Friday, May 25, 2012

Asakusa Tokyo Japan

Antara tempat yang paling wajib dikunjungi oleh pelancong2 jika ke Jepun. Asakusa popular sebagai tempat membeli barangan cenderahati dari Jepun iaitu di Nakamise Street dan terkenal juga dengan Sensoji Temple dan Asakusa Shrine. Nak cari fridge magnet, kimono, kipas jepun dan lain2 banyak terdapat di sini. Harga yang dipamerkan adalah sama bagi tiap kedai. Kami borong fridge magnet kat sini 3 keping 1000yen (RM38). Satu berharga 350yen. T-shirt dalam lingkungan 1000-2000yen, dan macam2 lagi cenderahati boleh dibeli di sini. Bergambar di hadapan Kaminari Gate, simbol utama Asakusa.
Selain dari kedai cenderahati dan temple, kita boleh menyusuri taman yang cantik ditepi sungai (Sumida River) dan menaiki Tokyo Water Bus (bot) yang melalui sungai sekitar Tokyo. Kami tak sempat nak naik pun, di tepi sungai boleh ambil gambar yang nampak jelas Tokyo Skytree dan bangunan unik Asahi Beer Tower. Di sini juga terdapatnya pasaraya Matsuya (gambar bawah kiri) merupakan shopping complex membeli belah yang pertama di buka di Jepun. Zaman dulu atas pasaraya ni terdapat theme park, dan sangat popular. Di sini juga terletaknya pintu masuk utama keretapi bawah tanah yang pertama di buka di Jepun iaitu Asakusa Station. Gambar bawah kanan, berbentuk rumah tu pintu untuk keretapi bawah tanah yang baru dibina sebagai tanda.
Lunch kami pada hari pertama, kalau ke Tokyo kami memang akan cari Tenya ni untuk mengisi perut. Selain harga set yang murah tendon-ya ni hanya menjual nasi serta tempura seafood sahaja. Kedai ni banyak cawangan tapi di sekitar Tokyo saja. Mak dan abah nampaknya suka dengan nasi dari beras Jepun. ;)

22 comments:

yatie chomeyl said...

kira OK la mak ayah akak boleh telan mkanan Jepun. MIL yatie masa dtg dulu, lansung xleh telan mknan jepun hihiihih

SURIA AMANDA said...

sedap nampak udang tu...

asyifamustaffa said...

wa...bestnya nmpk udang tu...
mcm udang greng tepung je...:)

Asmara said...

@Yatie, nasi jepun yg diorang suka. tp tempura tu kurang la, mak kata berminyak sgt. hehe.. kat rumah kami mmg guna beras jepun, lembut katanya. ;D

Unknown said...

perut saya tetiba lapar nampak udang tu...hehehe

Hanis MY said...

owh hanis baru tahu pasal pasaraya matsuya tu... org tak pernah tak ramai kat asakusa ni kan...

kasihredha said...

barang2 souvenir kat sini harga dia lebih kurang je dgn di airport Narita kan :)
Akak suka tempat ni sebab banyak souvenir dan ada kuih macam Msia. Kat Kelantan panggil kuih jepun...ada isi kacang merah kat dalam tu...kat sana nama dia apa ye?

Teratak Hami said...

sedapnya nampak udang tempura tu :-) Akak dulu pergi Asakusa buat apa ye? hehe... rugi dulu takde blog.

Asmara said...

@Kak Kasih, kuih mochi la kot. mmg sedap, tp tak semua boleh dimakan. bahan shorteningnya kdg tak tahu. kami lebih suka tnya dulu. mmg sesuai dijadikan souvenir. ;D haah brg2 dia mana2 pun lebih kurang. jarang jumpa yg murah lagi. hehe.. mmg diaorg dah standardkan harga kot.

@Teratak hami, beli souvenir la tu. takkan lawat shrine kot. hehe..

lavenderlover said...

akak tu mi pe? wah, tempura tu nmpk sdp.. hehe.. nk jln2 japan gak!!! hehe

laskar pelangi said...

Yummy je nampak udang tu..=)

FnF Simple Life said...

oh suka pula ibu bapa As makan nasi Jepun ye... kami ni beras Jepun beli untuk buat bento ilmi je...hihi... soba tu feveret ilmi...tapi dia suka yg sejuk.

Unaizah said...

Sakan berjalan ye As bawak parents round Tokyo :-)

Anonymous said...

alhamdulillah dpt pg asakusa aritu kak as...beli gak la tshirt jepun 600 yen..hehehe

Unknown said...

Huwah !! Menarik! Jalan2 dapat makan !.Haha

Acik Erna said...

Assalam As..acik pun suka nasi dari beras jepun..tapi yang beli disini dengan yang anie nagoya pernah kirimkan untuk acik lain rasanya..sedap lagi yang dari sana..melekit2 sikit macam beras pulut..

Nadiah Sidek said...

dalam banyak-banyak makanan jepun yang nadiah tengok, tempura je kot yang nadiah boleh telan :p

Amie said...

Seronoknya dapat bawa mak & ayah jalan2 kat sana... tu yang goreng salut tepung tu udang ke As, nampak macam ekor udang... ada beza ye As rasa beras Jepun dengan beras tempatan.

aReLaN said...

hari tu outstation kat nihon pon gi asakusa gak.nyesal tak borong FM banyak2 masa tu.ingatkan kat tempat lain senang cari.hmmm

Puan Eka said...

udang tempura tu nampak sedapnyaaaaaa

Anonymous said...

salam. mohon jasa baik untuk senarai kedai makan islam kat area tokyo. mahal @ murah, janji boleh makan. huhu..akan ke tokyo selama seminggu. tq in advance.

R.N.R said...

ada email tak nak contact,nak tanya beberapa soalan coz nk gi jpn early next year,tq!