Cuti sekolah dah bermula kena la ada aktiviti dengan anak2 ni. Sekolah Batrisya dah habis kelas ski jadi dah boleh main dekat skijou berdekatan rumah. Sementara masih winter ni bawak Batrisya puas2 main ski. Nasib baik dekat je skijou dengan rumah, lebih kurang 1/2 jam perjalanan je.
Masih ramai orang main snowboard dan ski. Kami datang hari biasa parking percuma tapi weekend parking kene bayar. Oh ye kat sini la mama main snowboard tempohari. Gambar yang pagar merah keliling tu tempat kanak2 training ski.
Haziq dan Haqem main sori je la. Memang best meluncur laju je.
Basic semua dah tau, tapi masih amatur lagi. Kat Msia nanti takde sukan ni ye Batrisya. Pengalaman kat sini je la kan. :)
Haqem suka betul dapat main kat luar. Lari sana sini, berapa kali jatuh la budak ni.
Haziq pun nak try ski kakak, tapi tak boleh la kan sebab size tak sama, kene training dulu baru boleh main.
Lebih kurang 2 jam, masing2 dah kepenatan. Masa turun tu memang best meluncur laju je, tapi bila nak mendaki balik tu yang penat.
Dah lewat petang jom pulang. Nanti datang lagi. :D
Batrisya meluncur
Masa ni la nak jatuh. sakit oh!
Cara nak naik bukit. :D
16 comments:
dekat la umah k.as ngan skijo
haqem sgt kawaii
dah muka mcm nihonjin rupanyer
pp merah sure sebab sejuk tue
cantiknya
macam lukisan
salam kak as.. lame xjenguk cni. wah.. hakim dah besau.. cm ank jepun gitew.. happening nya tgk dorg :)
plg penat nak mendaki kan kalau main ski, snowboard sng sket nak cabut hihi
Seronoknya bagi anak2 bergolek2 kat atas salji. Takyah risau pasal taik kucing atau rumput2 miang. Heheh. Bila balik msia? Nnt kalau dah balik mesti rindu sgt kt Jepun.
Seronoknya Batrisya dpt dan pandai main ski....
Main sori cam Si Haziq dan Haqem pun seronok jugakan....
kak as...masih turun yuki lg yer....dasyhatnyee tahun ni...da nk masuk april masih sejuk??
Bestnya! Kena kuat stamina untuk aktiviti sebegini ye As...
salam..
wah bestnya dorang main salji...hehe
balik malaysia, semua tu boleh buat kenangan...
Shida Ghazali
Hehe seronoknyaaa. Hihi :D Haqem makin comel. Dah ala-ala jepun dah :)
sangat best Okeh?
wahh bestnyaaa..hee
teringin nak blaja ski gak..hee
untung anak2 akk..:D
perasan gambar batrisyia kat fb mmber.. Eh macam anak kakak blog asmara life.. sekali, betul..syoknyer.. Ahlami tu senior suya masa sekolah :)
seronoknya tengok anakanak akak main ski , maknya tak join ke ? :)
Alhamdulillah kitorang pun merasa gak main ski kat Kashmir baru-baru ni
rindu dengan haqem kun..sangat seronok tgok caca main ski..
kami plan nak pi skijou gak, tapi last minute kensel..huhu
Bestnya.... seronok main salji..
Putih salji itu membuat saya geram..
tambah lagi tengok si haqem lari-lari, golek-golek.. sampai pipi merah ;)
Post a Comment