Monday, June 4, 2012

Tokyo Skytree

Tokyo Skytree, tarikan terbaru pelancong ke Tokyo Jepun. Menara tertinggi di dunia dengan ketinggian 634 meter! Ia dibina bermula pada April 2008 dan siap sepenuhnya pada Februari 2012. Baru dibuka sepenuhnya kepada orang awam pada 22 Mei 2012 untuk menaiki menara, walau bagaimanapun tiket untuk menaiki menara hanya dijual di kaunter bermula 11 Julai 2012, kalau nak naik dari 22 Mei kene tempah online. Waktu kami datang masih belum di buka lagi. Jadi dapat jalan2 di bahagian bawah Sky Tree. Berada betul2 di bawah menara memang susah nak ambil gambar penuh. ;)
Walau masih belum dibuka tetapi tetap ramai dengan pelancong, kedai2 cenderamata pun dah banyak dibuka di kawasan ni. Paling menjadi tarikan utama adalah Tembo Galleria yang merupakan Sky Walk tertinggi di dunia. hehe.. bayangkan berjalan di atas awan sambil menikmati panorama bandaraya Tokyo yang mempunyai kepadatan penduduk sehingga 30 juta orang!
Antara tarikan lain di Sky Tree terdapat Aquarium dan Planetarium yang boleh dilawati. Maklumat lanjut untuk tiket dan access ke Skytree di sini.

Sebelum ke Skytree kami ke Nippori untuk shopping kain. Antara tempat ada dalam list untuk dikunjungi. Nippori ni memang popular sebagai Fabric Town, nak cari semua kelengkapan jahitan dan kain2 Japanese Cutton yang agak murah memang terdapat di sini. Ingat sekejap je kat sini tapi kalau dah belek kain tu memang makan masa. Tak sempat nak ambil gambar, kebetulan hujan sekejap waktu tu. Tapi puas hati dapat bawak balik kain2 dari Jepun. ;D

* Semalam dapat jiran baru M'sian, betul2 sebelah rumah. Yeay bestnya ada kawan! Hi jiran! kalau nak apa2 ketuk je pintu rumah aii. hehe.. ;p

12 comments:

SURIA AMANDA said...

sakan mum and dad u berjalan kat sana erk....

yatie chomeyl said...

bestnyadpt shopping kain kat nippori. mesti bnyk borong utk raya ni hehe

yatie chomeyl said...

bestnyadpt shopping kain kat nippori. mesti bnyk borong utk raya ni hehe

LydSunshine said...

As beli apa kat nippori? Tgk hasil tuaian.

Syok la dapat jiran baru. M'sian lagi.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

rega ticket dia mahai double from tokyo tower ek...biler ntah nak terjah...still takut nak naik benda tinggi2 kat tokyo ni...takut jishin uwaaaa

kurus said...

cantikknyaaa
macam ala2 KL tower lah nie kan ;)

Unknown said...

erkk..cam bersih je nampak sungai tengah tengah tokyo tu kan.. compare dengan sungai klang..hahahaha..

Kamalia said...

yg ni kalau nak pi mesti ramai org nnt kan..kena pi weekdays la kot..
*yeayyy..dah ade jiran..bestla dia dapat makan masakan akak yg enak tu.kirim salam dengan ami.:)

Dr K said...

Salam kenal :)

Dah lama duduk Jepun?
So sejak ada Skytree ni, KLCC jatuh tempat ke 4 lah kan....:)

Hanis MY said...

wahh jakun hanis baru tahu pasal nippori tu haha... seronoknyaaa ada jiran m'sian, bertambah meriahlah..

Unknown said...

Amboi berjalan sesja

Unaizah said...

Cantikla tower tu...