Tuesday, June 26, 2012

Shumai with Tofu

Resepi shaomai/shumai untuk simpanan dan rujukan. Kulit shaomai ni saya rasa boleh ganti dengan kulit popia kot, tapi kulit popia agak keras, kalau rajin boleh la uli sendiri. Bahan dia cuma tepung, telur, air dan garam. Resepi di sini. ;) bahan filling dia pun boleh je nak tukar inti apa2, letak sedikit sayur pun boleh. Biasanya cuma letak inti dalam kulit tu je kemudian dikukus, tapi sensei buat style lain. Tq my sensei!

Sumber: Yoshiko Sensei (Kelas masakan Jepun)
Shaomai with Tofu

Bahan-bahan,
  • 1 keping tofu
  • 150g udang kecil
  • 200g isi ayam
  • 100g bawang holand
  • sedikit garam
  • Kulit shaomai
Cara-cara, 
  • Blenderkan semua bahan kecuali kulit shaomai
  • Bentukkan bulat seperti bola lebih kurang 20 biji
  • Potong nipis kulit shaomai
  • Balutkan bola tadi dengan kulit shaomai hingga habis
  • Letak dalam periuk pengukus dan kukus selama 12-15 minit. 
  • Sedia dihidang dengan sos pilihan.

15 comments:

Rai said...

kulit shumai ni boleh ganti dengan kulit wantan tak eh..nampak macam lagi nipis je kan..

tenkiu tenkiu..tetiba tekak rasa nak makan shumai..tengok kerajinan.. arghh..bagusnya kalau kami jiran dgn as kan skang ni..haha..

Chekgu Azrine said...

tengok gambar tu mcam pulut durian la..hehehe

LydSunshine said...

Ooo... senang je ni. Apa beza tofu dgn tauhu? As, shaomai ni dumpling ke?

FnF Simple Life said...

first time tgk ni As...teringin nk rasa

Nieda said...

Bila tengok ni, sedapnya rasa.
tapi tak rajin la pulak.

kasihredha said...

kulit siomai tu sama tak dgn kulit wantan?

Teratak Hami said...

shumai ...?? Lupa lak rasanya camne :-)

ADEEYA said...

Nampak sedap je. Bila lah dapat pergi Jepun niiiii :D

ShidaGhazali said...

rupa dia macam tako kan... alahai drooling...huhuhuhuhu

Deq's Qienz said...

singgah mbwa senyuman ;) salam kenal ya akak..akak tinggal d jepun ekk..wahhh best la..

Asmara said...

@Rai, boleh je rasanya. :)

@Lyd, sama je, eja je lain. kihkih.. sama gak dumpling tu kot tp isinya yg lain.

@Kak Kasih, tak pasti pulak, maybe sama kot, wantan tu mcm utk goreng kan, shumai ni utk kukus, boleh je kot kalau guna yg wantan punya kulit.

~ yus ~ said...

nampak sedap, tak pernah makan benda2 macam ni As. Balik nanti kalau akak pegi rumah As, buatkan untuk akak ya...hihi.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

x pernah try buat sekali pun
dasar pemalas khen
but dlm menus hogakko
sure dlm sebln ada sekali ada ebi shumai ni

SURIA AMANDA said...

lebih kurang mcm dimsum la jugak ni kan..kat mana nak cari kulit shaomai tu?kat pasaraya kat mesia ni ada jual tak?

Asmara said...

@Suria, kene cari la kot. tak pasti lak kat msia tu. :)