Thursday, July 26, 2012

Resepi Hamburger dan sos lada hitam

Burger comel untuk menu sampingan berbuka tempohari. Langsung tak dirancang untuk buat ala2 prosperity ni.  Hari Ahad lepas kan Haziq ada program tidur kat sekolah sebelum bercuti. Ada aktiviti masak memasak. Tapi sebab Haziq tak boleh makan makanan sekolah mama kene la buat sendiri makanan dari rumah. Menu sekolah Haziq haritu hamburger dan kari. Itu yang buat hamburger comel2 je. Bila ada baki tu baru terfikir nak buat sos lada hitam. Resepi hamburger dari Kak Yani Myr. Tapi tak boleh bukak pulak MYR ni, masa bulan Ramadhan ni la myr akan jammed. hehe.. tapi sebab selalu buat memang  ingat resepinya.


Mini Homemade Hamburger 
Sumber : Kak Yani Myr
Bahan-bahan
  • 1 cawan daging cincang
  • 1/2 cawan breadcrumbs
  • 1/2 ketul tauhu lembut
  • 1/2 biji bawang besar dicincang halus
  • Sedikit garam
  • (Kalau nak letak sedikit serbuk black paper pun boleh)
Cara-cara, 
  • Gaulkan semua bahan hingga sebati
  • Bentukkan bulat dan leperkan seperti burger
  • Panaskan kuali non stick dan letak sedikit minyak
  • Balikkan2 hingga burger masak. 
Sos lada hitam ni rasanya pertama kali buat, simpan resepi kat sini untuk rujukan sendiri. Resepi sos lada hitam dari copy dari Kak Hana, sumber asal Kak Hanieliza. Terima kasih. :D  Lepas burger masak celupkan burger dalam sos lada hitam dan sedia dihidang bersama roti dan salad. 


Sumber : Kak Hana dan Kak Hanieliza
Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 3 sudu besar lada hitam
  • 2 sb. sos tomato
  • 2 sb. kicap pekat
  • 1 kiub ayam
  • 1 sb. tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 sb. susu cair 
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan kiub ayam yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.

23 comments:

Hanamiko Sakura said...

mesti sedap kalau buat ni.. nak try lah :D

cahayahidupku.blogspot.my said...

Comey n nampak sedap jer time puasa ni kan ;))..okey juga buat menu sampingan ni As.. Tq share resipi ni :D

nur easy said...

penah guna resepi sos ni, tapi utk masak ayam..hehe sedap kan

Unknown said...

Wow! Burger pulak ya...:)

asyifamustaffa said...

Aduhhh...sedapnya !

Unknown said...

as,
comel lah burger ni.. kalau nihonjin pun hamuba-ga tu lain sikit kan resepinya..hehehe..rotinya pun buat sendiri lah eh? rajin!

cuti natsuyasumi tak balik malaysia ke?

fazian.batrisyia said...

sedapnya. buka puasa makan burger pun sedap kan...

FnF Simple Life said...

hwaaaa....prosperity burger... best nye... saya pun suka burger celup ngn sos lada hitam...tp hubby tak suka... dia suka style biasa...sos cili,mayonis ngn keju... tu laaa jaranng buat sos lada hitam ni utk makan ngn burger... nak skit sos tu As...ngeee

SURIA AMANDA said...

bestnya...semua boleh buat sendiri kan..yg penting ingin mencuba,share resepi eh..

Chekgu Azrine said...

Sekali skla berbuka ala2 western pun sdpkan??

me suya said...

kagum betul suya dengan Kak As.. sangat pandai masak..Suya ni masih lagi merangkak nak belajar masak..hehehe

Mamasya said...

Salam As.burger comei sesuai utk budak....dg sos lada hitam tu nampak sedappp..
re; As, taugeh mahal sbb tak da kacang hijau diCairo...kcg diimport. kcg lain byk pula...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salma Asmara..nampak sedapppp!Untung Haziq dapat mama rajen cam asmara nie...

Soo Hae Daa said...

Kak As...sedapnye nampak..!! Huhuhu..
Selamat berpuasa n berbuka utk kak As n family..!!

Saleha said...

sungguh menggiurkan.. sabarje.. puasa
Assalamualaikum.. salam kenal ye kak.. leha follow sini
selamat berpuasa :)

Hanis MY said...

Ehh sdpnyaa nnti nk try hrp2 jd. Alhamdulillah jd onde2 tp warna dipersoal sbb tk cukup hijau takde pewarna hanis blend daun pandan je wuwu so kaler pudar2 sket

Nuwairani said...

comelnye mini hamburger ni...muat masuk bekas bento.

Ahlami said...

Alhamdulillah, rezeki kami hari tu, dapat merasa burger prosperity kak as! Sangat sodapp! Encik suami ckp ni burger mewah sebab daging tebal, x mcm kat kedai. Hehe thank you kak as :)

umiawadah said...

oishiii desu!memang rajinlah as memasak...saya belum cuba buat yang ini...anak2 dan suami bertambah sayang..

Kamalia said...

kalau saya mesti terliur time buat burger ni kot..haha
haah la kak, tetiba myresipi susah nak amsukkan..kena retry banayk kali sampai pedap baru boleh access..ramai yg lg suka masak di rumah dr beli kat param kot!

kasihredha said...

dah macam Mc D dah ni As...sedappp

LydSunshine said...

Sedapnya prosperity burger homemade. Kreatif As ni.

Juliet_iRa~" said...

nampak sedappppppppppp!

yummy..hehe

salam ramadhan kak ..:)