Bas yang selesa dan ada pemandu pelancong, tapi Haziq mabuk, muntah dalam bas. hihi.. balik tu Haziq pindah duduk bahagian depan. Haziq dah kenal dengan banyak binatang tapi semua dalam bahasa Jepun atau English, melayunya masih banyak yang tak tahu. huhu.. Papa kata tak banyak dapat ambil gambar, Haziq ni memang susah nak bergambar. Itu yang gambar muka pelik2. ;D
Baca peta sendiri dengan ahli kumpulan, baru usia 5-6 tahun tapi dah pandai berdikari sendiri budak2 ni. Parents cuma pantau dan ikut je mana diorang nak pergi. Seronok sangat la Haziq, papa kata kalau minat kat satu binatang tu lama sungguh diorang berhenti.
Dah penat berjalan, berhenti rehat dengan bentou yang dibawa dari rumah. Lebih kurang 2 jam dalam Zoo, rombongan di bawa ke Benny Land pula untuk bersuka ria. Theme Park bersebelahan dengan Zoo. Tiket untuk masuk theme park dan zoo disediakan oleh pihak sekolah.
Dalam theme park dah boleh berpecah, Haziq jalan dengan papa, banyak jugak mainan yang sempat dinaiki. Tapi tak banyak gambar, sempat jugak lah papa ambil beberapa video Haziq. Lebih kurang jam 4 bertolak pulang. InsyaAllah ada masa mama, Batrisya dan Haqem pun nak pergi. ;D
*Pengsan beratus2 gambar lagi nak disimpan sebagai catatan memori di sini. ;)
12 comments:
Banyak aktiviti kan skolah kat jepun ni.
sama lah kita kak..bertimbun2 gambar nk update cite kat blog tp...adoyaiiiii mcm xsmpt je...cite basi gak la jwbnya hehe
AKAK...baru tau chocolate meiji tu boleh mkn..nasib da lg dlm simpanan..tapi nescafe gold blend tu dah let go kat org lain...huhuhuh...bru2 ni pn kana-san ada bagi bg lagi coffee blend apa ntah...dah let go jugak kat org lain...huhuh..xpe lepas ni kalo dia bg lagi nak tanya akak dulu...
best boley join sekali...si adam ni maybe dah besar kot so semua trip dia gi without parents....sama la mcm adam ckp nihongo ok ckp melaygo ayat ntah apa2 hahaha
Menariknye! How I wish to be there...one fine day...or even for a day :)
hehhe... bahasa jepun ngan english je.. pandai haziq ni... otak berkembang dengan cepat dalam bahasa asing, bahasa melayu xpe, kita leh ajarkan... fitrah, insyaALLAH (^___^)
@Suriani, ok boleh je. kami pun byk refer sana sini. ;D
@Ayu, ini sebab sekolah ada duit memang boleh bawak parents, ikut yochien masing2 kan. ;)
seronok budak2 dapat outdoor xtvt macam ni kan...
hahaha..gelak saya baca bab gambar ada beratus2 tu..samala kita kak,bila tengok dan nak memilih memang malas sungguh..takpe,take ur time kak!sempat lagi nih..
bestnya la haziq pi zoo ye..ni dekat pinggiran bandar sendai ke?eceh,bajet macam nak pegi jugak..haha.
Huhu.Budak2 sana pandai n berdikari dah kecik2.So diorang cepat matang ! Satu cara pembelajaran bagus wajar dicontohi.
@Kamalia, jom2! harus pergi ni. budak2 mesti suka tau. tiket free je budak2. nnti roger2 tau! ;D
Beruntung Haziq dapat macam2 pengalaman bila bersek di sana.
Biasalah tu kak.. Koleksi gambar akak kat perantauan mesti banyak sangat.. Suka melihat dan membaca cerita dalam blog akak ni, macam ada di Jepun je gamaknya. :D
Post a Comment