Thursday, April 5, 2012

Restaurant Makanan Jepun

Makan besar dengan adik2 kohai(junior) yang baru tiba minggu yang lalu. Sedapnya sashimi ni, teringat2 la pulak. isk2.. Organizer buat tempahan di sebuah restaurant makanan Jepun di sini. Memang berbaloi dan puas hati, makan hampir 30 orang dan dibelanja oleh adik2 kohai. Terima kasih banyak! Act. mmg tradisi di sini semua junior kene belanja senior makan pada hari kedua tiba di Jepun. :)
Ada berbelas2 menu makanan yang dihidangkan satu persatu. Antara yang sempat disnap guna iphone, sebelum2 tu terus makan je. ehek.. Memang sedap2 semuanya. Semua makanan berasaskan seafood, organizer pun dah maklum kat tuan kedai apa yg boleh makan dan tak boleh. :)
Punya banyak menu makanan, sampai tak habis kami makan. sedap2 belaka. Nasib baik ramai lelaki boleh la tolong habiskan makanan dari meja kami. ;)
Budak 3 orang ni tak makan banyak pun sebab dah kenyang makan kat rumah. Masa ni la mama bawak kek untuk adik2. Ada 3x kot kami order air gelas besar tu.
Ini gambar dari fb adik cipot. TQ! Act. ada 8 meja, booking satu bilik. Kohai yang baru tiba 5 orang, sorang perempuan. Sekarang tinggal 2 orang je perempuan dan masih kami satu family yang ada. Saja mama simpan gambar ni untuk kenang2an. :)

19 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

oishii sou
best khen sekali sekala makan gini
ai rasa last makan sashimi hjng thn lepas...kat restaurant jepun kat tokyo tue

I`mulan said...

i like japanese food...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

bebudak tu bab posing serah kat lepa ye dak....

wow makanan tu semua membuatkan mataku membeliak la....

Mixed-family in da house.... said...

wah kak as...varieti menunya.....best best

nur easy said...

dah masuk tahun baru, adalah kohai baru kan.. oh ho ho sedap2 je menu y terhidang nampaknya

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..bestnya dapat makan besarrrrrr....

LydSunshine said...

Ngape budak2 tu dah makan kat umah. Kalo tak bleh makan byk2 kat restoren tu. Heheh. Tapi bagus kan makan ramai2. Bleh mengeratkan silaturrahim.

Nazayiena said...

Kohai2 yg baru tiba nie semua dr M'sia ke As?

Mamasya said...

Salam As.baguslah tradisi gini...junior belanja senior makan....mcm2 pula tu.

γ‚·γƒ£γ‚€γƒž said...

lagi terliur tgk roti kak as kak bawah dr food2 ni haha.selalu makan kat izakaya ni time keluar ngan org jepun je. kalau ngan husband je jgn harap la kitorg nak mencari sashimi hehe.

FnF Simple Life said...

wah...mesti mahal tu makan sampai 30 orang kan... sama laaa... sini pun tinggal kami je femli yg ada...sedey sgt la rasa...back to 2010 ada 6 femli, 2011 tinggal 4...2012... tinggal 1 je... T_T

aReLaN said...

uish...sedap tu.tambah sedap lagi bila orang belanja kan.hohoho

Nadiah Sidek said...

bukan ke sepatutnya senior yang kena belanja junior baru sampai? ehe..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah meriah sungguh makanan yang dihidangkan.. memang menyelerakan.. kalau akak disitu mesti tak tahu mana nak makan dulu hehe :)

terfikir lak kata Nadiah Sidek ... mengapa senior tak belanja junior sebagai menyambut orang baru? Lain padang lain belalang.... hehehe ini belalang Nihon.. ye tak As..

Kamalia said...

slrrrpp..sedapnya.tahun lepas kohai yg datang tu kena belanja kat kedai sushi yg plg mahal..memangdangkan sorang je yg dtg tahun ni, kenala belanja makan kat kedai sushi murah..

Nieda said...

Baru dapat singgah.
Komputer buat hal pulak . Baru saja ok ni..

Asmara said...

Nadiah, kak yati, mmg dah tradisi junior kene belanja senior sbb diorang baru dapat duit elaun yg banyak. hehehe.. tradisi mmg berterusan so semua dpt merasa sampai la dah tak ada junior dtg. :D

Amie said...

Assalamualaikum As,
aduh! semuanya enak2 belaka... sudahlah kita ni penggemar seafood, ngences tak habis2 ni As!

Cik TeN10 said...

sedapnye makanan banyak2 tu !! meleleh air liur tgk..

kat sni malaysian semua 45 org.. =) mmg ramai sgt meriah