Sayonara buat kawan Jepun saya yang akan berpindah ke bandar lain, Kayoko san dan Yuke Abe. Minggu ni 3 orang kawan Jepun saya berpindah. Sedih la pulak.. Minggu ni juga adik2 Malaysia yang tamat pengajian akan pulang. April merupakan tahun baru kalendar Jepun. Jadi bulan Mac ni ramai yang berpindah tugas, selesai pengajian dan sebagainya. Kami buat sedikit farewell party untuk 2 orang yang berpindah. Sorang lagi kawan yang berpindah ibu kepada kawan baik Batrisya. Kawan tu balik semula ke Fukushima, rumah dia berdekatan dengan rumah saya.
Kami buat pot luck sikit2 je, saya sempat buat kek coklat. Ada roti coklat hazelnut, salad dan nasi ikan bilis. Sedap nasi ni, buat pun senang, cuma letak syoyu dan ikan bilis2 kecil2 dibawa khas dari kepulauan Okinawa.
Yang buat roti ni kawan baru saya, nama dia Hiyori san, baru lepas bersalin anak pertama, baby dia tidur pulak waktu tu. Hiyori ni anggota polis pangkat inspektor, wuwu.. saya ada kawan polis Jepun. :D Sekarang tengah cuti bertugas selama setahun sebab jaga anak, sebelum ni dia pernah tinggal di New Zealand. Sebelah tu Yuke Abe dengan anak dia yang sangat comel. Takde pulak gambar Kayoko san sorang, mereka berdua akan berpindah ke bandar Yamagata mengikut suami yang berpindah tugas, tak jauh pun dalam sejam perjalanan. Tapi sebulan sekali mereka akan datang sini dan jumpa lagi dengan kami. Good luck buat mereka!
16 comments:
tiba2 rsa mcm nk buat roti jugak lah hari ni.. yeast beli hari tu tak guna lagi.. sekarang ni misi mencari resepi !! hahah :)
nak resepi nasi goreng ikan bilis tu buleh? tiba2 mcm terliur tgk. sila share sekali gmbr kicap + ikan bilis yang di guna...arigatou heheheeh *demand betul*
Sayonara! kita pulak sedih ececec... ntah bila lah org nak ucapkan sayonara kat nanti ni yerr :D tu la, bulan 4 mmg kalender baru jepun, makan ramai lah yg akn naik kelas baru, masuk sekolah baru bg yg menengah, yg kerja tu ddk jer diam2 ehehe... main ski ya? kita teringin nak main tp kerana tak suke sejuk2 sgt mcm nii tak main pun takpe, tp kot2 dah tua nanti nak main ski kan sapa tahu hihihi...
Ramai juga kwn2 jepun As,mesti As dah fasih ckp jepun nie...
As mesti terrer speaking jepun kan? Sembang dgn kawan2 jepun tu. Bleh la ajar saya nanti.
Ingatkan sayonara tu as nak balik mesia dah. Heheh.
Dah bulan 3 pun, rasa sekejap je masa berlalu.
Sayonara pada kawan2 As. Takpe nanti dapat kawan baru lagi.
Baca Yuke Abe tu tetiba teringat penah ada kawan jepun nama Yuko Abe masa dok spore dulu hehe. Sedihkan kawan2 nak pindah, Akak pun dah selalu laluinya huhuhu
さよなら
makin ramai yang berpindah
sobs!!!
uwaaa kek coklat sangat menguji godaan iman ai ni...sabaq this month x baking lagik ngeeee
Sayonara juga k teman2 As yang akan bertukar. Ada umur boleh jumpa lagi .
sangat shomel akachan tu..
bestnya ramai kawan kat sana..
sobs!
eh,yg nak pindah fukushima tu rumah dia jauh ke dr nuklear plant tu?:soklan tak bape cerdik;p*
Salam Kak As..emmm mesti sedih kan bila terpaksa berpisah ngan kawan-kawan...
ado kwn polis raso la selamat sikit yer...:)
adat dunia ..
bertemu ... berpisah..
yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti .. heheheheh ..... ungkapan basi ....
lepas kena tangkap polis... ada inspektor boleh tulun
Ada kawan yang cakap, jangan kata good bye tapi kata Jumpa lagi... :)
dgn dia org ni...cakap jepun ke cakap inggeris?
hee..msti sayu je kan..
tp xpela..nt jmpa kwn baru la tu..hee
Post a Comment