Wednesday, June 20, 2012

Kuih Lapis Pandan Kacang Merah

Kuih minum petang, kuih lapis yang lebih sedap dengan kacang merah. Saya memang suka sangat kacang merah ni. Lama pulak tak makan eskrim kacang merah. hehe.. Warnanya kurang merah sebab letak sikit je kaler. Teringin lepas tengok Saba buat, lagi2 guna kacang merah. Kacang merah dalam peti ais dah lama terbukak, plan nak buat kuih pau, tapi cuaca sejuk hujan je yis pun lambat nak mengembang. Terima kasih tuan resepi asal kak liza dan Saba untuk rujukan. ;)

Sumber : Kak Hanieliza & Sabar Dubai
KUIH LAPIS KACANG MERAH
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]

Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus
Pewarna merah
1/4 cawan air

Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
Gaulkan rata dan ketepikan

Bahan C
1/4 cawan air
1 s/b tepung jagung
1 s/k pandan paste/pewarna hijau

Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
Gaulkan rata dan ketepikan

Cara memasak
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
3. Masukkan pula 1 cawan lapisan hijau dan kukuskan 5 minit.
4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik.
5. Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau pelastik.

9 comments:

FnF Simple Life said...

salam As...cepat betul kuih ni sampai Nihon ye...sedapnye...pos sket ke sini ;)

Asyifa Mustaffa said...

As salam Asmara,
amboi la..rajinnya melapis...!cntik pulak tu....msti sedap nie...

baru dpt BW hari nie...n bru prasan header tu...cantik ! :)

Nuwairani Ismail said...

perisa kacang merah tak pernah try buat lagi. kalau kuih lapis kacang hijau dah buat. pasni kalau rajin boleh try buat kacang merah lak.

aReLaN said...

uish...sedapnya la

profmie said...

hemm..sedpnya bile tgk yg dh siap t'hidg.hehee

sabar dubai said...

waaaaaaaa da smpi ke nihon yer.....cantik plak nmpk kaler akak...yg kite ni terlebih kaler laa plak hehee...amacam sedap x? kite nk buat lg pon kacang da habis kene tgu shopping time dulu hehe

Qasey Honey said...

cantik langsir bru blog ni...hehe...kuih tu pon cntik...sma rata lapisannye...tentu sedap ni...

Elysa Sofia said...

saya suka kuih lapis yang pink tu. hehe buatkan boleh? ;D

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

kak as, nak sikit kuih lapis tu...sungguh menawan lapisannya =0)