Tuesday, June 19, 2012

Jumpa Salji yang lagi banyak!

Tarikh 5 Mei 2012. Sepanjang mak dan abah 2 minggu di sini, tiap hari kami bawa keluar jalan2, memang manfaatkan tiap hari yang ada tu untuk melawat tempat2 yang mampu kami bawa. Hari seterusnya selepas bawa ke ladang tulip, kami naik ke atas gunung Zao pula. Act. tujuan asal nak bawa main salji dan tengok kawah gunung berapi (Zao Okama Lake) yang selalu kami pergi, tapi sebab abah tak tahan sejuk dan waktu tu memang berkabus tebal, dapat duduk luar sekejap je. Kawah pun tak bukak lagi waktu ni sebab salji masih tebal dan berkabus memang tak nampak apa. Waktu yang sesuai nak pergi adalah pada musim panas.
Mak yang steady je tahan sejuk, abah yang tak tahan sebab pakai baju nipis je. hikhik.. Mak pun ada tulis nama kat salji tu buat kenangan. ;D Waktu ni angin kuat, sejuk memang tak terkata, dapat kejap2 keluar ambil gambar pun ok. Kat sini ada jugak nampak orang main snowboard.
Sepanjang perjalanan dalam kereta, salji masih lagi tebal dan tinggi, pada musim sejuk jalan ni di tutup untuk laluan kenderaan. Masa kami lalu ni baru minggu pertama jalan ni dibuka. Zao ni terletak di Miyagi Ken dan merupakan sempadan antara Yamagata dan Miyagi.
Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah dari rumah  ke sini. Berada di atas gunung sangatlah sejuk suhu 2C waktu tu. Bila turun bawah terus jadi panas. Nampak kat gambar tu awan dekat betul dengan kami dan sayup je nampak bandar di bawah. Misi seterusnya kami menuju ke Sendai untuk aktiviti seterusnya dan berjumpa dengan seseorang! hehe..
*Terima kasih auntie Ami dan uncle Aki bagi budak2 coklat dari Disneysea. Selamat ulangtahun juga buat Ami moga terus dirahmati. Seronok berjiran ngan Ami hari2 bertukar2 kuih. hihi..
Eh thanks jugak buat Hanis tempohari sebab bagi coklat Disneyland jugak kat budak2 ni, tak sempat nak bergambar dah habis, Hanis kata nak bagi masa kakak dia dtg dulu, tapi tak sempat ke Yamagata, masa dtg haritu baru dapat bagi. Terima kasih keduanya atas tanda ingatan pada anak2 ahkak ni. Alhamdulillah.. ;D

28 comments:

Unknown said...

Wah! Sempat juga jumpa salji ya parents As masa datang hari tu.....

Lama tak main salji...huhu rindu.

Mooniqueen said...

Wahhh snow..... Bestnya.... Bila la dpt merasa pegang snow yang betul2 macam ni...

Chekgu Azrine said...

belum penah tgok salji dengan mata kepala sndiri..bestnya..


salam perkenalan

http://azrinzfamily.blogspot.com

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

gagagagaga hahaha samuiiii dah tgk effect rambut haqem terbang tue dah tahu angin kuat....auwwww oishii sou coklat tue...ai selalu blk mesia mmg wajib la terjah disney shop borong coklat or cookies kat situ ...this time tataw nak gi biler dah nak dekat poser ni uwaaaaa

Dr K said...

Tebalnya salji :-)
Nak pergi Sendai tu, u mean tmpat yg kena tsunami tu ker?

SURIA AMANDA said...

seronok mak ngan abah u kan..bukan selalu dpt tgok salji...

Mixed-family in da house.... said...

Salam Kak As,

suka tgk mak akak, steady jer posing sejuk2 pon...tak pakai glove lagi...hehhehe...

yatie chomeyl said...

shedapny anampak cekelat disneyland tu ..mak buyung ni pulak terliur tgk hahaaha

Unknown said...

gambar yang nampak membiru tu ingatkan laut..seriously!

ShidaGhazali said...

bestnya coklat tu kak..nyummy...
hehehe

Ahlami said...

alahaii kak as, coklat yang x seberapa aja. x sempat nak beli omyiyage yg lg best :) teringat kat batrisya, haziq and haqem. Hehe.

Eh kak as, Zao Okama lake ni jauh tak dari yonezawa ? Mmg sepanjang tahun ada salji eh kat situ. kot2 laa ma abah dtg bln 9 nnti, teringin nk tgk salji. hehe bleh la bwk ke situ

jamilahamzah said...

bestnyer2..bila la dapt pergi nih...

Nuwairani said...

2'c?? tersangatlah sejuk!!! huhuh....masa gi hokkaido dulu pernah cecah sampai -12. ais yang cair pada siang hari boleh beku semula pada malamnya. punyalah sejuk!!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Subahanallah... putih melepak salji tu... lepas tebal pulak salji.. dapat merasa tengok salji mak n abah As... Tahan sungguh mak As dengan kesejukan tu ye .. :D

Amie said...

Tahannya sejuk mak abah dia.... brrrrr

FnF Simple Life said...

wah...ada snow lagi...rezeki ibu ayah As ye. jepun dah panas skrg

kurus said...

wahhhh aah mak dan ayah as tahan sejuk erkkk .. baju tebal kan ;)

Anonymous said...

jealous nyer tgk leh main salji lgi!

kasihredha said...

Sendai jumpa Hanis ye As :)
cantik le...awan tu dekat je kan.

LydSunshine said...

Amboi tak menahan mak siap tulih nama atas salji.

anie,Nagoya said...

ngeerrr...tetiba je sejuk.bilalah dpt bawa mak,abah kkanie kesini.abah mngkn tak boleh.tak kuat sgt.lagi pun perjalanan jauh.

moga as sekeluarga siht n ceria hendaknya.insyallah....

Pink Lavender said...

bestnyerrrr main salji!!!!!

Teratak Hami said...

Adoiii, tgk gambar pun dah terasa samuii nya ...

Cheq Sue said...

pernah rasa 11'C di CH ni... macam taknak mengajar aje nak dok berbungkus dalam gebar... he he he

Unknown said...

sana salji, sini jerebuuuu....

Unknown said...

masa tu waktu spring yer As.sempat lak mak ayah As merasa salji lagi yer masa tu.angin kuat tu yg tak tahan tu.

Azmie & Vivie said...

wow! tumpang seronok vi nengok timbunan salji dlm gmbr2 tu =0).
vi teringin nak nengok salji. nov 2011 vi dtg tokyo masa tu masih musim luruh. sempat merasa jugak cuaca dingin masa musim tersebut. teringin nak dtg ke jepun lagi =0)

aReLaN said...

uish...bulan 5 pon ada yuki lagi.dok kantou dulu, waktu fuyu pon tak merasa yuki.wuuuuu