Monday, April 2, 2012

Avocado Coklat & Kalendar baru

Air kegemaran Batrisya no 1! Tiap minggu order, kat sini harga sebiji avocado 98yen. Dapat la 2 cawan besar ni bila buat, kalau nak cair lebihkan susu, kalau nak pekat kurangkan susu. Bahan mudah je avokado, fresh milk, coklat hershey dn sedikit gula. Blendkan semua siap diminum.

Budak2 dalam rumah ni memang suka buah, bagi je buah apa mesti habis. Buah2an yang biasa jumpa kat sini strawberry, limau mandarin, anggur, pisang, epal, nenas. Setengah buah tu keluar ikut musim macam tembikai, pear, ceri.  Buah2an tempatan Malaysia, Haziq dan Haqem tak rasa lagi, Batrisya masa kecik dulu pernah la makan durian tapi rambutan, manggis dan lain2 tak sempat kot. Bila tunjuk gambar buah2an tempatan macam jakun pulak sebab tak pernah nampak yang real. Kat bandar besar esp. Tokyo memang ada tapi harga mahal kot. Nanti balik kita makan buah2an tempatan pulak la ye. ;D

*Selamat bekerja dan bersekolah semula di kalendar baru bagi mereka di Jepun. Eigo de Asobo pun dah bertukar pengacara dan maskot baru, babai Jenny, Kebo dan Motch. Bukan tu je, Mitsuketa pun ada budak baru, Okaasan to Issho pun dah tukar presenter yang baru. Budak2 ni kecoh je nak cerita kat mama semua orang baru.. hehe..

18 comments:

nazayiena said...

Haus plk tekak tgk avacado coklat nie mesti sedapkan....Dah berapa thn As duduk kat Jepun?

FnF Simple Life said...

Tu laa...anak2 suka sgt tgk eigo de asobo...skrg dah tukar pengacara... Next week ilmi masuk darjah satu. Blur sangat ni...x prepare apa pun...beg sekolah, bekas bentou sumer tak beli lagi...tu laaa...cuti2 msia sgt nye...minta tunjuk ajar apa yg patut K.as... ;)

ijayuji said...

Salam kak as! kat sini byk buahan2 tempatan :D kat sini jugak byk buah2 import :D TAPI harga tak sanggup nak beli, kalau ichigo skrg ni beli made in korea ajerr ahahaha... selamat bekerja juga buat ibu2 dirumah ya :D

Unknown said...

Assalammualaikum....dtg dr rmh Hana ni, tgk avocado terus brkenan. Tp kalau tua2 mcm kita yg minum tak elok selalu kan? Katanya bnyk kolesterol. Kat sabah avocado murah tp tak beli jg. Sesekali ok la....

eruniahasano87 said...

AKK teliur dibuatnyaa..hantaq cikit heheheh :)

ch000tz said...

best ke...??

Amie said...

Ooo... baru buka sekolah kembali ye, tentu sibuk uruskan hal persekolahan anak-anak.
Kak Amie suka minuman avocado, ia mengenyangkan!

LYAfrina said...

ermm..nmpak sedap jer..

Asmara said...

Kak Nur, masuk 4.

Fnf, oh boleh je. Rasanya sekolah dah siapkan list, ikut je kan. :)

Ika, untunglah dier.. Hehe..

Zana, eh yeke. Tp xpe lah batrisya kurus je. Nak kasi dia lebih tenaga sbb jln kaki pergi dan balik sekolah. :)

C'aexora, cubalah. Sedap!

Kak amie, jumaat ni baru start. :)

Juliet_iRa~" said...

heee..pnh mnum avokado tu..mmg kenyang sbb pekat!heee


bila nk blk malaysia?kena tunggu musim buah la kak..heee

Unaizah said...

Batrisya blh geng dgn auntie la sebab auntie pun suka jus avokado. Tp kat sini avokado mahal. Kat Tesco sebiji RM5. Jadi kalau gi makan kat restoran yg ada jual jus ni sure auntie order :D

kak Azi - Germany said...

As..
Mcm sedapp aje.. boleh cuba ni!

rosmina samin said...

Kak As mesti dah sibuk dah pas ni... Jadual baru Hihihi

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nampak sedap sangat
tapi tekak weols x leh telan la
tataw pasai apa
nangessss hentak kaki

yatie chomeyl said...

eh eh tak perasan pun dah tukar org baru wpon tgk show diorg hari2 hehehe nmpk sgt tgk pun sbb tpaksa temankan SN je hehe

Asmara said...

Yatie, baru hari pertama semalm season baru la kan. org lama berenti masuk keje lain kot. hehe..

Anonymous said...

ooo ptutla sem baru mula 1 april ek kak asmara

Nisa' said...

I don't mind having a giant glass of Avocado juice. MashaAllah, for me, ia merupakan nikmat rezqi yang paling berharga!