Wednesday, July 25, 2012

Salji di Mount Azuma, Fukushima

Catatan sewaktu kedatangan mak abah tempohari. Masih ada gambar yang belum dikongsi di sini. Tarikh 9 Mei 2012, kami bawak mak dan abah ke Gunung Azuma yang terletak di Fukushima. Tempat ni terkenal dengan kawah gunung berapi yang menyerupai Gunung Fuji berskala kecil. Perjalanan naik ke atas gunung melalui kawasan gunung ganang, pemandangan yang biasa sekiranya nak keluar masuk ke Yonezawa tempat kami ni.
Kami melalui Fruits Line lebih kurang 10km di mana sepanjang perjalanan tu kiri dan kanan adalah kebun buah2an yang dimiliki orang tempatan. Sempat singgah ambil gambar kebun buah di Jepun. Waktu ni buah belum ada lagi baru nak berbunga. Antara pokok buah2an yang popular di sini adalah epal, pear, peach, sakuranbo dan anggur.
Dah separuh perjalanan, singgah sebentar ambil gambar di jambatan yang hebat ni. SubhanaAllah.. Terfikir macamana la diorang buat jambatan ni sejak tahun 1955 lagi.
Berada di stratovolcano yang masih aktif lagi.  Waktu ni masih bersalji lagi, ada juga asap2 yang keluar di situ.
Tempat ni memang dibuka kepada pelawat sepanjang musim. Bergambar lagi dengan salji!
Mak dah pandai ambil gambar peace. hehe.. Sempat jugak tulis nama atas salji. :D
Ada juga planetarium tapi tak masuk sebab nak memanjat gunung. Bersambung..;)

23 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Mak akak buat gaya peace sebijik batrisyia...kihkihkih

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam asmara...slmt berpuasa

Seronoknya mak-ayah dpt berjalan2..tgk gunung ganang.Kat mesia pon xder permandangan camtu :D

Muda lagi mak asmara ya..sihat kedua2nya.Alhamdulilah.

Acik Erna said...

salam as..cantik2 gambarnya..beruntung mak dah ayah as..dapat menikmati keindahan disana

Unknown said...

Amboi makkkk...mcm tengah honeymoon je dia happynya.

yatie chomeyl said...

mak akak dh jd nihon-jin, posing buat peace sign hehehe

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

wah, berbulan madu di Jepun.. alhamdulillah, semoga ibubapa akak terus dikurniakan kesihatan yang baik, dikekalkan bersama sehingga akhir hayat.. ;)

me suya said...

bestnya kak As.. suya pun teringin gak... One of my wishes.. insyaAllah, one day.. Akak berapa lama lg di sana?

fazian.batrisyia said...

bestnya dapat jenjalan jengok anak di perantauan...

Cheq Sue said...

salji... sungguh ku jeles. walaupun dok ch kadang2 sejuk ala2 nak turun salji tapi xde... bhi hi hi

Chekgu Azrine said...

Xpnh pgg salji..jeles!!

Dr K said...

ya, saya wonder engineering tahun 1950an tu..mereka mampu bina jambatan sebegitu..

mmg cantik jambatan tu..pemandangan gunung bersalji tu lagi lah..subhanallah..

Hanis MY said...

bestnya tmpt ni... cntk pemandangan... romantikla parents kak as ni suka tgk..

LydSunshine said...

Buah apa plak sakuranbo tu? Heheh.. As sempat plak gelakkan mak dia amik gmbr buat pis.

Nuwairani said...

nanti nak hanimun kat sini la.nampak menarik je.

mama maman aka yana said...

cumil mak u buat peace... hehe... sweet.. :-)

ijayuji said...

Salam kak as! waaaaaa..mak ayah kita ajerr yg tak pernah jalan jauh2 ehehe... sporting betul mak ayah akak ;-) kdg teringin nak bwk jalan2 sini tp ayah kita sibuk kat masjid dgn kebunnya syg nk tgglkan rumah :D kata org jawa tak kerasan tggl lama2 kat rumah org lain walau rumah ank sendirik, ada dulu2 mak ayah kita suke ckp nak buat rumah kat kebun ehehe.. huh! cantik gunung2 tu kak, mcm gmbr lukisan2 :D

zila norazila said...

salam as..wahh untung ayah n emak dapat gi situ..cantik2 pemandangan kt situ kan..akk pun teringin nk gi situ..:)simpan duit dulu he he

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

panas2 gini mcm best jer musim sejuk yg penuh yuki tue...tapi biler sejuk nak panas plak adoh mcm2 la ngeee...betul cantek tempat ni

Cho Zila said...

ala seronok tengok gambar mesra mak ngan abah asmara... bestnyer dapat gi situ yerk... memang cantik betoiler...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Subahanallah.. indah sungguh ciptaan Allah...

FnF Simple Life said...

Best nye tempat ni As... teringin nak gi... honeymoon style parents As...hehehe

FnF Simple Life said...

Sambung sket lagi...ehehe... tgk gambar2 parents As ni sweeet sangat... mcm pasangan bercinta gitu... moga terus diberi kesihatan yang baik buat mereka ;)

Juliet_iRa~" said...

cantik sungguh pemandangan kat gunung..subhanALLAH :)