Thursday, May 24, 2012

Istana Maharaja Jepun

Dari Parlimen Jepun kami terus melawat ke kawasan Istana Maharaja Jepun. Kediaman rasmi maharaja Jepun sekarang. Pelancong dibenarkan melawat kawasan sekitar Istana yang sangatlah besar. Istana ni dikelilingi taman yang cantik dan berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan Jepun, Kalau di Malaysia macam di Putrajaya la.
Waktu jalan2 ni terserempak jugaklah dengan kerabat diraja tengah bersiar2. Ambil gambar dari jauh je. Pada hari cuti umum jalan raya di hadapan Istana ditutup untuk kenderaan bermotor, jadi pelancong boleh bebas bersiar2 menaiki basikal atau jalan kaki di atas jalan raya.
Bangunan pentadbiran yang tinggi2, walau bagaimanapun mereka tetap mengekalkan taman2 yang bersih dan cantik disekitarnya. Istana ni dikelilingi oleh tasik buatan, Istana2 Jepun zaman dulu kala memang akan dibuat di tengah2 tasik.
Berehat di Kokyo Gaien, taman terluas di Imperial Palace. Di sini terletaknya Nijubashi Bridge, jambatan yang merupakan simbol utama Istana Maharaja Jepun.
Ada peristiwa masa gambar ni di ambil. Elok je mama ambil gambar last tu, Haqem pun terus terjun dalam kolam ni. Habis basah semua baju. Nasib baik memang standby baju spare. Suka la dia main air kat sini, kebetulan cuaca panas betul kat Tokyo.
Di sinilah terletaknya pusat2 pentadbiran dan bank2 utama di Jepun. Gambar bawah kiri tu berada diatas Nijubashi Bridge. Gambar kanan berlatar belakangkan Tokyo Station, pusat utama terminal keretapi di Tokyo. Jika nak ke sini boleh turun di Tokyo Station, jalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke Imperial Palace. Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi jika anda ke Tokyo. :)

23 comments:

Ijah EmoTemo said...

best tgk anak2 akak duk main sambil berjalan2 ni hehehe

rostina76 said...

Amboi seronotnya mak&abah u jalan2 ye. Nak2 jmp cucu tu. Hahaha!!!!ada gak swimming pool tgh2 open space tu ye. Haqem buat2 terjatuh kot, hehe yg lain2 xjoin terjun ke?

JaSSNaNi said...

Bestnye jalan2 sana as, ooo kiranya ala2 putrajaya punya penempatan tu saya faham lah... hmmm seronok kan bley bawa family gi jamu mata.. anak2 pun suka.. hepi je diorang.. :)

yatie chomeyl said...

menarik2

Hanis MY said...

sukalah jambatan dengan air pancut tu... cantiknya tokyo eki kan yg bangunan coklat tu... hari tu nampak kat tv, dah siap sepenuhnya ke kak as?

Qasey Honey said...

amboiii bestnye...wlaupon xdpt ke sna..skrg2nya bile dishare gmbo2 ni...dpt jugak tgk negara org...nti share la lgi byk2 yer...hihi

Asmara said...

@Hanis, belum lagi, Jun baru bukak, Sept baru bukak sepenuhnya dgn hotel, muzium dll.

nur easy said...

istana ni signature building kat sana kan..;)

Teratak Hami said...

Bersih jer sekitar Tokyo. Pemandangan pun cantik

SURIA AMANDA said...

bila la berpeluang pi sini kan...malakoff xde project plak kat sana...

LydSunshine said...

Nampak jelas tempat ni bersih sangat.

Kolam tu boleh main air ke? Heheh. Nampak mcm kolam hiasan je.

Unaizah said...

Haqem, Haqem! Sure kecoh jap after dia beraksi diving kat situ hihihi. Nasib baik tak kena saman or apa.

Asmara said...

@Lyd, kolam hiasan je. ;)

@K Unai, act. dia terjatuh dlm tu. nasib baik ada kat situ je, cepat2 la angkat dia. hehe..

FnF Simple Life said...

Imperial palace ni yang dekat dengan akihabara tu ke As?

Asmara said...

@FnF, bukan ni kat Chiyoda dekat gak ngan Ginza. :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Imperial Palace ni memanjang x sempat nak terjah...dah 3 thn ni haiyooo apa nak jadik ni...kena reg x nak masuk situew??? dulu baca mcm open weekday jer weekend close katanyer...admire lepaih tgk Jessica alba p situew auwwwww kena retis Hollywood p dulu baru mata ni terbuka luas sket hahaha DUSH!!!

Papa Mifz said...

hadoi kak...dia terus terjun masuk kolam tuh...hehe

~ yus ~ said...

cantik As. Haqem tu mesti geram nampak air, tu yg terjun tu ya Haqem...hehe

Nazayiena said...

Nasib baik Haqim x kena terjun dlm kolam tu,bandarnya bersih dan tenang je x sibuk....

TopsyTurvyMum said...

AMan damai jerr..
Bila la akak nak sampai sinunn:)

~♥ OjaAmran ♥~ said...

seronoknya..impian masa kecik mmg nak pegi jepun..tapi tersasar ke moscow lah pulakkkk

keli menari said...

best!! nampak panas tapi tak sepanas malaysia.huuu

aReLaN said...

pernah gi sekali je masa mula2 sampai nihon dulu.pastu dah tak jejak kaki dah.hehehe