Malam ni saja update guna phone. Biasanya update mesti nak letak gambar. Tapi mcamana ni kuota gambar saya kat google dah penuh. Takleh nak isi byk2 gambar lagi. Huhu.. Byk sgt gmbr sy simpan dalam akaun google ni. Nak kene update file gambar nih ataupun bayar sewa tiap tahun utk size akaun yg lebih besar. Akan difikirkan nanti. Tadi pun gmail x boleh bukak kene dapatkan verification number. Mula2 guna no phone Jepun tp tak sampai2 nombornya. Terus mintak tlg kakak guna no phone dia kat msia, kebetulan mmg tgh viber pun dgn kakak. Tak sampai 5 minit terus dapat kod number tu. Alhamdulillah boleh bukak semula gmail.
Malam ni masih kesejukan lagi. Seharian ni salji turun dengan lebat, mula2 hujan lepas tu mizore, lepas tu terus salji lebat, tebal2 pulak tu. Sampai sekarang pun masih ada tapi dah renyai2. Hari Jumaat lepas suhu dah naik sampai 15C, tak 2 hari terus menjunam semula jadi minus. Minggu ni tengok forecast mmg salji sepanjang minggu. Bertahan lagi kami dengan musim sejuk yang panjang ni. Bunga ume ke sakura ke masih jauh lagi bayangnya. Biasanya memang keluar bulan Mei nanti. Golden week yang best kat sini selain cuti panjang, boleh berhanami di bawah pokok sakura. Untung juga kami yang berada di utara Jepun ni, musim sejuk lebih panjang, musim panas yang pendek. Musim panas sini panasnya memang lebih panas dari Msia. Lega la jugak sebab nanti balik msia dah tak rasa musim2 sejuk ni. ;) Musim bunga dan luruh paling best sebab udara nyaman sangat tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Bila pertukaran musim ni biasa akan ada angin kuat. Kene hati2 jugak sebab kdg2 jadi taufan. musim demam dan bersin pun iyer jugak sebab debunga mula keluar, sape ada resdung mmg akan terasa la.
Cuti sekolah tinggal seminggu lagi. Start balik la rutin mama buat bentou(bekal) tiap pagi nanti. Batrisya dah masuk 2nen sei(tahun 2), Haziq pulak masuk kelas Bara gumi(6 tahun). Sekejap betul rasa masa tu berjalan macam tak sedar2. Tadi beli kasut sekolah Batrisya, kasut yang lama dah ketat, ketat sebab kasut, kecut mama punya pandai keringkan kasut dalam dryer, kecutlah kasut getah dia tu. Hehe.. Size kaki tak berubah tapi tadi beli yang size besar sikit. Kaki Batrisya size 20 tadi beli 20.5, kene ingat size kasut dia ni.
Tadi pun masa bukak2 file lama dalam komputer mama tengok balik video budak2 ni masa kecik. Alahai rindunya tengok aksi diorang masa kecik. Dah besar anak2 mama. Budak2 ni pun tadi gelak je tengok video diaorang. Kene banyak ambil video candid, kita memang tak sedar tumbesaran anak kita. Bila tengok2 balik rasa cepatnya masa ni berjalan, tak puas rasanya tengok budak2 ni membesar. ;)
Malam tadi baru dapat tengok Breaking Dawn. Lambat nak tunggu upload file gambar dan suara yg cantik. Lambat lagi nak tunggu part 2. Sekarang pun tengah layan episod2 Undercover boss. Cerita2 realiti mcm ni best jugak tengok. :) Tapi masih tak boleh lawan papa yg layan mcm2 siri ompotih dan jepun nih, cerita romantik dia x layan, korea ke melayu ke jauh sekali. Huhu.. Bagi cerita science fiction, thriller, mystery, penyiasatn, aksi mmg dia suka. :D
Eh panjang sudah merepek malam2 ni. Jarang sungguh saya nak menaip panjang2 ni. Bila2 boleh baca semula. Good night, oyasumi nasai. Moga tidur kita malam ni diredhai Allah. Assalammualaikum...
*update baru kejap tadi gempa bumi skala 3kuat melanda tmpt kami jam 11:04pm. Terperanjat jugak sebab dah lama yurekuru (alarm earthquake) tak berbunyi. Berpusat di Fukushima. Alhamdulillah gempa dalam 10 saat gitu. Sejak2 ni kerap jugak gempa berlaku, tapi bukan skala yang tinggi. Mudah2an kami semua terus dilindungi. Amin..
14 comments:
semoga akak sefamily dan penduduk di sane sentiasa dilindungi ..amin :)
one day saya punya blog pun mesti tak dpt letak gambar sbb sejak blogging sampai sekarang mesti entry bergambar. Rasa tak syok pulak kalau kosong aje hehe...
Mesti Kak As senyum sorang2 tgk gambar anak2....
Suka tgk drama jepun especially yg crime n investigation mcm BOSS S1 & S2 tak pun medical genre mcm Code Blue S1 & S2....
Semoga Kak As & family selamat2 disana
insyaAllah..semoga kak as sekeluarga n malaysian yg ada disama sentiasa dilindungi~
hi salam dari incheon south korea,, akak nanti email2 la saya ya, boleh kongsi pengalaman sbb saya dekat sini pon sorang jer, Syukur kakak di sana bersama keluarga,,
Take care kak As... :)
rajin update gunaphone. sy payah sikit nk updat egun aphone sbb kurang sabar nk taip satu2 kat keypad halus dgn jejari dompok ni hahaha
akak tinggal di jepon kat mane ye? macam utara betol tu kalo salji masih turun...
Yatie, makan jam jugak menaip, asyik salah je, lg2 jejari yg tembum ni menekan. haha..
Nuwairani, Yamagata ken. ;)
besnye baca cerita dari perantauan ni.. ralit rasanya... moga selamat semuanya ye di sana... is pun enjoy melihat siMERAH Humaira membesar... xcited tambah2 anak sulung (^___^)
salam asmara..pasni makin bz la sbb anak2 dah mula bersekolah.
Semoga asmara sekluarga dilindungin Allah.Aminnn
Assalam As, dari hari tu akak cuba masuk blog As tak lepas hari ni baru ok. sama mcm kat sini jugalah As snow turun sepanjang minggu ni agaknya. dok berangan nk keluar kayuh basikal bila tgk ais dah cair tapi tebal blk snow ni..sabar jer la.
blog akak pun dh berat dgn gambar juga as hari tu dah penuh tapi akak tak pandai nk edit blk lastly bayar jer la tapi mujur tak mahal sgt.
Semoga As dan family di sana dilindungi Allah SWT.
smoga akk slamat..
wahh ada lagi ea gempa bumi..risau gak ea..
Post a Comment