Gambar tulip tak habis lagi. Selepas keluar dari ladang Tulip yang luas tu, kami berhenti di kawasan rehat tak jauh dari ladang tulip tersebut. Act. kawasan ni sangat luas, sana sini memang akan kelihatan bunga tulip yang ditanam sepanjang jalan dan juga di kawasan taman.
Antara tulip yang ditanam di tepi jalan raya. Sememangnya nampak sangat indah! Kalau tak sebab hujan sekejap2 mau saya berjalan kaki je kat tepi2 jalan ni dan masuk dalam taman kawasan ni.
Kami berhenti rehat dan lunch dengan bekalan di rumah rehat yang disediakan di taman ni. Taman dalam hutan sangat cantik dan nyaman sekali. Kalau ikut peta banyak lagi bunga tulip yang ditanam di kawasan ni, tapi sebab basah (malas bawak budak2) kami tak jalan jauh masuk taman ni.
Singgah lagi di taman tepi jalan, berhenti sebab nak ambil gambar Haqem pulak. Masa kat ladang tulip Haqem tidur. Happy sangat la dia dapat jalan2 tengok bunga. Sangat la susah nak ambil gambar budak2 ni. hehe..
Kakak Batrisya yang memang rajin sangat layan Haqem, ntah apa la Haqem tunjuk masa tu. Nasib baik tak teringin nak petik bunga tulip tu kan. hihi..
Nanohana yang turut mengindahkan kawasan sekitar taman. Musim bunga adalah musim yang paling indah dan best sekali. Selain cuaca yang masih belum panas dan nyaman, alam sekeliling pun cantik dengan pelbagai bunga yang berwarna warni. Jenis2 bunga yang keluar pada musim bunga pun berbeza mengikut minggu. Selepas habis tulip, bunga lain yang ditunggu2 pada musim bunga adalah bunga Ros!
19 comments:
MasyaAllah cantiknyeeeeeeee!!!! geram sy tgk!
cantik sungguh! rasanya kat Moscow xde ladang tulip mcm ni...untung tinggal di Jepun...
mmg cantik kejadian Allah kan....macam akk tgk dlm poskad pulak....hihihihihii jakun
cantik...sangat2...emmmm...kalau tak de sangat bunga plastik la...tahan lama tapi x real....Seronok la parents awak dpt jenjalan sana kan..
haish...geram3x...cantik sgt bunga2 tulips itu
Subahanallah As.. dimana-mana ada bunga tulip ye... bestnya kalau di Malaysia boleh tanamkan ehe :))
Salam As. Cantik sungguh bunga2 tulip tu....pelbagai warna...sukanya tengok...cantik.untung parent As dtg masa musim bunga tulip kembang .
eeeiii, xsabar nak tg bunga saya plak muncul (bunga ROS le tu)
cantiknyaaaaaa.....
best lah nanohana sekali ngan tulip...kirei desu ne
bestnyaa tulips ! kitorang plak plan nk terjah tulips kt michinoku koeun,sendai tak menjadi sebab cuaca teruk time golden week aritu.. xpelah tggu next year pulak.. :)
kalau kat Malaysia nak tgk bunga2 segar nih kat Cameron HIghlands jer la...
bunga kuning tu mcm canola je. ke bunga ape? cantik!
Tulip jepun ni sama ke mcm spesis tulip belanda
My fav flower hehe :)))
@Nuwairani, haah nama dlm jepun Nanohana.
Daddy ziyad, sama species tulip tapi ada bnyk jenis kan. ;)
mabuk tgk bunga tulip ni..cantik.akak pun ada lagi peram bunga tulip kat Finland ni yg belum di n3kan lagi..hehe
tepi jalan pun banyak tulipnya. sini ada sikit-sikit je kak. uhuk!
Cantiknya As... Jeles betul.
Post a Comment