Wednesday, June 6, 2012

Odaiba City & Venus Transit

Hari terakhir di Tokyo kami melawat ke Odaiba City. Perjalanan nak ke Chiba kami singgah tengok Rainbow Bridge, Statue of Liberty, Fuji Terebi(bawah kanan) dan Aqua City Odaiba. Tempat ni lebih cantik bila waktu malam dengan cahaya lampu. Dari sini pun boleh naik bot/feri menyusuri Sumida River hingga ke Asakusa.
Berlatar belakangkan replika Statue of Liberty dan Rainbow Bridge.  Masa ni cuaca mendung tak lama lepas tu hujan pulak. Kami tak lama di sini, puas jalan2 dan ambil gambar kami masuk ke Aqua City.
Selain tu di sini terdapat Miraikan (Japan's National Museum of Emerging Science and Innovation). Papa teringin sangat nak pergi, tapi dah lewat petang dan tak sempat. Sebelum ni pernah tengok Gundam besar kat sini, datang sini semata2 nak tengok Robot Gundam tu je. hehe..
Ikan yang comel dalam Aqua city. Perjalanan pulang lebih kurang 4 jam baru tiba di rumah. Dah 4 hari di Tokyo baru la mak abah sampai ke destinasi sebenar iaitu rumah kami di sini. Masih banyak lagi gambar dan cerita untuk diabadikan di sini sebagai kenang2an kami nanti. ;D

Moga selamat perjalanan mak dan abah ke Jakarta esok dan semoga urusan mereka dipermudahkan nanti. Amin.. Mak tu baru balik dari Sarawak hari Isnin lepas ada kenduri kawin, penat balik dari Jepun pun tak habis lagi. Moga terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk mak dan abah kami. Amin..

*Cuaca mendung hari ni tak dapat nak tengok Venus Transit Phenomena. Fenomena sekali seumur hidup, kalau ada lagi maybe seabad lagi. Boleh tengok live streaming dari jam 7 pagi hingga 2 petang ni di link bawah.

http://news.tbs.co.jp/newsi_sp/youtube_live/20120606.html

20 comments:

sabar dubai said...

kak as...sonok tgk pic n cite jalan2 tokyo kak as..da bpe arini bace..mmg rs mesti cite bersambung nih hehee....lg syok leh bwk family kan.....alaa rindu laa dgn tokyoo

Acik Erna said...

assalam as..alhamdulillah..mak ayah as..diberikan kesihatan yang baik.

yatie chomeyl said...

yatie dpt tgk venus transit ni pg td dengan sensei kat lab..sugoiii sangat :)

kasihredha said...

betul ke odaiba ni pulau buatan manusia sewaktu perang dulu?
Akak pernah terbaca tentang pulau ni kat internet...dan akak pun ada jumpa sauh2 kapal lama kat sini...betul ke ek?

Asmara said...

@Kak Kasih, betul, sepanjang Odaiba sampai Haneda tu semua pulau buatan, tapak dia tu dari sampah sarap dijadikan daratan. pandai kan Jepun! ;D

FnF Simple Life said...

baru je berpiknik kt tepi laut odaiba tu ahad lepas sambil window shopping kt aquacity...ngeee

Kamalia said...

sugoi mak dan abah yang suka berjalan..semoga terus diberi kesihatan yang baik hendaknya..
*kak, kat sini(odaiba city) ade ke trick art museum?

Asmara said...

@Kamalia, trick art museum yg besar tu kat Takao san, tp kat sini ada kot, maybe kecik je. tak pulak mencari. hihi.. (plan kan nak pegi tp jauh sgt takao tu pstu tiket mahal gak) ;p

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai sukerrrr odaiba selalu weols wajib lepak tepi laut tue even waktu fuyu...siap pakai glove...blh tgk rainbow bridge yg colorful tue...lepas jishin dulu sempat singgah still lagik nmpk kesan merekah kat simen...takut if jishin kuat sbb tanah di tambak buat kuat sgt.

Ida,Japan said...

wahhhh..bestnyer jln2 tokyo, mesti sonok mak ayah as...semoga perjalanan mrk selamat

Daddy Ziyyad said...

bergambar dgn replika statue of liberty tu, sekali imbas tgk mesti org ingat "ehh, kat US"...~hahaha

LydSunshine said...

Syoknya mak as. Byk berjalan luas pengetahuan. Venus transit tu bleh tgk dgn mata kasar ke?

Hanis MY said...

wahh bestnya mak ayah akak jenjalan eh... kuat lg derang... comei kak as posing peace, mcm menarik je aqua city tu..

Papa Mifz said...

nak kene simpan duit nih...satu hari kene pergi Tokyo nih...:)

Nadiah Sidek said...

tak payah susah-susah dah nak ke New York..statue liberty pun ada di sana :D

ieda said...

cantiknyaaa
seronok nyeee pengalaman manis nie , jalan2 di tokyo .. akk tumpang trgk jelahh huhuh

ADEEYA said...

Wahh seronoknya jalan2 ! :D

Nieda said...

Bila dah tua2 dan pencen nanti akak pun nak ronda 2 tengok tmpt orang juga.
Minta sihat saja....

Cik TeN10 said...

seronoknya budak2 tu bergambar.. semua pn nk buat peace ek.. :D fatin blom penah sampai lagi odaiba ni.. padahal dh banyak kali gi tokyo.. tp shopping je lebih.. abes kt shopping complex je.. hahahh

hoken cover.. total 2500¥ je.. mlm tu kena bayar 5000¥ sbb kaunter tak buka.. smlm dh gi settle dah.. :)

malek hanif said...

Harap-harap sampai ke Tokyo pada Ogos-September ni dengan airAsia. Banyak info kat sini.