Wednesday, April 4, 2012

Garlic Finger Bread

Roti yang sangat sedap, harum baunya bila dibakar. Mula2 tengok Izah buat terus berkenan, pagi tu Izah letak resepi terus saya keluarkan bahan dan on bread maker. Resepi Izah guna tepung gandum biasa, tapi saya guna tepung roti memandangkan bread improver tak ada. Saya letak jugak water roax. Hasilnya memang mengagumkan! jarang jugak saya dapat buat roti lembut macam ni. Buat 500g tepung pulak tu. Dapat 2 loyang besar ni dan habis dalam masa sehari! ;D. Dalam tempoh seminggu ni dah 2x saya buat. Simpan sampai esok pagi pun roti masih lagi lembut. TQ Izah atas perkongsian resepi dan tuan punya resepi asal. :D
Sebelum dibakar dan selepas dibakar. Teruja pulak ambil gambar banyak. eheh.. Roti ni makan kosong macam tu pun sedap, macam roti manis. Tak sempat nak buat mushroom soup pun dah habis makan macam tu je. hehe..


Sumber: Izah Muffin Lover.
Bahan A
500g tepung roti 
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional
1 sk bread improver- optional *ganti water roax
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B

250ml air *saya letak 230ml
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C

80g margerine

Cara2:
1. Gaul sebati bahan A

2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan  dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).

2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

GARLIC SPREAD

sumber: kak Yatie @ kak Madihaa
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik

3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 
Gaulkan semua bahan

Siap digunakan.


CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD:(cara kak Nor sgn67)
Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. 

Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.
Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. 

Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersama mushroom soup. Enjoy!!

16 comments:

izahdaut said...

kan.. memang enjoy la dengan roti ni. trasa lagi nak buat, tapi tunggu time yangs esuai.. nak meroti ni mmg kene tunggu timing gak.. hehe ada ada aje ek

Amie said...

Selamat petang As,
kalau dah buat 500 gram roti, habis sehari memang kira sedap betul tu As, teringin nak cuba buat tapi entah bilaaaa....

FnF Simple Life said...

uishhh... sedapnye ni k.as.

Cik TeN10 said...

Kalau xletak bread improver /water roax ok x ? Garlic bread mmg fav sy..cicah mayonese pn dh ok dh..hahahh

Acik Erna said...

assalam asmara..tiap kali tengok orang post kan resepi dan gambar roti..acik teruja..tapi tak berani nak cuba sebab tak de BM

Ijah EmoTemo said...

nyumss!! tgk pun dh sedap hehehe

Unknown said...

perghh memang mantop gebus gebas roti ni As...akak lama tak meroti ni.tunggu angin meroti dtng boleh cuba..:)

nur easy said...

garlic bread mmg sedap kan..;)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bila tengok pagi-pagi ni rasa lapar lak perut ni. Hantar sini dua fingger boleh :)

Rajin As buat roti ni... Akak cuma beli roti dan sapu garlic butter.. pas tu bakar... nampak benor rajin akak ni kan hehehe

nazayiena said...

Sedapnya roti garlic nie,teringin nak buat tp kena ada masa yg betul2 rajin hehehe....

me suya said...

Suka la dgn cara Kak As.. rajin benar memasak dan tahu buat macam2.. Hope one day.. Suya akan jd macam ni jugak.. Try something new at least monthly basis.. Sekarang xdan la, sebab duduk quaters kan.. xde org nk makan~

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

500gm tue kira byk giler k.as for my family la.....but roti x brpa nak layan my heroes ni...but buat kek laju plak...ai suker buat mexico bun tue sedap

yatie chomeyl said...

tak sbaar tunggu weekend, nak start projek ni jugk. mintak2 menjadi la..fuh fuh fuh...kalau xjadi, nak mintak kak as poskan ke fukuoka hahahaha

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..geram betullll saya melihat kegebuan roti ni..sedappp makan suam-suam ni...mesti wanggiiiiii je baunya

yatie chomeyl said...

kak As, ingat nak buat hari ni tapi xde bread softener & bread improver. akak beli kat sini ke? leh tak tunjuk gambar kat yati? teringin nak buat ni hehe

wani sc said...

salam kenal kak Asmara :)

saya dah lama tak buat roti. saya uli pakai tangan je sbb takde bread maker. seronok nak buat ikut resipi ni sbb memang suka garlic bread. insya-Allah bila ada kelapangan, nnt saya backlink ke sini ya. :)