Saturday, June 2, 2012

Sushi Cake

Menu paling senang, cepat dan kenyang. Kalau nak lagi best tabur kacang peas dan nori. Dan nak lagi best masa makan tu letak wasabi. hehe.. Selamat makan tengahari! ;) Resepi dari kelas masakan Jepun. Resepi dan gambar sebelum ni di sini. ;)
Sushi Cake,
Bahan2.
  • 3 cawan beras Jepun
  • 1/2 cawan vinegar
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula
  • 5 keping shiitake mushroom (kalau guna yg kering kene rendam dulu)
  • 1 tin kecil tuna 
  • 3 biji telor
  • Soy sauce secukupnya
Cara2.
  • Rendam beras selama 30 minit
  • Basuh beras, masukkan vinegar, air, garam dan gula
  • Masakkan atas api sederhana seperti masak nasi biasa. 
  • *guna rice cooker pun boleh tapi hati2 takut periuk rosak dengan cuka. 
  • Potong kecil shiitake mushroom (seperti gambar) dan rebus seketika dengan sedikit soy sauce hingga lembut. Ketepikan.
  • Keluarkan tuna dan masak seketika atas api dengan sedikit soy sauce, ketepikan.
  • Pukul telor, letak sedikit garam. Goreng seperti telor dadar yang sangat nipis. Buat hingga telor habis.
  • Gulung dan potong halus telur dadar, ketepikan.
  • Sediakan mangkuk, alas dengan plastic wrap. 
  • Step 1, masuk telor dadar yang telah dipotong halus.
  • Step 2, masukkan separuh nasi yang telah dimasak tadi, rata dan padatkan.
  • Step 3, masukkan tuna dan ratakan
  • Step 4, masukkan shiitake mushroom daa susunkan.
  • Step 5, masukkan baki nasi hingga habis, ratakan dan padatkan nasi tersebut (guna plastic wrap tadi)
  • Biarkan seketika, buka plastic wrap tadi dan terbalikkan ke atas pinggan
  • Sedia dihidang dan dimakan. :)
  • Selamat mencuba resepi masakan Jepun yang mudah dan enak!

    13 comments:

    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

    Kenyang mkn yg jer pun
    Sbb beras jpn byk kanji gituew
    Ni akak buat saiz besaq ker!???
    Oishii sou (~_~;)

    Amie said...

    As,
    kalau baca entri As tentang hidangan Jepun, terasa2 & terbayang betapa sedapnya! Suka rasa wasabi yang menyengat tu he he hehh

    D & D Blog said...

    nampak sedap la..ada masa nak cuba buat..

    LydSunshine said...

    Seaweed tak letak ke? Kalo buat sushi cake nak dan nak tambah seaweed, nak letak kat mana ye seaweed tu?

    Asmara said...

    Lyd, potongcm kek, lepas tu tiap portion balut dgn nori (seaweed). :)

    Ijah EmoTemo said...

    nyums! sedap! heheh teringin nk try!

    Hanis MY said...

    oishii sou.. tak pernah makan dn tak pernah cuba buat hehe teruk betul...

    kak as thanks for the tips! tak terfikir langsung, ok nanti hanis roger2... hari ni bawa mak ayah g sendai port derang nk tgk kesan tsunami... nak pergi yg jauh tak sempt pulak...

    アヌムちゃん said...

    oishisou..tabetai...

    ieda said...

    wahhh sedap nyeee ;)

    kasihredha said...

    x yah nak gulung2 kan

    sue-sama said...

    akak nak sikit

    ShidaGhazali said...

    mcm best je ni... kna try la one day...huhu

    Kamalia said...

    yang ni maybe saya rajin buat kot,xyah nak kena gulung bagai..haha
    akak,kalau saya, saya letak cuka tu lepas nasi masak sebabnya macam tak yakin saya nak buat mcm akak ni..ntah kenapa agaknya..:p