Thursday, June 7, 2012

Melawat Sekolah Rendah Jepun

Hari pertama di tempat kami, saya bawa mak abah melawat Atago Shogakko (sekolah Batrisya). Kebetulan minggu tu satu hari je sekolahnya dan sekolah buat hari terbuka untuk ibu bapa melawat sekolah sebelum bercuti panjang lagi. Ingat nak ponteng je sebab satu hari je sekolah waktu tu, tapi ada mesyuarat PTA kene la pergi. Waktu kami datang kelas Batrisya tengah belajar subjek matematik. Nampak budak2 seronok dan berlumba2 nak jawab soalan, mungkin sebab Sensei guna banyak bahan mengajar yang menarik.
Lukisan Batrisya yang ditampal dalam kelas, gambar neko(kucing). Batrisya ni minat betul dengan binatang2 comel. Peminat setia cerita Shimura Zoo kat tv tiap Sabtu petang. Nak bela tapi mama takmo la.
Kad atas meja yang ada gambar tu matlamat atau cita2 yang nak dibuat masa Tahun 2 ni. Matlamat yang dia tulis sendiri tu nak lari laju2 masa acara sukan. hehe.. kelakar, tengok budak2 lain pun sama je, matlamat masing2 bukan nak lulus periksa ke apa, semua tulis benda yang diorang minat. Alhamdulillah nampaknya matlamat Batrisya dah tercapai, minggu lepas ada sukan sekolah, Batrisya masuk acara larian dan dia dapat nombor satu! Papa kata dah tercapai la cita2 dia tahun ni. hehe.. Takpelah budak2, yang penting dia ada semangat dan dia cuba capai matlamat tu kan. Tahniah ye sayang! hihi..
Tempat duduk dalam kelas, tempat Batrisya barisan kedua. Lagi satu tiap 3 bulan tempat duduk akan bertukar termasuk pasangan. Kelas ni duduk sebelah laki perempuan, bagus jugak so budak2 tak rasa bosan duduk satu tempat je setahun tu.

Masa balik ni Batrisya dah tak ikut group sebab kami ada. Musim tak panas best la jalan kaki, summer nanti bertahanlah dengan cuaca panas. Tapi sekolah Jepun memang budak2 sekolah wajib jalan kaki, bas sekolah memang tak disediakan. Dah masuk sekolah menangah baru boleh bawak basikal, itupun untuk murid yang duduk jauh.

Tok bah yang dah berpuluh tahun tak bawak basikal, hehe.. nasib baik ingat lagi cara bawak. Haqem la seronok duduk kat seat belakang. Sementara nak sampai ke rumah banyak la kedai2 yang kami singgah, saja tunjuk mak abah kedai2 yang ada di Jepun ni. Tarikh 2 Mei 2012 Yonezawa Japan.

*semalam pilihanraya AKB48, tahniah Oshima Yuko, siap Live kat tv lagi. ;D

25 comments:

yatie chomeyl said...

abah akak nampak seronok kayuh basikal, mesti terkenang zaman muda remaja dulu2..dah la basikal kat sini mmg klasik2 hehe

Unknown said...

kat jepun selamat..nak bagi anak2 jalan kaki pun tak takut..lagi pun biasanya ada yang kawal traffic utk kanak2 melintas.. kat negara kita ni..terlepas pandang 5 saat pun boleh lenyap..

murahnya donat 15yen je..hahaha..

Hanis MY said...

mesti seronok bila Batrisya tgk balik gambar ni ms kat mesia nanti, byk dia boleh cerita pada kawan2
eee comel sgt Haqem naik basikal dengan tok bah dia...

kasihredha said...

kat sana cikgu dia kreatif..so murid2 enjoy je kat sekolah :)
wahh tok bah pun naik basikal juga ye :)

Asmara said...

@Yatie, ingt nak bwk balik tp ntah pakai ke tak nnti. hhee.. msia panas! yg husband bawak giant mtb 10 taun lepas pun tersadai je kt rmh. ;D

@Rai, donut yg kecik 20sen tu kot. hehe.. contoh paling senang.

@Hanis, hari2 nak naik basikal budak kecik nih. ;D

ADEEYA said...

Hehe kena jalan kaki eh? best nyee, budak2 sekarang ni mana nak jalan kaki semua berjemput, hehe me dulu balik sekolah jalan kaki dengan kawan2 baru bestt leh menyinggah hee~ :D

Unknown said...

wah wajib jalan kaki kak.. memang dari kecik dieorang dah ajar kekanak kat sana hidup sihat kan,bagusnya.sekolah pun mesti dedekat je dgn rumah memasing

FnF Simple Life said...

ilmi tengok gamba batrisya dan masih ingat nama... siap tanya... mama, tu batrisya ke...huhu

kurus said...

tadika dia x jauh beza ngan tadika di malaysia kan ;)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bestnya round2 naik basikal.. cuaca nyaman pulak tu lagi best..

Kalau kat sini dah basah peluh tu :D

lizz said...

seronoknyer bacer entry terasa cam kat jepun... pandangan dari jauh la...teringin gak nak kesini nanti

Batrisya mesti seronokkan sekolah kat sini sangat teratur kemas lak tu,,,

Dr K said...

batrisya ni kalau tgk doreamon/pokemon/dragon ball versi jepun mesti kacang aja kan faham bahasanya..ngeh ngeh ngeh...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alolo nostalgia betul tgk tok bah naik basikal gituew...teringat kat kg tetiba...ngeee....sama ngan si adam ni suka betui ngan Shimura Zoo tapi dia ni layan semua jenis binatang ai plak yg geli giler

Unknown said...

Tahniah batrisya, matlamat tahun ni dah tercapai...:)

sabar dubai said...

kawaii je lukisan neko batrisya....kalo kite kaku habis laa da lame x melukis hehe

Qasey Honey said...

best la pulak tgk dlm kelas kt sna...trasa mcm nk bsekolah kt sna lak...haha...kreatif yer...mcm seronok aje..

Nieda said...

kreatif sungguh budak2 tu....cantik

mama maman aka yana said...

org jepun kreatif kann... syoknyer jejalan sana... bl la nak smpi nih.... :-)

Nadiah Sidek said...

sekali tengok, abah akak dalam gambar tu nampak macam orang jepun kayuh basikal..hihi..

RIZZNA said...

Bagusnya sekolah kt jepun, wajib jln kaki. Klau kt M'sia mcm tu kan best....tunggulah next week dah naik skolah stelah cuti 2wks. Jlm sumer jem.

*seronok naik basikal..

Mamasya said...

Salam As.Batrisya boleh jln kaki ke sek....tentu dktkan, tak susah nak kena hantar.wah Haqem naik basikal dg atok....bestnya...

anumuchan said...

owh oshima yuko menang ke..baru tau..huhuu..waa rindu tv jepun..huhu

rostina76 said...

salam As.....seronok tu tok abah kayuh beskal......btw kalau le msia selamat mcm negara dorg alangkah amannya hati mak bapak. mcm @Brunei juga, kros envy betul dgn tahap keselamatan mrk. tinggal kereta dgn enjin masih on & xlock pun tak pe tepi jalan g msk sekolah amik anak2......cuma yg kelakarnya masa mula2 kami pindah sini kononnya Arfa nak cycling g sek ugama (dkt je dgn rumah). 1st day dia cycle kros follow blkg. smp2 gate kwn dia tahan bgt xleh bwk beskal nanti ustaz marah.....la pulakkk!!!semua mak bapak htr ambil dorg ni walau negara selamat.

Unknown said...

mcm laju jer tok abah kayuh basikal tuh...:)

Cik Sara said...

Sonoknya deme.. Eheh...Comelje hiragana dia.. aih, saya juga yang tak lepas tulis hiragan lagi nih.. hahaha