Friday, June 1, 2012

Harajuku Tokyo Japan

Antara tempat yang wajib dipergi jika ke Tokyo. Kami pun dah berapa kali ke sini. Saja la bawak mak abah tengok gelagat orang2 Jepun yang tak putus2 berjalan ke hulu hilir. Takeshita Street tempat membeli belah, saya bawak shopping di Daiso 5 tingkat di sini. Selain tu boleh jugak jalan di Omotesando, butik shopping barang berjenama seluruh dunia. Waktu ni kami parking di tepi jalan betul2 sebelah Harajuku Station. Lucky pulak haritu ada kosong. Parking tepi jalan guna syiling tapi tiap sejam kene top up la dan sangat murah tak silap 200yen sejam.
Spot me! kat tengah jalan tu ada camera, ramai la sibuk2 amik gambar sendiri yang terpampang besar kat screen.  Hari Ahad biasanya young Japanese akan berfashion pelik2 di sini. Nak ambil gambar dengan diorang pun boleh, kat sini lah nak jumpa Japanese pakai baju pelik2 mcm karakter anime dll, selain di Akihabara. Kalau rajin berjalan boleh masuk ke Meiji Shrine bersebelahan dengan Harajuku Station. Kalau lebih rajin lagi boleh bersiar2 di Yoyogi Park antara taman terbesar yang ada di Tokyo.:D

Hari kedua tu pun kami sempat lunch di Marhaba Ikebukuro. Kedai makanan India Muslim, tak sempat nak ambil gambar pun. Set nasi beriani yang sedap dan portion yang besar serta murah! Parking pun tak jauh dari kedai tersebut (30 minit 100yen). Selain tu sempat singgah kedai buku Kinokuniya, kedai buku terbesar di Tokyo. Peminat buku macam papa memang tempat wajib dia nak singgah. Parking di Kinokuniya ni mahal sikit tak silap 15 minit 100yen.

So far jalan menaiki kereta di bandar Tokyo adalah mudah! (thanks to GPS Navigation) Takde pulak traffic jammed yang teruk, maybe waktu kami pergi tu masa public holiday. Parking pun banyak cuma kena pandai cari yang murah atau mahal. Paling penting kami merancang perjalanan terlebih dahulu nak ke mana. Perjalanan yang terancang memudahkan urusan. Sebelum jalan kami dah buat tentatif program dan cari maklumat nak bawak mak abah jalan ke mana dan yang sesuai untuk mereka. Hari pertama cuma nak bagi rasa naik subway di Tokyo ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancang. ;)

20 comments:

laskar pelangi said...

Bila lah nak ada rezeki nak singgah ke jepun ni..hehe;)
akak dk sana dah berapa tahun?

nazayiena said...

Ramainya org kat Harajuku nie,memang betul ckp As kena ada perangcangan bila nak pegi jln2 mana,baru jimat masa dan tpt nak pegi pun boleh dilawati....

asyifamustaffa said...

Daiso 5 tingkat ? biar betul...huhuhu...
kat sini 1 floor jer....itu pun mcm dah rambang mata bila masuk... ini kan pulak 5 tingkat....kene bwak ribu riban ler menyoping kat jepun nie....huhuhu....

Unknown said...

ramainya orang As...huhu.

p/s: teringin tgk pizza sosej As kat entri sebelum ni tu, tp nasib baik 2 hari lepas dah makan domino pizza...hehe

Munn Jaafar said...

agknya kat mana camera dlm screen tu ek?

yatie chomeyl said...

kalau plan awal2, insya Allah perjalanan pun lebih selesa. mesti mak ayah akak happy dpt jalan2 kat tokyo kan

Qasey Honey said...

bestnye...bile la dpt peluang nk ke sna...hukhuk...bile hujung mgu agak sesak jugak yer tmpt tu...plg best bile dgr Daiso 5 tgkt tu...wah mesti best sesgt tu...

Kella said...

sonoknya ke sana...
moga moga dapat juga kesaan..

Hanis MY said...

Hanis tk penh smp sini kak as... Jakun yg amat hehe... Alhamdulillh perjalan berjaln lncr....

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

harajuku ni tempat fashion pelik2 org suka lepak...even lady gaga pun pernah terjah sini beli baju sampai 300man....

Ijah EmoTemo said...

meriah! best best! heheh bila entah nk pi Jepun ni. hehe klu ada rezeki nk jgk pergi :)

~♥ OjaAmran ♥~ said...

aduh..bila nak jejak kaki kat sana nih!!

Unknown said...

kalau kat kl time hari cuti la jem kan..hihi..

err..tetiba nampak yoshinoya..

dulu zaman ala ala jahiliyah sikit balun je yaki shake don kat yoshinoya..hahaha..

Unknown said...

natsukashii.. :(

rostina76 said...

I SAW U!!!!!!

LydSunshine said...

Yang sesak ramai2 tu derang nak pegi mana?

Asmara said...

@Pelangi, nak masuk 4. ;)

@Munnafendy, bawah screen besar tu ada camera. ;)

@Rai, isk2.. hehe.. tula zmn dolu2 ramai je hentam.

@K Rostina, clap3x! hehe..

@Lyd, mcm2 tujuan Lyd, mmg gini la tiap masa. shopping, jln2 la time cuti.

Amie said...

As,
di mana-mana negara dalam dunia ni kan memang tak lari kedai India Muslim ye... he he hehh

FnF Simple Life said...

haish...teringin gak nak g nih...huhu

Kamalia said...

saya tak penah sampai sini lagi..sadis!