Monday, July 9, 2012

Dari Tokyo Disneyland

Papa baru sampai pagi tadi dari Tokyo. Hari Jumaat lepas papa hantar adik2 ipar balik Malaysia, flight malam tadi. Tapi diorang dah bergerak awal sebab nak jalan2 Tokyo dan pergi Disneyland. Mama jeles tak dapat ikut pergi Disneyland, sebab budak2 sekolah lagi dan shaken kereta pun tamat semalam. So tak berani nak bawak kereta jauh2. Teringin nak pergi lagi. huhu.. Tapi takpe ada rezeki boleh sampai lagi. Untuk ubatkan hati anak2 papa belikan souvenir untuk mereka. Alhamdulillah.. dapat la sorang selai t-shirt Mickey. Papa belikan Batrisya jam princess, Haziq dan Haqem dapat pensel Toy Story dan cawan serta berus gigi Cars, ini hadiah dari pakteh, paksu dan cikde.
Selain tu papa pun beli buku cerita Monster Inc. share Batrisya dan Haziq. Haziq dah pandai baca dalam bahasa Jepun walaupun satu2 dia sebut, tapi kadang2 laju jugak dia baca. Batrisya minat membaca, kalau buku bahasa Jepun sekali hadap terus habis baca. Kalau buku bahasa Melayu, baca laju tapi setengah perkataaan tak faham pastu boring nak teruskan.
Cawan dan berus gigi Cars, pagi tadi Haziq dah ambil siap2 masuk dalam beg sekolah ganti cawan dan berus gigi yang lama. Tiap pagi Isnin memang bawak semula cawan, berus gigi dan towel muka ke sekolah. Ada jugak coklat, mama pesan nak coklat macam Ami bagi haritu. hehe.. sedap coklat ni. Terima kasih untuk Fizah(adik ipar) belikan brooch, katanya tahan lasak. Suka sangat! Act. banyak lagi brooch mama masa beli kat Korea tahun lepas. Tapi takpe dah beli kita pakai. Alhamdulillah.. TQ so much!
Ini lagi satu hadiah paling best! ala2 hadiah la, sebab ini memang dah lama mama suruh papa beli sejak tengok kat TV betapa bestnya guna stapler tanpa ubat ni. Sangat senang, tekan stapler tu kertas akan melekat satu sama lain, so sangat jimat tak perlu guna dawai kokot lagi. Masa jalan kat Akihabara papa jumpa stapler ni terus beli. Memang plan nak beli bawak balik Msia nanti. Terima kasih banyak papa dan adik2 ipar, walau dapat barang2 ni kami masih teringin nak ke Disneyland lagi. hehe.. ;D

21 comments:

asyifamustaffa said...

menarik stapler tu....:)

bopandot said...

wahh..first time jadi org pertama! seronok dpt g Disneyland. sy nk g lagi bln 9 ni bwk adik n mak jln2.
nk kirim pape? :)

Unknown said...

bonde selalu shophing kat jepun... i like Daiso...he he he...

berangan mcm shophing kat jepun juga la..:)

Unknown said...

bagus nya stapler tuh, tayah pakai ubat dia yang dawai2tu, bahaya & tajam kan benda tuh. agak2nya kat daiso malaysia ni ada jual ke tak ek.ekekke

Mamasya said...

Salam As.bagus stapler tak guna dawai...yg kdg2 boleh luka kena jari.byk souvenir tu...pasti anak2 As suka...

Dr K said...

Hmmm..saya impikan nak bawak anak anak gi Disneyland...tak dpt Disneyland kat US,yg kat Tokyo pun ok lah :)

me suya said...

best3.. teringin nak hidup kat negara org gak..insyaAllah oneday.. sekarang nak fokus siapkan proposal master dulu..akak doakan rezeki suya jugak nanti yea :)

kasihredha said...

dulu cuma beli sikit je kat sini sebab mahal...huhu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bagus betul stapler tu ye As.. banyak jimatnya... beli kan utk akak satu ehe :D

Hanis MY said...

romantika sungguh suami kak as belikan hadiah... tetiba terimejin pergi disney dengan kak as sekeluarga, mesti hanis boleh geng dengan batrisya hehe, tapi dah ada anak ni takleh hover ektim cam dolu2 hik2..

nazayiena said...

Bestnya stapler tanpa dawai kokot tu,byk juga souvenir yg hubby As belikan.

ADEEYA said...

Dalam banyak2 berkenan kat stapler tuu. Macam best je tak payah guna ubat stapler :D

FnF Simple Life said...

wah3x...best nye... kitorg yg dok dekat ni tak sampai2 lg disneyland...jelez2

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Wajib Kena beli omeyagi kat mama Dan kids ngeee....
Tshirt tu chomell....ader beli stapler gituew gak senang khen guna.... Sure mama senyum sokmo ni ngeee

aReLaN said...

tak sempat jumpa stapler tu dulu.hehehe..saya pernah gi skali je disneyland tokyo.tupon beberapa minggu sebelum balik malaysia....banyak betul ole2 papa belikan ye.

Nur-nba said...

Bagusnya stapler tu.. Unik. Banyaknya mainan.. :).

Nadiah Sidek said...

banyak souvenir! anak-anak pasti seronok

ANR said...

wah, menariknya stapler. tolong blikan kan. snang nk buat keje kat office ni. :)

Unknown said...

stapler tanpa ubat tu kan salah satu client saya guna.. kitorang amazing gila tengok.. sbb semua doc diorang hantar guna stapler mcm tu..macam..ish mcm mana diorang anyam kertas ni ni..hahaha..

Unknown said...

Woahh the kids mesti seronok dapat souvenirs dari Disneyland! Kalau dapat pergi lagi seronok! hehe.

Stapler tanpa ubat tu uniknya! Orang Jepun punya thinking mmg terdahulu drpd orang lain kan!

daddydee said...

wah best-best...

nak t-shirt selai?? boleh...(sambil buat muka tak malu)