Sakura bunga yang sinonim dengan Jepun. Hidupnya hanya seminggu dalam setahun. Disebabkan itu orang Jepun sangat menghargai bila tibanya musim Sakura ni, waktu ni mereka akan berhanami (berkelah) di bawah pohon sakura sambil makan2 dan berkumpul bersama rakan2 dan saudara mara.
Pokok Sakura ni memang berada di mana2 tempat di Jepun. Musim Sakura ni bermula pertengahan Mac hingga akhir April, bermula dari bahagian selatan Jepun hingga ke utara berperingkat2 hidupnya. Jadi kalau orang selatan tak sempat nak berhanami masih sempat nak tengok sakura di bahagian utara. ;D
Kami pun tak pergi jauh, ambil gambar bunga sakura ni di belakang rumah je. Waktu mak abah datang tempohari tak dapat nak berhanami sangat, tapi masih rezeki mak abah dapat tengok sendiri kecantikan bunga sakura ni dan menikmati keindahan bunga sakura di bumi Jepun. Waktu kami di Tokyo(selatan) pokok sakura dah berdaun tetapi bila balik di tempat kami (utara), Sakura sedang elok berkembang walau dah gugur dan keluar sedikit daun. Alhamdulillah sempat jugak bergambar dengan bunga Sakura walaupun dah banyak gugur waktu ni. Tarikh 2 Mei 2012, Yonezawa Japan.
*Alhamdulillah, tahniah Hanis (Hana Sakura) dah selamat melahirkan bayi lelaki jam 5:41 petang semalam secara normal, berat baby 3.814kg. Selamat menjadi ibu bapa buat mereka! ;D
24 comments:
alhamdulillah, rezeki mak ayah akak dpt tengok sakura :)
Subhanallah...cantiknya ciptaan Allah....
tahniah juga buat hanis :)
besarnya akachan 3.8 kg .
cantiknya sakura :)
ya allah cantiknya......
rinduuuuu lagi... jalan2 bwh pokok ni sambil sakura bguguran ..asyikkk
Ya Allah..cantiknya bunga sakura ni,..ptutla hanya pd musim t'tentu je ade...
Subhanallah cantiknya...sungguh indah ciptaanNya...bila agaknye ada rezeki ke sana...
Oh, baru saya tahu fakta bahawa bunga sakura ni hidup hanya seminggu dlm setahun!
wah baru ye sakura kat sana.. seronoknya.. kat kantou tahun ni memang tak puas sebab mankai waktu weekdays.. rajinnya As masak2 ajak datang rumah.. rumah pun nampak luas.. rumah ita comel je.. hihihhih
seputih salju gituew
suker haru paling ai suker taw
this year x brpa nak enjoy sgt sbb weather x menentu dah la mangkai tgh minggu uwaaaa
walau pun dah mula berdaun tapi masih cantik lagi..
saya suka aki..bau udara sangat wangi dan daun merah dengan langit biru yang sangat cantik..
suka sakura... cntik
Seronok As sekeluarga dapat bau haruman sakura... pastu cantik jer memutih..
Tahniah juga buat Hanis... besar anaknya .. semoga ibu dan anak sihat...
Kat M'sia ni ada pokok seakan2 sakura. Bila ditanam sebaris, dan bila berbunga, cantik je nampak.
salam kak as..mmg cantik kan sakura..rindu spring..huhu
rindunya nak tgk sakura ni As....cantik!
Terpegun daku menatap sakura yang putih suci.... kagum dengan kebesara Ilahi!
wah! hanis dah bersalin! eksaitednya! suke sgt dapat tengok sakura. kalau di sapporo bulan 5 pon sempat tengok sakura lagi..ntah bile la dapat berhanami lagi...
sgt cantik bunga sakura tu..terpegun mlihatnya..
rezeki mak abah akak dapat tengok dengan mata sendiri :)
Tahniah buat hanis dah jadi ibu, semoga bahagia dan di rahmati Allah. Cantik sungguh bunga sakura ni.
Best nya! bila lahh duit nak cukup ni nak jenjalan kat japan ni. +___+
bila la agknya sy dpt pegang bunga sakura? =)
Cantiknya sakura. Akak blh tengok dlm alam maya je la. Nak tengok real tak tahulah ada kesempatan ke idak. Apa sebenarnya kegunaan sakura tu? Or just pokok biasa yg ditunggu & dikagumi bunganya je?
Post a Comment