Monday, June 25, 2012

Sweet Redbean Tart

Resepi untuk simpanan dan rujukan. Tart ni memang sedap sesangat! Sensei bagi resepi dalam kertas, salin kat sini untuk panduan. Resepi saya translate dalam melayu. :D

Sumber: Yoshiko Sensei (Kelas masakan Jepun)
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung
  • 60g butter
  • 1/3 cawan gula
  • 1 biji telur
  • *Bahan Filling
  • 200g can of redbean (kacang merah yg dah siap direbus dengan gula)
  • 1 biji telur
  • 100cc fresh cream/whipping cream
Cara-cara,
  • Pukul telur, gula dan butter sebentar hingga sebati. 
  • Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut
  • Ambil adunan dan tekan dalam loyang tart, bulatkan dan cucuk dengan garfu.
  • Untuk filling, campur semua bahan filling dalam blender dan sebatikan.
  • Tuang filling atas adunan tart.
  • Bakar adunan pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak. 

13 comments:

Daddy Ziyyad said...

ahaaaaaaaaaaa..sudi pun kongsi resepinya...boleh la suruh wife saya try buat..ehehehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ni macam tart gergasi lah As.. kalau tart kita selalu buat comel-comel belaka.. nak cuba juga rasanya resipi macam mudah ajer..

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

vi harus mencuba resipi ini suatu hari nanti....suka sgt2 apa2 kuih yg ada redbean =0)

Chekgu Azrine said...

insyaAllah.. akan dicuba..kalau rajin..hehehe

Asyifa Mustaffa said...

Menarik utk dicuba....:)
kalau guna read bean yg dah siap bole ke? kene gak la cmpur dgn whipp cream tu ke?

Asmara said...

@Asyifa, memang guna readbean yg dah siap dalam tin. kalau rajin nak rebus sendiri pun apa salahnya. hehe..ikut resepi kene la campur. ;)

LydSunshine said...

Sedapnya As.... Kuih dorayaki guna kacang merah jugak kan? [tgk doraemon la ni.. hehhe]

fazian.batrisyia said...

suka mkn tart..harus cuba ni...bahan2 pun mudah...tak sabarnya nak buat rasanya...

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

amboi... sedapnya (^____^)

kasihredha said...

As,
redbean yang dah rebus dlm tin tu...kat malaysia ada tak ye?
kalau x de kena le rebus sendiri :)

Asmara said...

@Lyd, betul la tu, pancake omputihnya. hehe..

@Kak Kasih, tak pasti la kak. maybe ada kot, kene cari. biasa org guna buat inti pau tu kan. ;)

Juwita Jamaludin said...

as menarik tart tu.. tentunya sedapkan.. kacang merah memang sedap

Deq's Qienz said...

ermmm nmpk menarikkk..