Monday, May 21, 2012

Gerhana Matahari

SubhanaAllah..Kejadian gerhana matahari pagi tadi yang dapat kami lihat di sini.  Alhamdulillah.. bersyukur kami di Jepun dapat  menyaksikan sendiri kejadian Gerhana Matahari.  Gerhana matahari terjadi apabila bulan melintas antara bumi dan matahari dan menghadang cahaya matahari terus ke bumi untuk beberapa ketika. Gerhana yang dikenali sebagai Ring of Fire, hanya boleh dilihat bermula di timur negeri China, Selatan Jepun, Lautan Pasific dan berakhir di barat US.
Pagi tadi lebih kurang jam 7 lebih sambil siapkan2 anak2 ke sekolah memang perasan cuaca gelap beberapa minit seperti waktu senja. Tengok beberapa channel TV tunjuk live gerhana matahari. Nak tengok direct matahari memang tak boleh sebab tak ada cermin mata khas. Gambar atas ni sewaktu live dari TV jam 7:37 pagi 21 Mei 2012.
Gambar ulangan versi full. SubhanaAllah.. moga terus kami beriman dan bertaqwa padamu Ya Allah..

Maka Rasulullah SAW pun bersabda yang bermaksud: "Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang daripada kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu." (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari) 

20 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Subhanallah....masyallah....
maha besar kejadiannya....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sugoi ne
weols mmg tunggu kat luar ngan jiran2 tgk...alhamdulliah di beri peluang utk tengok

Acik Erna said...

SubhanaAllah,,jelas gambarnya..dapat acik tumpang tengok..tq As.

FnF Simple Life said...

Subhanallah...hari ni ilmi gi sekolah awal... kena ada kat sekolah b4 kul 7 sebab semua kena tgk gerhana matahari live kat sekolah.

Asmara said...

FnF, Batrisya pun ada beritau kene pegi awal, tp tadi tak sempat pergi macam biasa. Dia pun excited nak tengok. Maybe dia sempat tengok masa dia jdi mcm bulan sabit tu je kot. balik nnti nak tnya dia. hehe..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Subhanallah .. mana suci Allah , dapat juga As melihat gerhana matahari ye... akak dapat tengok gerhana bulan tempohari..

Rashidah Ibrahim said...

Salam Asmara,Wahai cantiknya gambar bulan,hebatya Kuasa Allah Swt.

et said...

subhanallah...

Rai said...

subhanallah..cantiknya kan.. teringat masa tengok gerhana tahun 1998.. bila lagi dapat dilihat agaknya..

LydSunshine said...

MasyaAllah. Indahnhya.

ieda said...

ada juga dgr dari berita
tapi di mesia dpt tgk separuh aje
itupunn certain2 negeri lah

Teratak Hami said...

cantiknya ...!!!

kasihredha said...

subhanallah :)

~ yus ~ said...

subhanaAllah....cantik As!

Nieda said...

Cantik dan terang gambarnya. Puas hati tengok

Hanis MY said...

subhanallah... kat sendai tak nampak full sadiss.. tgk kat tibi jelah... yg best bila ada org propose masa sebab bentuk dia mcm ring owhh lomentiknya...

ADEEYA said...

cantik.

Cik TeN10 said...

Subhanallah..besarnya kekuasaan Allah kan.. Malangnya fatin tak sempat tgk pn..dh la gerhana matahari jarang sekali jadi..terlepas pulak nk tgk..huhu

Nuwairani Ismail said...

kawan yang tinggal di sapporo cakap boleh nampak separuh je gerhana tu. tak full mcm yg dalam tv tu.

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

subhanallah...


respon to | 14#WorDLeSs WeDNesDay | : tq kak atas doa... nak dunia kena ada ilmu, nak akhirat kena ada ilmu jugak.. yang tatau, kena cari bagi tau jugak (^____^)