Friday, April 6, 2012

6 April 2012

Hari ni Batrisya memulakan sesi persekolahan yang baru, dah masuk Tahun 2. Tamatlah haru yasumi (cuti musim bunga). Dapat sensei baru, sensei masa Tahun 1 dulu dah berpindah ke sekolah lain. Pagi2 dah kene sediakan bentou(bekal) macam biasa. Esok (Sabtu) pun sekolah jugak tapi sampai jam 12 tengahari tak perlu bawak bentou. Esok pun Haziq start sekolah sampai jam 12. Isnin Batrisya cuti tapi Haziq sekolah, Selasa onwards dah macam biasa balik ikut jadual harian. Sesi kali ni Haziq pergi sekolah dengan papa naik basikal, dah tak naik bas sekolah. :D
Dari pagi tadi yuki(snow) turun tak berhenti dan sangat lebat. Biasanya sebelum musim bunga tiba sehari tu akan turun salji yang sangat lebat tanda penamat winter. Tak tahu lah hari ni ke last salji turun, tapi tengok tenki esok pun turun lagi. Alhamdulillah masih berkesempatan melihat salji turun depan mata, saya mmg suka sangat tengok salji yang turun SubhanAllah mmg sangat cantik dan mendamaikan. :)

Share video pagi tadi jam 11:30pagi.

Untuk kenang2an..

*Salam Takziah buat rakan kami Amy dan Azhar yang berada di Sheffield UK atas kehilangan anak ketiga mereka yang berusia 3 tahun semalam. Moga mereka tabah dan Syurgalah tempat anak kecil itu. Al-Fatihah..

21 comments:

yatie chomeyl said...

takziah utk kawan akak tu...berat betul dugaan utk diorg

ijayuji said...

Salam kak as! mmg suke sgt2 tgk yuki turun tp sejukkk lerrr ehehe... salam takziah buat kwn akak n alfatihah buat arwah juga, berbahagialah disana insyaAllah! kalau kat mesia ank2 yg sebaya akak dah mula sekolah tp sekolah jepun ni lmbt ehehe...

kasihredha said...

lebatnya yuki..
dah bulan 4 pun masih ada yuki ye

FnF Simple Life said...

salam takziah buat sahabat di Sheffield...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

dah april still ada 雪 ekk samuiii
sini dah panas but malam still cold la...adam start selasa ni...x leh relax dah lepas ni la ngeee...takziah buat kawan akak tue moga tabah di atas kehilangan anak tersyg...sobs!

amaniammar said...

salam...

sweet jer tgk haziq naik basikal belakang papa dier..look old school to me...hihhii...
cer nnti snap rupe haziq dgn papanya berbasikal ke sekolah..

slam takziah buat mereka mudahan da jln terbaik dikurniakan Allah buat mereka kelak

mama maman aka yana said...

takziah buat kwn as ye..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Seronok dapat tengok salji turun depan mata ye AS... macam kapas jer turun memutih... Bila dah balik Malaysia mesti As rindu kan suasana itu ;-)..

Takziah juga buat kawan AS itu..
DaripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali...

Al Fatihah

Acik Erna said...

Takziah buat kawan as..mesti sedih..anak baru berusia 3 tahun..tuhan lebih sayangkan anak mereka..
pengalaman yang akan as rindukan bila nak balik nanti..kita disini..tidak berpeluang melihat musim berganti seperti dnegara asing.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As...wahhhh dah tamat yaaa musim winter...nampak gayanya dah tak leh nak gantung eskrem kat tepi tingkap lagi lah yaaaa....

Dan kesempatan ini juga saya nak kirimkan salam takziah buat kawan kak As sekeluarga yang baru kehilangan permata hati...Moga mereka terus tabah menghadapinya..Alfatihah......

Amie said...

Takziah buat kedua2 rakan As, moga mereka tabah dengan kehendak-Nya itu.

Memang nampak cantik kan As kalau tengok salji turun, tapi sejuknya.... brrrrr

Hanis MY said...

terkezut tgk tenki yohou smalam hari ni yuki kat yonezawa... mesti Batrisya dah mula sekolah...

salam takziah buat kawan kak as..huhu sedihnyaa... semoga mereka tabah...

Kamalia said...

takziah buat kwn akak tu..besar sungguh dugaan tu,nak2 bila diperantauan..
kan, esok pun uturun lagi..ni mcm thaun lepas jugakla gamaknya,awal bulan 5 baru mankai..

Unknown said...

Assalam As, sama mcm kat tempat akak jugalah as..snow april pun ada lagi sabar jer la.

al-fatihah dan salam takziah buat anak kawan as ya.

Cho Zila said...

cantiknyer pemandangan.. tak pernah tengok live...
baca tadi kat blog yus pasal kehilangan....

Unknown said...

seronoknya tgk snow turun..

* akak baru tahu hari ni As. 4hb tu, baru tgk video snow turun di Sheffield dari fb Azhar. Tiba2 hari ni dapat tahu berita sedih ni. Sedih sangat As. Akak call kak Aizah, dia pun sedih. Al-Fatihah untuk Afiq.

As, kak Aizah kirim salam pada As...

Asmara said...

K Yus, wsalam. rindu kak Aizah.. rindu Sheffield jugak! hari ni mmg teringat2 pasal arwah Afiq tu, simpati kat Amy dan Azhar, moga Amy dpt teruskan perjuangan dia di sana. baru sgt tiba kan. di sana tempat dilahirkan di sana jugak tempat dia menghembuskan nafas terakhir. Alfatihah buat arwah adik Afiq. :(

Kamalia said...

Salam kak..saya br perasan td kat fb bila ex-schoolmates duk post psl kisah arwah afiq ni.rupanya amy tu adalah amilia ye.(kenal tp xberapa rapat sgt) semoga amy terus kuat n tabah hadapi dugaan ni.:(

profmie said...

takziah tuk kwn akk...

wah..bestnya dpt tgk salji dkt2x..t'ingin nak merasa n tgk salji dpn mata..hemmmmm

Wani SK said...

bestnya tengok yuki depan mata je turun,,, indahnya ciptaan Allah kan masih bulan 4 ada salji lagi ingat sampai kat bulan 12 je .. hihi ...:

Hantu Kak Limah said...

syok nye tgok salji...kt opis skang dh x leh bawak bentou ...sedeh sangat...huhuhuu...