Tuesday, July 3, 2012

Nasi Minyak Hujan Panas

Resepi nasi minyak hujan panas untuk simpanan dan rujukan akan datang. Makan dengan ayam merah madu. Sedap! tapi ni saya ubah sikit resepinya. Letak serbuk kunyit sikit untuk warnakan nasi. Tak rupa hujan panas pun sebab tak berani nak letak kaler banyak2, cuma titik2 kan sikit je atas nasi. Terima kasih tuan punya resepi. :)

Resepi asal: Makyong Myresepi. yang telah diubahsuai
Bahan-bahan;
  • 4 cawan beras Basmathi
  • 3 cawan air
  • 2 cawan fresh milk
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit pewarna merah dan hijau
  • *Bahan Tumis
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis dan bunga lawang, 
  • 3 kuntum bunga cengkih dan buah pelaga
  • Butter dan minyak secukupnya
Cara-cara,
  • Cuci beras dan toskan 
  • Blend bawang besar, putih dan halia
  • Panaskan butter dan minyak
  • Tumis bahan tumis dan bahan blender hingga bau wangi
  • Masukkan serbuk kunyit, air, kiub ayam dan beras
  • Ratakan dan masukkan susu dan daun pandan. 
  • Masaklah nasi hingga masak
  • Bila nasi kering titikkan pewarna di tempat berasingan kemudian gembur2kan nasi tu
  • Boleh letak kismis, gajus dan bawang goreng jika suka. 

25 comments:

nazayiena said...

Kak Nurul x pernah lg cuba buat nasi hujan panas nie.

Norzie hany said...

Rajinnya mama Batrisya buat nasi minyak hujan panas...Nampak sungguh menyelerakan.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Betui2 x nmpk mcm nasik hujan panas tu sgt sbb kurang color or sbb akak letak kunyit tu
Still rasa hujan panas or lain ekkk??
Boh color byk2 pun x elok utk kesihatan khen!!

Unknown said...

tak berapa nak hujan panas..hujan gerimis ni..hehe..

lama tak makan nasi minyak.. tetiba teringin..kenduri kendara zaman sekarang banyak hidang nasi beriani je kan...

nur easy said...

mmg baru lepas hujan panas ni.. hehe mana tau ada pelangi sat g kan ;)

Teratak Hami said...

Sedapnya !!! Selalu tertanya pada diri akak ni, biler le akak nak start masak canggih2 gini. Selalunya kalau teringin, beli jek.

fazian.batrisyia said...

aduyaaiii...pakarnya kawan kita memasak skrg...nak kena dok over the sea la agaknya sy ni br pandai masak...bole ambik tempahan memasak ni...ha..ha..ha...

Nieda said...

nasi hujan panas, sambut org jauh ke?

Acik Erna said...

Assalam As..buat acik teringin nak masak nasi minyak lagi ni he he..tapi acik tak pernah letak warna..tak rajin ..

FnF Simple Life said...

Oh... saya suka nasi minyak hujan panas ni... sedapppp...dulu2 kak Shadnie geng Chiba selalu masak nasi hujan panas nih... teringat2 kesedapannya...

kasihredha said...

waktu kecik dulu...kalau mak akak masak nasi minyak...selalu suruh letak warna warni...suke

Wani SK said...

sedapnya nasi minyak.. tak pernah cuba lagi nak buat nasi minyak... nanti nak kena buat ..:)

Unknown said...

tulah, tak nampak mcm hujan panas pun, ingat nasi kunyit atau nasi ayam tadi...:)

rajin sungguh As cuba pelbagai resepi skrg, dari yg negara sendiri semua, sampailah dari Jepun tempat mencari ilmu sekarang ya...

Anonymous said...

amboi rajin sungguh.. hebat ni!

rosmina samin said...

Laparnya tengok picture ni kak As... Tak lunch lagi ni...hehehe

ADEEYA said...

waahhh ada eh nasi minyak hujan panas heheh

Amie said...

As...
comelnya hidangan! Kak Amie tapau bawa pulang ye... sedapnya1

Nuwairani said...

siap dengan papadom lagi. kite pon tak pernah goreng sendiri papadom tu. dah lama tak makan nasi hujan panas ni.

kurus said...

x pandai buat dan x pandai menilai
dah makan baru pandai nilai sedap atau tidak keke ;)
rajinn as mencuba

mama aryan said...

rajinnya..saya ni mmg penah try lagi masakan ni..

Mamasya said...

Salam As.set lengkap nasi minyak...siap ada pepedom...enak.nengok roti coklat gardenia kat bawah tu...jauh dr Msia..anak2 akkpun suka roti tu.
re; kecubung berendam mcm bubur biji nangka tp adunannya campur keledek.

lizz said...

errmm menyelerakan betul....suka la tengok menu ni nampak sedap sangat...

Unknown said...

kemas nyer susunan kat pinggan tuh...nak makan pun bertambah selera jadi nyer...:)

Chik Att said...

CA tak pernah try nasi minyak ni. nanti kena try gak

bopandot said...

ooohhh..bestnya..nk buat la one day!
apa khabar kak. lama sy tak jln blog sapa2. haha. :)