Tuesday, May 29, 2012

NHK Studio Park, Tokyo Japan

Hari kedua di Tokyo, kami ke NHK Studio pulak pada sebelah pagi, sebab hanya berhadapan dengan tempat penginapan di Shibuya. NHK Studio Park ni memang dibuka untuk pelawat. Act. kami nak tengok show rancangan kanak2 secara rakaman pada jam 12pm, tapi masa sampai tu jam 10am orang dah penuh beratur dan hanya 50 orang je boleh masuk. huhu.. orang Jepun ni memang sanggup beratur berjam2 kalau nak sesuatu benda. Anak2 memang peminat setia rancangan kanak2 NHK yang disiarkan tiap pagi dan petang. Jadi kami hanya beratur untuk tiket masuk melawat studio saja.
Set pengambaran drama terbaru NHK yang sedang ditayangkan. Ada beberapa tempat yang tak dibenarkan bergambar seperti dalam studio rakaman dan peralatan. Ini dibahagian luar studio.
Ini dibahagian Nature cameraman, tunjuk peralatan dan barang2 yang digunakan untuk ambil gambar binatang dalam hutan. Banyak jugak benda dan komputer game yang boleh dicuba dalam ni.
Bahagian kids world. Tempat permainan berdasarkan karakter2 yang ada dalam rancangan kanak2 NHK. Memang lama kat sini, budak2 happy la dapat main macam2.
NHK Studio Park ni dibuka dari jam 10pagi - 6 petang. Tiket berharga 200yen dewasa(18 tahun ke atas). Bawah 18 tahun dan 65 tahun ke atas percuma. Antara tempat yang menarik boleh dikunjungi jika ke Tokyo. Kalau ada anak2 yang selalu tengok rancangan NHK mesti seronok berada di sini. Kalau kat Msia macam melawat Astro/TV3 atau RTM la. ;D
Taman kecil di hadapan studio park. Mak pada usia 61tahun, memang suka sangat la dengan bunga. Mak dan abah memang masih kuat berjalan. Hari pertama kaki mama dah sakit, tapi mak dan abah relax je. ;D
Kami tak lama di sini, sebab masih ada lagi tempat lain yang nak dikunjungi. Hari kedua kami jalan menaiki kereta, lebih mudah daripada naik turun keretapi dan tak penat terutama bawa anak2 kecil. Cuma kene bayar parking yang sememangnya mahal di bandaraya Tokyo! Tapi lebih berbaloi dan kene rajin surfing la tempat parking yang murah. So far memang sangat mudah kalau ada navigation dan internet jika berjalan! ;)

12 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nice blh terjah nnt
x biasa gi lagik
blh buat rombongan cik ayu ke NHK ngeee

Rai said...

masa kat nihon langsung tak minat NHK..haha..tengok pun fujiterebi.. tv tokyo..rasa cam rancangan NHK tu mcm banyak utk obasan dgn ojisan..ye ke eh..hahaha..

Hanis MY said...

datang blog kak as ni mesti boleh tahu tempat yg tak pernah tahu sebelum ni hehe...

Juliet_iRa~" said...

bestnyaaaaa mak abah dtg japan..hee

syok la jalan kan..ngeeee :D

hye akk..sorry dah lm xblogging..ni br on9 blk..

sihat kak?apa cer org japan..heee

Asmara said...

@Rai, drama dia mmg mcm tu, tp skrg byk je drama best2. hehe.. kami ni sbb nak bwk budak2 tengok okaasan to issho. :D

@Hanis, masih sempat kalau nak berjalan lg. ;)

Papa Mifz said...

dapat masuk studio2 mcm tuh sure seronok kan...

FnF Simple Life said...

setuju ngn hanis...kadang2 bukak blog As just nak carik idea jalan2 nihon...kami yg dok dekat ni pun tak sampai lg... ngeee

LydSunshine said...

RUmah zaman dulu yg batrisya bergambar tu mesti tempat shooting drama zaman dulu. Buat dlm studio je rupanya.

*bukan kat Jepun je yg selalu beratur As, kat Malaysia ni cuba kalo ada apa2 game final bola ke, daripada kul 6 pagi dah beratur nak beli tiket. kalau dah nak tu, akan sanggup mcm tu la.

aReLaN said...

walaupon dok dekat tokyo,saya tak pernah sampai sini.hahaha

Kamalia said...

jadk jugakla ye pi nhk ni?lor,tak dapatla tengok show tu..
mmg nampak mak kak As kuat lagi tu..gigih berjalan sana sini ye..

Nur-nba said...

Mak Kak As nampak muda dan masih kuat walaupun dah masuk usia 60-an. Apa rahsianya tu?

Cik Eka said...

cantiknya bunga kat mana tu..sukanya warna dia...