Sunday, April 8, 2012

Moist Chocolate Cake

Satu lagi resepi coklat cake yang sangat moist dan sedap. Resepi coklat cake lebih kurang sama bahan dan caranya. Kali ni saya buat macam American Chocolate Cake tapi saya lebihkan coco powder, letak 2 sudu cuka dan gantikan fresh milk dengan krimer yang dibancuh dengan air. (kes fresh milk habis la) hehe.. tapi hasilnya lebih menjadikan kek tu sangat lembap dan sedap! simpan resepi yang diubahsuai untuk rujukan sendiri. :D

Bahan-bahan,
  • 2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1  3/4 cawan tepung 
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 sudu krimer dibancuh dengan air panas secawan
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara,
  • Gula dan telur dipukul hingga kembang
  • Masukkan minyak dan pukul sebentar
  • Ayak tepung dan serbuk koko
  • Masukkan dalam adunan kacau perlahan bersama soda, baking powder dan esen vanilla. (guna spatula) hingga sebati.
  • Masukkan air panas, sebatikan.
  • Masukkan bancuhan krimer serta cuka. Sebatikan
  • Masuk loyang dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak. 

16 comments:

Amie said...

Assalamualaikum As,
harum je bau coco ye As.... rajinnya As mengekek, tentu sedap makan dengan secawan minuman panas dalam cuaca sejuk beku di sana ye As.

Cheq Sue said...

jarang2 sangat ada stok krimer kat rumah, as. tapi rasanya mesti sedap dan lemak2 gitu kan...

ieda said...

waaaaaaaaaa sedap nie ;)

Nieda said...

Kalu KEK koko mmg kesukaan anak-anak.

Rtp Farra Arisha said...

akan arisha coba buat moist chocolate cake ini dengan menggunakan resepi ini ya! hopefully ia menjadi dan rasanya pun sedap. hehehe then post di blog. :)

Uncle Lee said...

Hi Asmara, that cake looks like melts in the mouth kind.
You ada black belt in cake making, I guess.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.

Nadiah Sidek said...

nadiah suka kek coklat! pernah buat yang resipinya seakan-akan yang akak kongsikan ni. nanti check balik. kalau tak sama, boleh cuba resipi ni pula :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

As resipi tu nampak mudah.. nanti akak nak cuba... anak-anak akak suka sangat kek coklat ni...

Terima kasih kongsi resipi .^__^.

kasihredha said...

sedapppp...suka kek coklat yg moist

Zurina Hj.Zainal said...

meh sket....:p

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

wah.. nak kena suh incik hubby buatkanlah... hohoho (^___^)

safwa_khairul said...

Askum kak as, terliurnya nmpak cocholate cake tu..nak nak yang moist..gurlppp! hehe

LydSunshine said...

salam, as.. cuka tu untuk apa fungsi dia? CUka makan yg guna utk masak biasa2 tu ke?

Asmara said...

Lyd, guna cuka makan biasa tu je, fungsi dia mcm additive la tak letak pun xpe. :)

Nazayiena said...

Sedapnya kek coklat.....rajin as.

Kamalia said...

ehem..akan ku cuba buat kek cekelat ni..
terima kasih fresh milk!*tetiba*..;p