3 Mei 2012. Lepas bawa tengok festival perang2 tu, kami bawa mak abah ke gerai2 sempena festival tu di Uesugi Shrine. Inilah tempat yang wajib kami bawa jika ada org dtg melawat ke sini. Masa ni baru bawak budak2 sebab dekat dengan rumah. Memang tak bawak ke tempat festival perang2 tu sebab hujan dan ramai orang..
Macam pasar malam, gerai2 menjual makanan dan permainan. Makanan Jepun yang biasa terdapat di gerai2 ni macam takoyaki, okonomiyaki, yaki niku, sotong bakar, yaki soba, candy, kaki gori, konyaku dan macam2 lagi. Segan nak amik gambar makanan orang tak ramai. hehe..
Sakura pink yang masih berkembang, bila hujan cepat bunganya gugur. Lepas tu kami bawa mak abah makan sushi, boleh la makan tapi sorang 2 pinggan je. :D
Kami lalu di tepi sungai nampak pokok sakura putih yang cantik! Waktu ni air sungai sangat la deras dan tinggi, ini disebabkan salji yang mencair dari atas gunung dan hujan yang turun berterusan. Nasib baik tak banjir. ;)
*Selamat jalan jiran rumah atas yang dah balik Taiwan pagi tadi. Semalam datang rumah kali terakhir, kot2 pergi Taiwan ada la kawan nanti. :D
*Selamat jalan jugak my bestie Azila yang dah pulang ke Malaysia untuk bersalin. InsyaAllah jumpa lagi nanti. miss u already.. :)
19 comments:
sebagai blogger, tak boleh malu tau nak snap gambar makanan! ~haha
cntik2 ye sakura tu..putih ngan pink tu...mcm comey je...kaler lain ada ke ?
nampak cantik sunggu cuaca kat sana..arghh..bila nak rasa mai Jepun nih..
cantiknya......sungguh menjerit2 hati ni nak pi sana....menikmati keindahan alam dan mempelajari budaya org...ntah bila la berpeluang kan...
seriously...tetiba teringat kat yaki ika yang diletakkan sos apa tak tau dicicah dengan mayonis.. ciss...lapar..
cantik sungguh sakura putih tepi sungai tu. sejuk mata memandang =0).
Bila tengok Sakura ni, teringat cerita seindah sakura... Cantiknya bunga Sakura ni...
best nye takoyaki kat gerai2 pasar malam je, kalau kat sini kene cari dlm shopping complex baru dapat. kalau dapat takoyaki udang sedappnyee haha. as usual, love all your picture kak :)
Lajunya air ...takut pula tengok.
Tapi cantik dengan bunga sakura kat tepi tu
hehe..comel je abah akak pakai benda tu..
maskot tu memangg ada sepanajng masa ke kat situ?
oh,Azie dah nak bersalin?dah lama tak dengar cerita pasal dia kan..
p/s:makan kfc sila ingat saya kat sini tau..hehe
Tempat ni mmg setiap hari buka ke? Macam pasar malam kan? Ada gerai2.
Bunga sakura tu cantiknye.
@Daddy Ziyyad, ai malu ler, tak beli pastu nak amik gmbr gerai dia. hehe..
@Asyifa, rasanya bunga sakura ada warna putih dan pink je. :)
@Kamalia, haah dia balik awal, bersalin sept nnti. ;)
@Lyd, masa ada festival je ada gerai. hari biasa xde la. ;)
Tiap kali tgk entry As, tiap kali tu la rasa keterujaan nak ke sana...tapi apakan daya belum rezeki...cantik betul ye Jepun dgn bunga2 tu...
Tgk n3 as ni teringat cikgu sekolah dolu2...Semoga sihat selalu ye cikgu.
@Fazian, hihi.. ingt lagi awak ye ngan cikgu ni. :D
bestnya...
Cantiknye pemandangan... kat nihon ni...asal hujan lebat je mula laaa air sungai melimpah kan.
suka bunga sakura,tp tak penah tgk life depan mata,ntah bila nak jejak kaki ke jepun pun tatau la..haha,dpt tgk kat blog ni pun ok la
tingin pulak nak ke jepun (^___^)
Post a Comment