Sunday, June 10, 2012

Tetamu Pantai Timur..

Mesti dah kenal muka tetamu saya ni kan! ;D Alhamdulillah semalam kami menerima kunjungan tetamu dari Sendai. Walaupun hari hujan mereka tetap sudi datang melawat kami di sini. Terima kasih Hanis dan Mi sudi bawa mak dan abah ke Yonezawa ni. Hanis yang dah sarat 39 weeks, ini gambar2 terakhir Hanis sebelum masuk labour room malam tadi. InsyaAllah kalau xde aral hari ni 10 Jun Hanis dijangka akan melahirkan dan mungkin pagi ni sedang bertarung untuk mengeluarkan baby yang sangat comel, InsyaAllah.. Didoakan semoga Hanis senang bersalin dan urusan dipermudahkan. Amin..

Acara makan2 dan sesi borak2 dengan ibu bapa hanis dan jiran baru kami, wah seronok dengar diorang berenam kecek kelate. Inilah jiran baru kami Ami dan Faiz, Ami pun mommy to be jugak, InsyaAllah this September. Tak banyak gambar tuan rumah ambil. Seronok sangat bila ada tetamu datang ke rumah. InsyaAllah bertemu lagi dalam masa terdekat, lepas ni kami akan ke Sendai melawat Hanis dan baby.
Gambar makanan ini je yang sempat diambil. Saya sempat buat nasi dagang, laksa kelantan, kek karamel dan pavlova pagi tu. Pavlova khas untuk Hanis rasa, minum petang sempat goreng ubi keledek dan keropok. Ubi goreng special makan dengan sambil kicap, style orang Johor. Alhamdulillah nampak tetamu gembira dengan hasil tangan tak seberapa. Hanis pun sempat buat entry malam tadi disini sebelum ke hospital. Moga persahabatan dan ukhwah antara kami semua akan terus berkekalan. InsyaAllah..;D

19 comments:

Amie said...

Wah....seronoknya dapat kunjungan begini! Tak sabar nak dengar perkembangan Hanis dengan babynya...., sama2lah doakan selamat kedua-duanya!

Cik Sara said...

Wahhh... tak macam dok obersea pun kak.. Makanannya...fuhh... thumb up! Eheh..

Haaa...Semoga Kak Hana Sakura selamat melahirkan baby comelnya..weee...

yatie chomeyl said...

oh hanis dh mausk labor room ye...semoga selamat lah hendknya ibu & anak.

btw sedapny anmpk foods yg kak as masak tu..banyak pulak tu...mak buyung kat fukuok ani pun terliur jugak hehehe

Acik Erna said...

assalam As..masa2 yang seronok ia lah masa kita ada tetamu..lebih2 lagi bila tetmu menikmati apa yang kita hidangkan..betul tak az

Nuwairani Ismail said...

bestnye jalan2 jumpa blogger ni. dah lama nak try buat pavlova. tapi tak berapa nak cukup bahan kt sini.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

rasa nak terbang gi umah kaka skrng ni....oishii sou rajin nyer ryori banyak gituew...bertuah jiran sebelah dpt kaka yg rajin masak ni...biler plak cheq nak bermanja ngan k.as plak ni ngeeee

NzA said...

salam,
seronoknya bila ada tetamu yg brkunjung w.pn jauh diperantauan....

LYAfrina said...

wah..meriahnyer bkumpul ramai2.. td dr timur..ingtkan timur malaysia.. hehhe

Nieda said...

Tak sangka Hanis dah nak bersalin.Semoga semua selamat dan dipermudahkan.

kasihredha said...

nak pavlova tuuuuu

hanis dah bersalin belum ye?
akak pulak yang suspen ni

me suya said...

both tetamu kak As. suya kenal melalui blog sorg.. sorg lagi tu mcam suya cakap dulu..btw, dua2 comel.. hehehehe

FnF Simple Life said...

duh...sedap2 banget...terus speaking indon...hi3x

Act.pemotong roti tu ada jual kat AEON mcm2 design...jenis camni tak silap 800yen je...antara yg termurah. kalo shopping online pun boleh gak kat amazon.jp 1000yen tak silap.

Cik TeN10 said...

Meriahnyaaaa.. Makanan pn meriah belaka.. Fatin nak kek caramel tuuuu *muncung mulut :D hahaha

Lady Lavender said...

meriahnya acara makan-makan As :-)
apa-apa pun yg penting seronok dapat jumpa kawan-kawan. Seronoknya dapat berjiran dgn malaysian jugak :-)

Cinta Misteri said...

Meriahnya.,ni msti last dishes baby hanis dlm perut coz lps ni baby cuma leh minum susu jer..


*dpagi hari (waktu M'sia) mndoakn Hanis selamat melahirkn..

lizz said...

errm semua sedap-sedap...pavlova tu menggoda sangat...

SURIA AMANDA said...

terliur tgok pavlova tuh..

Teratak Hami said...

Sempat lagi Hanis berjalan2 sebelum masuk labor room :-) Yang pasti, dapat makan masakan As.

suriani azwan said...

kak..nak resipi pavlova bleh ke? teringin sgt nak buat.