Monday, June 18, 2012

Yamagata Castle

Masih banyak lagi gambar2 yang nak dikongsi di sini. Mana yang sempat saya buat dulu. Lawatan ke  Istana lama Yamagata pada 10 Mei 2012. Waktu pergi ni dah minggu persekolahan, jadi Haqem je ikut. Boleh kata setiap ken/negeri di Jepun ada Istana lama yang masih dikekalkan dan dijadikan muzium.
Berkesempatan bawa mak abah tengok Istana lama ni dan bekas2 peninggalan kota lama yang masih dijaga dengan baik. Istana yang dibina pada tahun 1356 pada zaman Edo di asaskan oleh Shiba Mogami menempatkan pusat pemerintahan Tokugawa Shogun yang memerintah selama beberapa tahun dan akhirnya musnah akibat peperangan. Kini dibina semula sebagai sejarah di Yamagata Jepun.
Muzium yang menceritakan kisah dan sejarah Yamagata serta tempat2 dan festival2 yang menarik setiap tahun di Yamagata.
Taman Jepun yang sememangnya cantik dijaga setiap masa. Masuk adalah percuma, ramai jugak nampak warga2 yang berusia melepak di sini. ;)
Haqem main sorang2 je, abang dan kakak sekolah waktu ni. Antara bekas2 sejarah, batu yang digunakan untuk membina istana ni. Sangat kagum dengan orang zaman dulu2 ni, boleh bina bangunan besar2 tanpa alatan moden.
Lepas jalan2 istana lama kami bawa mak dan abah makan Soba yang popular di Yamagata. Ada ambil gambar guna phone tapi tak tau simpan folder mana, banyak sangat dah folder gambar, tak sempat la nak cari. hehe.. nnti2 dah jumpa saya simpan di entry ni. Hari ni bz sikit, akan bw blog kawan2 petang nanti. InsyaAllah.. terima kasih pada yg sudi baca entry saya. ;D

16 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

byk ekkk castle kat nihon yg cantek2 ...best la parents kaka boleh jejelan merata...anak menantu bawa...syok...haqem best jer main tue

yatie chomeyl said...

muak haqeem dgn mak kak as seiras pulak nampak

kurus said...

bestnyaa
cantik tempat nie dikk ..
tgk gamabr dah rasa macam berada disana aje ;)

DrFIO said...

Nampak bersih sangat2 kawasannya...memang kat Jepun semua tempat dijaga ye kak?

Ijah EmoTemo said...

wah! mmg masih byk lagi ek akak istana2 lama dkt sana :) cantik!

Teratak Hami said...

Akak pun suka pergi kat Istana lama2 gini. Suka dgn taman dorang. Cantik & tenang jek.

diha said...

sama2 kasih..^_^ hehe..

FnF Simple Life said...

cantik...kalu gi masa sakura tgh berkembang sure lagi cantik tempat ni kan As

ADEEYA said...

Haqem rambut style lahh :D

Amie said...

Nampak cantik dan unik... dulu sempat belajar Sejarah Jepun 3 tahun di u, macam2lah zaman yang dipelajari dengan pelbagai latar sejarah dan kisahnya... agaknya kalau waktu tu boleh nampak segala gambar2 tu, makin bertambah semangatlah nak belajar sejarah Jepun.

Unknown said...

bersih jer tgk kawasan tuh kan...

Unknown said...

Ain suka tengok istana lama2! Mesti best kan anak2 kak As jumpa atok & nenek diorang :D

aReLaN said...

tak pernah jejak kaki ke yamagata.wuuuu...tak sempat ronda satu nihon dulu

Nuwairani said...

sukenya baca entry kak as ni. banyak tempat2 menarik yang akak pegi. ntah bile la nak sampai sana lagi.

Unknown said...

syoknya As masih ada mak ayah yg sihat berjalan..bertuah dapat jln sampai tempat As lagi...mesti diorang suka dapat jumpa cucu sambil jln mkn angin tgk tempat menarik kat sana:)

Azmie & Vivie said...

seronok! =0)
vi suka tengok seni pada atap bumbung istana tu. taman pun sgt tersusun rapi =0)