Monday, July 23, 2012

Kuih buah Melaka atau Onde-onde

Kuih yang paling mudah dan popular di bulan Ramadhan. Siapa2 pun boleh buat asalkan ada tepung pulut, gula melaka dan kelapa. Kelapa parut memang tak ada kat sini. Jadi sebagai ganti saya guna kelapa kering ganti kelapa parut dan letak sedikit air suam untuk melembapkan kelapa tersebut. Ada jugak adik yang rajin beli kelapa beku yang siap dikupas tapi kene sagat, hihi.. tak rajin nak sagat kelapa. Untuk gula Melaka pun saya gantikan dengan kurosato, sejenis gula hitam seperti gula Melaka di Jepun. Resepi onde2 mak saya ada ajar dulu2 memang senang. :D

Kuih Buah Melaka
Bahan-bahan,
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 ketul Gula Melaka 
  • 1 sk pewarna hijau berperisa pandan
  • Kelapa parut dan sedikit garam
Cara-cara, 
  • Potong kiub kecil gula Melaka
  • Bancuh air bersama pewarna hijau pandan
  • Tuangkan air sedikit2 dalam tepung pulut dan uli hingga adunan boleh digentel.
  • Ambil sedikit adunan, bulat2kan kecil, leperkan dan masukkan kiub kecil gula melaka. Tutup rapat.
  • Didihkan air, masukkan buah Melaka dan tunggu hingga buah melaka timbul
  • Angkat buah Melaka dan golekkan atas kelapa parut yang dicampur sedikit garam
  • Sedia dihidang. 
Kelapa kering pengganti kelapa parut yang saya guna di Jepun

26 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Salam kak AS,

Selamat berpuasa ya, walaupun terlewat wish ni...hehehhe

Seronok tgk post akak yg sebelum ni, besar pahala kak dapat jamu students berbuka....alhamdulillah....

Macam mana Bastrisya puasa setakat ni?

Rai said...

kurosato tu wangi kan..

duk di luar negara mengajar kita kreatif dengan bahan2 sedia ada.. hehe..

Chekgu Azrine said...

Opsss...br nk bt smlm..tp.mr hubby ajk berbuka kt tmpt lain..putus harapan..ank2 suka sgt kuih onde2 nih..huhu

Asmara said...

@mixed family, wsalam. Alhamdulillah terima kasih. Batrisya buat masa ni tak berpuasa penuh. Masih sekolah jalan kaki. Kami kene puasa 16 jam di sini. InsyaAllah dah mula cuti sekolah akn ajar puasa penuh. Doakan.. :)

@Rai, lagi sedap rasa dia dari gula melaka. Hehe..

@Azrine, masih byk masa lagi. :)

mama aryan said...

wah teringin pula nak makan kuih buah melaka petang nih

mama sara nur said...

selamat berpuasa
memang jadi kesukaan akak dan anak2 juga. Nak lg di bulan puasa ni memang setiap hari ada he he
anak2 suka inti gula melaka tp akak suka inti kelapa, kadang2 dua2 kena buat

Nazayiena said...

Selamat berpuasa pd As dan family.
Smlm BIL beli kuih nie kat bazaar ramadhan kelapanya dah ada rasa2 basi sikit terus x mkm lg yg balance tu.

Norzie hany said...

Selamat berpuasa.
Rajinnya As buat buah melaka.Sis mmg suka mkn buah melaka ni.

kasihredha said...

sedapnya
kalau buat sendiri mmg puas hati..
kalau beli ada2 je yg x kena hihi
yg sedihnya kadang2 tu...kelapa pun dah masam.

~♥ OjaAmran ♥~ said...

selamat berpuasa As...lama dah nak cuba buah kuih ni tapi tak terbuat-buat...tengok As dah buat terus je bersemangat nak buat jugak..chewah!

FnF Simple Life said...

bulan puasa memang menu wajib kan buah melaka ni...

lady lavender said...

kita pun buat buah melaka ni masa iftar hari kedua. Kuih yg sinonim di bln Ramadhan :-)

p/s: ehehe..sama lah kita pun guna kelapa kering yg mcmtu jugak :-)

Hanis MY said...

huwaa tak cukup bahan nk buat wuwuwu.. part tepung pulut tu.. ke ada jual kat sini?

Kak as, sila percaya mmg dia yg komen, selalu je dia baca cuma tak pernah komen, mmg lama la dia duk telek gambar makanan kat blog kak as siap ckp kat hanis jum buka puasa rumah kak as huhu...

sue-sama said...

klu sue mkn kueh ondeh2 ni trus sebjik telan, mau x tercekekkkk :D

Asmara said...

@Hanis, ada jual kat baticrom. haa! tanjat aii bila papa ken komen. hihi..jomlah buka puasa sini, anytime weekend dtg la. ;D

Qasey Honey said...

byknye...mmg puas hatikan bile dbuat sdri...berbaloi...puas makannye...guna kelapa kering pon ok jugakkan...sedap

keli menari said...

Best ada pengalaman puasa di sana.Semoga dipermudahkan urusan ^^

ummiarissa said...

memang senang buat dan rasanya pun sedap...jadi juga ye guna kelapa kering...

cplud miera said...

As salam kak as. wah, terliurnya tgh onde2 tu. cm nk kene buat je petang ni. hehe

Ena's Palace said...

as...seb bek puasa ke2 aritu da berbuka kuih ni...kalu tak terliur jugak..hahahahahaha

Cho Zila said...

kuih wajib ada bulan puasa... seronok juga puasa diperantauankan.. kenangan terindah nanti...

yatie chomeyl said...

kalau guna tepung mochi tu sama x dgn tepung pulut? ke tepung apa yg sesuai nk ganti tepung pulut utk buat onde2 ni ek kak as?

aReLaN said...

sedap tu.salah timing lak.pagi tadi tak sahur.wuuuuu...papepon salam ramadhan ye.tak hantar gambar utk salam perantau ke tahun ni??

Maira Anjami said...

Assalamualaikum Kak As^^
nak tye sikit bleh?
kat jepun ade ke tpung pulut yg sesuai utk wat onde2?
insyaAllah nnt ade iftar kat masjid nak wat kuih ni tapi xde stok tepung pulut mesia la plok..huhu

Asmara said...

@Yatie & Maira, akk tak pernah cuba guna tepung lain. tapi kalau ikutkan boleh cuba guna mochi ko sebab dia pun tepung pulut. kalau tak confident boleh cuba sikit dulu. ;D jgn salah ambil sebab ada yg warabi mochi ko itu tepung sagu. selamat mencuba!

Yasmin said...

Assalamu'alaikum. Do we need to steam first the dedicated grated coconut? From where I am now, it's hard to find fresh grated coconut.