Sunday, June 17, 2012

Mee Rebus dan Header yang cantik!

Mee rebus untuk breakfast, rajin pulak amik gambar. :D Asyik buat mee goreng boring jugak, ni guna kentang je, tak guna keledek. Kuah pun buat pekat sikit dengan tambah kacang. Resepi dari kak Hana, terima kasih banyak kak!
Sumber: hanamemories.blogspot
Bahan-bahan
  • mee kuning - celur n toskan.
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang cili kering (saya guna 1 sudu cili serbuk je)
  • segenggam udang geragau/kering -ditumbuk 
  • 300g daging - direbus then potong nipis.air rebusan ketepikan
  • 2 sudu sos tomato 
  • 2 biji keledek sederhana
  • garam
  • gula
Cara-cara
  • Bwg besar, bwg putih, lada kering potong2 dan goreng sekejap.
  • Blend bawang, lada kering dan halia.
  • Panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau.
  • Masukkan air rebusan daging, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. 
  • Tunggu hingga mendidih dan pekat.
  • Hidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng dan jeruk cili.

Yeay! petang tadi bukak fb, tengok2 ada orang hantar mesej bagi gambar header yang cantik ni untuk aii! hehe.. Thank you so much to Ayu Ladychenta. Rajin betul buat header cantik2 ni. Tiap kali kalau masuk blog dia mesti bertukar2 header yang cantik2. Suka sangat tengok, sangat kreatif Ayu ni. ;D. Jumpa pulak Ayu gambar satu family kat fb, memang tak banyak gambar satu family, susah nak ambil gambar dengan anak2 yg tak mau duduk diam. hehe.. Anyway terima kasih banyak Ayu sudi meluangkan masa buat header cantik ni. InsyaAllah nanti nak cuba pakai header yang ni. Hontouni arigatou gozaimasu! ;D

15 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

lumayannya mee rebus... terbaekkkkk!!

ADEEYA said...

Hee sedapnyaa mee rebusssss :3 :D

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai suka segala jenis mee tapi heroes kat umah ni x layan sgt...oishii sou kaka....

*tepuk dahi* awalnyer letak n3...lupa nk pesan x payah la buat n3 pasai header ni cheq maluuuuuu....baru send second header tue yg prsn ada new n3 ngeeee....ai suka if kaka happy gak...try la saiz tue na if besar sgt nnt kasi saiz header yg selalu kaka guna oke @.@

Amie said...

Memang header tu nampak cantik As,
telur mee rebus tu warnanya cantik... seolahnya telur baru As!

Nuwairani Ismail said...

kite ni sampai skrg tak reti nak buat header. adeh~ rasa buta it betol.

ShidaGhazali said...

sedapnya nmpk...
kak as, mcm ne nk rebus telur perfect... i mean telur kuning dia x overcooked... say selalu rebus, kuning dh keras...huhuhu..

tahu soalan mudah je ni...tp nk tnya gak..huhu

FnF Simple Life said...

rajin nya As bangun pagi buat mee rebus... kalau saya time cuti sekolah kita pun sama nak qada tido...heee...

Sungguh cantik header tu...seyes terpikat...

Nieda said...

mee rebus memang sedap tapi punyalah byk bahan yg kena sediakan.

~~zana@pb~~ said...

Cantiknya Header tu...mee rebus pun gerenti beres dah hari ni, elek!!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang cantik lah header tu As... teringin akak nak buat..

Akak pun buat mee rebus gak pada tengahari sabtu itu hari.. sebab pagi dah makan nasi goreng ... so tengah hari tukar pulak mee rebus mudah akak tu...

~ yus ~ said...

mmg cantiklah As header baru tu...

akak skrg nak makan mee rebus order je...hhuhu, buatnya leceh.

Rai said...

siap ada chikuwa..hehe...

cantiklah kuning telur tu.

ieda said...

wahh ... x pandang dah akk nie ke mee rebus tuu terusss je scroll laju2 nak tgk header ekeke

rajin ayu ..
nak jugakkkkkkkkk cantikkkkkkkkkk ;))

Teratak Hami said...

Akak suka mee yg berkuah termasuklah mee rebus. Tapi tak rajin buat sendiri sbb dlm rumah ni tak ramai yg minat.

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

vi blm pernah try masak mee rebus. tetiba tergoda nengok mee rebus yang kak as buat. pasni, nak selongkar peti sejuk. ada tak stok bhn dijadikan mee rebus =0)