Hari Sabtu minggu yang lalu bersamaan 30 Jun 2012, saya berkesempatan ke Sendai melawat newborn baby Ken Hamza (baby Hanis) dan berjumpa dengan geng bloggers Hanis, Kamalia dan Iryd. Ala2 gathering gitukan. Yeay happy betul akhirnya dapat juga bertentang mata dan cium puas2 baby Ken Hamza yang sangat kiut miut dan montel! hehe..
Kedatangan tak berapa nak rancang, mula2 plan jugak dengan Kamalia nak ke Sendai tapi malam Jumaat tu baru buat keputusan boleh pergi atau tak. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak saya ke Sendai Sabtu tu. Kali ke berapa jumpa Hanis ngan Kamalia tak terkira dah kot. hehe.. tapi ni kali kedua berjumpa dengan Iryd. Mula2 masa jumpa anaknya Aichan baru berapa bulan, kali ni jumpa Aichan dah besar dan nak dapat adik pulak dah. InsyaAllah Iryd pun bakal melahirkan Oktober nanti, ada geng la Ken Hamza kan! ;D
Meriah sungguh rumah Hanis waktu tu macam hari raya dan nursery pun ada! Ada 9 orang kanak2 waktu tu dan 8 dewasa. Waktu ni kebetulan pulak parents Hanis ada lunch date dengan sensei Hanis. Tapi kami masih berkesempatan berjumpa dengan mereka waktu nak pulang.
Ken Hamza yang sangat baik waktu kami datang. Baru berusia 20 hari waktu ni, sangat comel dan cute gaya dia tidur, dua kali bertukar baju, mama dan papa Hamza bekerjasama tukar baju dan diapers Hamza ye. hehe.. Tak puas mama As nak cium banyak lagi. Dah lama tak cium baby rasa best sangat, masa usia baby 40 hari ni la bau dia sangat2 best. ;D Hanis pun dah nampak ciri2 seorang ibu dan masih dalam proses penyesuaian lagi, lama2 oklah nanti, baru 20 hari kan. ;) Moga Hanis dan Mi terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk membesarkan Hamza sama jugaklah doa untuk kita semua yang mempunyai anak. InsyaAllah..
Terima kasih Hanis dan Mi menerima kami semua sebagai tetamu siap pulak dijamu dengan hidangan nasi Beriyani dan masakan Thai. Sedap! memang rezeki dapat rasa, memang plan awal nak makan salah satu makanan tu nanti. hehe.. Terima kasih, InsyaAllah panjang umur bertemu lagi kita semua nanti. ;)
23 comments:
muka ken seiras betul ngan muka hanis kan..saya tak boleh nak masuk blog hanis..nak congrats pun tak dapat..masuk je eror..hish..
assalam As..memang comel baby hanis..geram je kalau tengok baby ni..
bestnya dapat jumpa blogger;))
Comel betol Ken Hamza:))
gebu sungguh ken hamza, tp xnmp kl g muka hanis ke muka Mi. ikut muka sape kak baby hamza ni?
MasyaAllah..Comelnya baby!:)
Wahhh..seronok berkumpul camni. Kawan2 pun blogger jugak.
Comel baby! :D
lelap je baby hamza tidur.
Hanis pun dah slim sikit :)
muhibah je tgk semua..;)
Seronoknya dapat cium baby... wangi je, memandang, memeluk & cium baby sebenarnya satu terapi boleh buat kita rasa tenang, kurang stress....
comeynye baby Ken Hamza... bila laaa peluang aunty dan uncle FnF pulaa nak jumpa ni ye
Bestnya...nama moden & klasik. Dpt bby boy. Doakan sy lps ni dpt bby boy pulak yg...bongsu...ha..ha..ha..
Smlm masa lunch terjumpa Hassan Salleh..dia kirim salam kat awak.
Terasa excited pulak tengok baby Ken. Comel !!!
Bila le baby ku nak kluar??
Comelnya bb Hanis,tahniah....
comei baby hamza..sellau baca bloh hanis..heheeh
As nak tanya ni...cuka makan biasanya saya beli kat Baticrom... cuka tu ada jual kat supa biasa ke? kalo ada rupa dia macam mana ye... tq As...
jarang beli brg kat baticrom sbb selalu brg2 halal beli kat masjid depan Dai je.
nadiah follow kesemua blog mereka termasuk blog kak as ^_^
@Yatie, muka dia lagi kot. nnti dah 2 bulan baru boleh agak muka sape hehe..
@Fazian, amin.. oh tq. ;)
@Teratak hami, tak lama lg la tu...
@FNF, nanti saya mesej kat fb. ;)
kiutnye hamza...macam mama papa dia...
wah syok yer..kat Jepun pun ada gathering blogger2 Malaysia nih...
comel baby Hamza....btol tu bau baby memang best...
Comel...comel...comel...
Saya tak tahu bau baby yang unforgetable to macam mana... moga-moga ada peluang satu hari nanti...eheh... Kawaiiiii
Ken Hamza sangat comel.. Seronoknya bila ada gathering macam ni.. Moga ukhuwah antara kalian berpanjangan & berkekalan.. :)
I loike this entry. Terima kasih tak terhingga buat kak as dan ug lain2. Maaflah makanan tunjuk je hihi. Mmg meriah sgt. Rasa cm raya. Nnti hamza dah bsr sket leh g yonezawa. InsyaAllah.
Post a Comment