Monday, July 9, 2012

Kek Pisang Marble Coklat

Antara kek kegemaran, kek pisang marble coklat. Sesuai untuk minum petang, minum pagi pun boleh. Kek yang tak berapa nak marble, main tuang2 je lapisan dia nak cepat punya pasal. Takpe yang penting rasa sedap! :D

Kek Pisang Marble Coklat

Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar 
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
  • Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak.
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  • Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
  • *Note: Saya tak campur tepung, guna cara biasa putar telur gula hingga kembang baru masuk tepung dan bahan lain guna spatula. ;)

15 comments:

laskar pelangi said...

Sedap sedap,selalu beli jer kek ni.Tak mahir sangat bab bakar bakar.Kalau kukus boleh la,tapi bab bakar,jadi cam tak reti sunggoh^^

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ya betul betul betul..
tak marble tak pe janji sedap..
akak rasa macam nak cuba jer.. :D

kasihredha said...

kek pisang memang sedap kalau ada rasa coklat :-)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

dulu ai buat guna recipe Ros JMC tue, memang oishiikata khen....dah lama x baking sbb nmpk diri makin kembang uwaaaaa

Unknown said...

malsnya nak buat kek skrg....tp nampak sedap tu As...teringin nak buat juga.

Manalah semangat nak membaking ni?huhu

rostina76 said...

Nampak lembut je As kan. mgk sbb u xcampur tepung dulu. boleh try gak ni. tq

asyifamustaffa said...

Sedapnya....

Chekgu Azrine said...

planning nak beli oven..nanti nak buat kek je..hehehe..suka buat kek nih..

Wani SK said...

sedapnyaaaaa .. nampak gebushh je kek tu.. dah lama x memable kek

Nieda said...

pisang dah ada, nanti boleh buat.
tq bagi resepi.

Amie said...

As,
nampak juga marble nya tu... yang penting sedap!

Anonymous said...

best2 x pernah cuba wat kek pisang marble cam ni.. biasa kek marble yg biasa tu je

bopandot said...

nyummm...harus dicuba ni!

Nur-nba said...

Sedapnya.. Resepinya pun mudah. Nanti bila2 boleh cuba.

dadddydee said...

rajin Puan kacau kek...mesti sedap...

i like kek pisang so much..