Memang taman ni dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga, yang pasti waktu ni Tulip paling banyak, tapi banyak yang dah terlebih kembang.
Ramai sangat orang waktu ni. Masa nak masuk park ni terpaksa menempuh traffic jam hampir 1 jam. Dan ada orang tu hampir 2 jam. hehe.. Budak2 suka sangat la main air lagi2 cuaca agak panas waktu ni.
Bunga yang pelbagai dan sangat cantik!
Gambar kenangan, ada berpuluh tudung kat rumah ni, tapi yg biru ni tetap menjadi keutamaan depan camera. hehe..
Lautan bunga ni sangat cantik. Taman ni sangatlah besar, macam2 aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kami pun tak jelajah habis. Selain taman bunga, taman permainan, campsite, home village, ada juga Lakeside untuk menaiki bot dan sampan.Tiket masuk ke dalam ni 400yen dewasa dan 80 yen kanak2 bersekolah.
Model ni je yang sudi bergambar. yang lain semua sibuk nak main je.
Tulip yang masih segar, geram lagi rasa macam nak petik bawak balik je. hehe..
Taman permainan yang luas dan macam2 jens permainan yang ada. Suka betul budak2 lompat atas trampoline ni. Akhirnya kat sinilah saya bertemu dengan Cik Puan Kamalia dari Iwate yang sedang mencekak pinggang. hehe..
Perjalanan pulang menuruni gunung. Dapat melihat pemandangan pokok2 dalam hutan yang baru nak tumbuh daun2 hijau muda selepas musim sejuk. SubhanaAllah, bersyukur kami masih dapat melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Alhamdulillah.. :)
*Selamat bepuasa dan menikmati juadah berbuka hari ni bagi yang berpuasa sempena Nisfu Syaaban. Moga amalan kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Amin..
29 comments:
hahaha gambaq lia cekak pinggang tue best giler....curlastt kaka ngeee...owh ni la koen yg theyols dok cherita masa terjah hitachi hari tue, not bad ekkk...even x selaus kat hitachi tue aci la nak layan tulip...kat tochigi ni mmg x der koen tulip nangessss.
o/s:memula ingat kot2 blh jmpa lia ngan kaka kat umah hanis this weekend rupanyer dah terjah last weekend ekkk
tgh fikir juadah bukak posa hari ni jugak tp ni masih kat lab hahaha
cantiknye taman tuh!...kuch kuch ho ta he...
cantiknya kt jepun...kalaulah akak dpt g sana...akak akan terjah rumah adik term...huhuhu..
wah..cntiknya...subhanallah...
Cantik2 semua bunga tu,tp byl bunga tulipkan,kat Putrajaya skrg tgh festival flora juga....
SubhanaAllah..cantiknya...
cantiknyer.. sekarang tengah musim bunga ker kat sana? sampai bila ek?
sakan bawak parents berjalan2.. mesti happy gila diorang kan..
Sanggggaaatttt awesome bunga-bunga itu..saya juga pencinta bunga! hahaha
Cantik sungguh pemandangan . sana -sini bunga.
wahhh! sangat cantek! rasa macam nak pegi lagi je...
cantek taman ni...org jepun mmg cenggitu kan...sanggup beratur 2 jam utk gi sesuatu tmpt yg depa dah aim tu...
tengok pemandangan tu jeles sungguh..hehehe..cantik sangat..subhanallah!!
Sayangnya tk dpt menjoinkn diri wuwuwu..l
amin
bestnya tengok gambar...siap berangan juga ni :)
Rasa nak terbang ke sana sekarang !
lawanya....tak pernah berkesempatan jejak kaki ke sendai.shibazakura pon tak sempat tengok masa kat kantou.tulip pon sket je.wuuuu
cantiknyer penuh warna warni....bunga tulip tu sangat cantik...
kenapa kat sana banyak tempat menarik?? huhu..jeles..jeles..
wahh best ye, cantik2 bunga...my husband cam ajak nak gi sendai pas puasa ni..tp tkde bungaaa..sob3x 'p
nak nangis ku melihat bunga2 ni as...
lau lah kudapat mahu ku terkam (hehehe)
cantiknyaaaaaaa tempat nie dikk
macam mana agaknya mereka kekalkan kesuburan bunga2 disini kan ...
haven sungguh ciptaan allah , bunga2 segarrr .. segar kejap mata memandang ;)
@Jaa, sekarang dah masuk musim panas, tapi bunga2 masih ada lagi ikut jenis dia jugak. ;)
@Nadiah, kene rajin carik, kami suka jugak survey tmpt berjalan. Jepun selelu buat festival tiap kali tukar musim. ;)
cantik tempatnya...terbaik...
Geramnya tengok gambar bunga-bunga tu!! Cantik landskapnya. Amat sesuai buat lokasi filem Hindustan.
Subhanallah cantiknya tempat ni.. Untung Kak Asmara berpeluang pergi ke tempat2 cantik kat Jepun. Tq juga sebab sudi berkongsi dengan kami.
Bila dah penat dengan tugasan harian, boleh tenangkan fikiran dengan datang ke tempat2 macam ni. Tentu seronokkan duduk di Jepun..
subhanallah. cantik nya.. bila la dpt sampai sendai ni.
gambar kak lia cekak pinggang tu kelakar!! ;p
tidakkkkkkkkkk..
saya tidak ketahuan pasal gambar ni..ni mmg betul gambar curik ni..kahkah..rasa nak gelak guling2 je tengok gambar tu..
sorila,saya ada gamabr batrisay dgn amni,tapi asyik maleh nak update blog..haisshhh,roh rajin meresapla ke badan ni ha..ekeke
Post a Comment