pepepun mmg alhamdulilah kita semua terselamat. Semoga ALLAH lindungi semua kita ,amin3x...

zila norazila said...

salam asmara..salam kenal dan berziarah disini..bestnya dpt peluang tgok dpan mata..byk btl keta2 yg rosak kan..alhamdulillah malaysia selamat.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sedey biler tgk pics ni
lagik sedey biler terkenang tragedi 11 march tue....hanya Allah jer tahu perasaan tika dan saat tue

Mamasya said...

bila tengok gambar As kongsikan ni teringat kisah Tsunami itu...besarnya kuasa Allah sekelip mata semuanya musnah...moga jadi pengajaran buat semua....

nanie said...

takutnya klau ingatkan pasai tsunami tu huhuhuhuhu!!!!!!

fazian.batrisyia said...

lawat tempat mcm ni bagusnya menginsafkan diri. Skrg ni dah takut nak scuba...menjerit2...bagai nak rak...akhirnya dok tepi pantai jek...ha..ha..ha..

nazayiena said...

Melihat gambar2 kesan tsunami nie memang menginsafkan kita semua,sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya dan ada hikmah di sebalik kejadian itu.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ye la As.. bila dilihat laut yang tenang tu.. tak sangka boleh mengganas begitu sekali... akak sekarang macam takut jer nak mandi laut... takut tsunami tiba-tiba ehe :)
Tapi Jepun memang pantaskan recover keadaan tu ...

Insaf sungguh dengan bencana ni...

Unknown said...

Na U Zu Billah.. semoga kita di jauhkan Allah.. dan semoga kita sentiaasa di bawak perlindunganNya .. Amiinnnn :)

Unknown said...

moga kita di jauhi dari bencana alam macam tsunami ni kan As. Tapi semua tu kuasa Tuhan, kita tak mampu menolak kalau memang dah tertulis ianya akan datang menimpa.

Banyak hikmah dari kejadian ni, moga kita sama2 dapat mengambil iktibar darinya.

Qasey Honey said...

mmg seriau n seram bile bca kisah tsunami ni...kejadian alam yang xsiapa bleh dugakan...semoga mjadi pgajaran buat semua juga...

Unknown said...

Semoga kita dijauhi bencana seperti ini,Aminn.

Jadikan iktibar buat kita .

IDA said...

sedih kan tengok..mmg peristiwa 11mac tu takkan dilupakan sampai bila2

Nadiah Sidek said...

entah macam mana pula rupanya bandar yang teruk musnahnya akibat tsunami dan gempa bumi agaknya ye

umiawadah said...

mereka simpan lagi kereta yang kena badai tsunami tu ye...kalau kita kat Malaysia dah kena jual jadi besi buruk..semoga kita sentiasa beringat laut yang tenang akan bergelora tak kira masa...insaf...

Chekgu Azrine said...

Mmf tragis la..xdpt bygkan ms kejadian tsunami tu berlaku..sure sgt takut mereka yg duduk kt situ..pity them!

LiYa HaNiF :: said...

semoga kita sentiasa di bawah lindunganNYA...


Salam kenal n i follow.. :)

RIZZNA said...

Subhanallah...siapalah kita kan... Walaupun tlh dilatih, qada & qadar tk boleh dielak kannn...

*bertafakur sejenak

kurus said...

banyak kerosakan
bila alam mengamuk x ada apa yg dpt menolong uhuhu

Unknown said...

masih ada tempat yang tak boleh masuk kan..memang devastated sungguh kan area tu.. kesian.. tapi bagusnya kerajaan jepun ni action nya cepat..so takde lah jadi kes mcm masa tsunami kat acheh dulu.. bertahun2 tapi masih terabai..

Nuwairani said...

masyaallah...dasyatnya....takut pulak tengok susunan kereta tu. mcm tak sangka betul boleh jadi macam ni.

Unknown said...

Time tsunami tu...Ain tidur depan TV sbb nak tahu berita...sbb ada org kata bole kemungkinan smpi Malaysia...takutnya Ya Allah...huhu.

daddydee said...

Insaf kejap bila lihat menda camni...saya lihat kesan tsunami kat kedah pun rasa dah insaf...

tapi hebatnya jepun ni dalam kadar segera kerja pemulihan mereka lakukan...pernah lihat mereka baiki jalan mendap dalam masa sebulan je.