Kisah beberapa minggu yang lepas. Aktiviti sekolah Batrisya untuk murid Tahun 2. Waktu ni ibu bapa dijemput sama untuk membantu murid. Masa ni papa je yang pergi. Papa snap gambar guna iphone je, bersedia dengar penerangan dari sensei.
Gambar kiri tu map rumah rakan2 sekelas Batrisya. Senang nak tau kawan tu duduk mana sebab ada tampal gambar kat situ. Semua murid pergi sekolah jalan kaki secara berkumpulan. Bagusnya tiap 2km ada sekolah di satu penempatan tu. Jarak rumah dengan sekolah lebih kurang 800meter.
Mula2 diberikan kayu yang dah siap dibentuk. Batrisya pilih bentuk ikan. Kene bersihkan dulu guna kertas pasir.
Dah siap warnakan pulak. Guna kreativiti sendiri nak warnakan macamana.
Lepas tu keringkan guna hairdryer. cepat kot.. ;D
Dah kering baru tulis nama atau nak lukis apa2. Mula2 Batrisya nak tulis dalam bahasa jepun, papa kata senang tulis melayu je. hehe.. ni dah hampir siap. Lepas tu kene masukkan tali dan ikat guna dawai untuk senang disangkut.
Tunggu hingga betul2 kering, baru boleh bawak balik rumah. Selain tu dapat jugak goodies bag, act. benda ni kene bayar jugaklah 1000yen. Sesi mengemas sebelum pulang.
Hasilnya dah letak kat pintu rumah. Kenangan untuk Batrisya jugak nih. :D
*Dah start cuti sekolah tak boleh duduk lama depan komp. ada je order dari budak2 ni. Hari ni hujan sejuk.. seronok berpuasa cuaca nyaman macam ni. ;) Alhamdulillah..
18 comments:
cantik hiasan batrisya buat tu, nti leh la bwk blk msia :)
kakak Batrisya ni memang cantik. ada lesung pipit lagi...seronok kan dapat tengok hasil kraf budak2 ni. macam best pulak silibus pembelajaran diorang kat sana.
Selamat berpuasa Asmara,
kreatif kan skolah cmnie...mcm best plak tgknya....
cantiknya anak As erk.. putih.. muka baik sangat.. sejuk perut ibu
Bagusnya, banyak sekolah dekat dekat..jalan kaki aja..Kat malaysia nak jalan kaki pun dah risau, makin banyak kes culik/bunuh/samun/rogol.
hohoho..bagus2.kat malaysia ada ke ek buat camtu??
kreatif!!! cantik pulak tu...bleh djadikan hiasan rumah..
comelnya..pandai batrisya buat...
Cute!
Seronok ye tgk anak2 berpeluang bergaul bangsa asing...mesti dah terror cakap jepun ni :)
pandai batrisya buat
memang kreatif .. ;)
Cantik. Tak payah beli dah :) hehehe
pandainye ticah....5 aje ikan dia...bila nak jadi 6 tu as..hihihihi
cantik... salam ramadhan (^___^)
lama tak datang menjenguk batrisya yang ada lesung pipit tu (^___^) moga sihat selalu semuanya
macam2 aktiviti...mesti seronok anak2 sekolah kat sana...sini biasanya gotong royong....
Wah besarnya ikan papa tu ye... kreatif sungguh batrisya.. bagus lah sekolah di Nihon ye siap ajak ibubapa datang :D
bestnya la kan..suya ngt jaman2 dulu main tanah je la wat kraftangan~
best baca blog mummy living abroad, esp about kids =)
salam from UK
comelnyaa..baguslah japan ni :)
Post a Comment