Tuesday, March 13, 2012

Shinkansen (Bullet Train)

Shinkansen atau bullet train. Keretapi terpantas di Jepun, salah satu pengangkutan utama yang ada di Jepun selain keretapi biasa, bas, kapal terbang dan lain2. Kelajuan maksima sehingga 300km/j! Tapi shinkansen yang terbaru boleh pergi hingga 320 km/j! Shinkansen E5 series, dari Tokyo ke Aomori. Kami beberapa kali la naik shinkansen ni kalau dari Tokyo. Tiket shinkansen sama harga naik kapal terbang domestik seluruh Jepun. Tapi memang cepat dan pantas, biasa kalau naik bas atau kereta ke Tokyo ambil masa 4-5 jam. Tapi naik shinkansen ni 2 jam dah sampai destinasi. Shinkansen di Jepun ni dah memulakan operasinya sejak tahun 1964 lagi. Masa tu dirasmikan sempena Jepun pertama kali jadi tuan rumah sukan Olimpik.
Shinkansen ni menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak, masa dia bergerak tu tak mencecah landasan pun, ala2 terbang gitu. hehe.. Ini shinkansen yang berbeza tetapi bercantum dari Tokyo untuk ke Tohoku dan Yamagata. Sebelah kiri tu Tsubasa Shinkansen yang akan meneruskan perjalanan ke Yamagata, sebelah kanan tu nama dia Max Yamabiko akan ke Sendai. Ia akan terpisah di Fukushima sebelum meneruskan perjalanan ke Sendai dan Yamagata. Jadi sebelum naik tu kene pastikan naik kabin yang betul kalau tak terlepas sampai utara nanti. Shinkansen bagi setiap tempat pun ada nama masing2, model pun tak sama.
Pemandangan dalam shinkansen, tempat duduk lebih luas dan selesa daripada dalam kapal terbang.  Ketepatan waktu ketibaan dan pelepasan pun sangat tepat, kalau kata sampai jam 2:24 petang memang tepat waktu tu dia akan sampai. Sistem pengangkutan paling terbaik saya rasa, act. bukan shinkansen je, keretapi biasa pun sama. Memang akan tiba tepat pada waktunya. :)
Tsubasa Shinkansen setingkat je, comel je bulat depan dia. Kami pernah rasa jugak naik shinkansen 2 tingkat  dari Niigata ke Tokyo, masa tahun lepas kami pulang ke Malaysia selepas peristiwa gempa bumi dan tsunami 11.03.11, waktu tu semua pengangkutan awam ke tempat kami tak beroperasi, jadi kami kene melalui Niigata untuk ke Tokyo seterusnya ke Narita Airport. Oh tiba2 teringat peristiwa setahun yang lalu, memang peristiwa yang tak akan dilupakan sepanjang hidup.
Ini shinkansen dari Tokyo ke Kyushu. Model yang lain. Gambar semua papa ambik guna iphone. Kalau peminat shinkansen diorang akan kumpul model2 shinkansen yang ada seluruh Jepun. Maklumat lanjut mengenai shinkansen boleh baca kat sini. :D

17 comments:

sabar dubai said...

kak as...kite pnh naik sekali je shinkansen..almaklumlah shikoku xdek shinkansen.....nk jd cite sbb nk sgt2 naik..sanggup ke okayama...amik tiket murah...turun kt himeji..pastu kelentong kt guard ckp nk patah balik sbb tinggal brg...hahahaha pengalaman ni mmg xle kite lupe....pestime buat keje jahat hhaa

Mixed-family in da house.... said...

Salam kak As,

wah bestnyer bullet train ni....nampak selesa, tak kisahlah harga tiket mcm flight pun, asalkn cepat sampai dan selesa......

Nuroll said...

wah...tetiba tringin nk naik shinkansennn.....;)!

ADEEYA said...

Kan best kalau kar Msia train macam ni huahuahua :D

Ijah EmoTemo said...

ai loikee bentuk dpn shinkansen ni hehehe

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

lama x naik sinkansen la
last naik hjng thn 2009 kot
gi jauh2 oke la
if setakat naik gi tokyo half hour jer x dan nak hangat vontot ngeeee...rega plak 1 way ¥3700 sorang

LydSunshine said...

Uih bila la KTM nak ada ketapi yg tiba tepat pada masanya. Tak sabar nak naik tren je pegi ofis. Boring dah drive dgn jammed lagi kat KL.

hanim said...

Kagum dengan ni, harap x lama lagi Malaysia akan ada jugak.

kasihredha said...

public transport kat sana jauh lebih canggih dari Malaysia...kita jauhhhh ketinggalan

Amie said...

Lajunya! Agaknya sempat tak menikmati pemandangan di kiri kanan laluannya ye As...

ijayuji said...

fuiiiyooooo!!! kita laki jepun pun belum naik shinkansen lagi hihihi... almaklomlahhh org kamponggggg yg ada densha pendek tu jerrr ahahaha...

FnF Simple Life said...

Entah bila la nak merasa naik Shinkansen nih... Mengenangkan rege Tiket nye yang mahai itu...

Unaizah said...

Thanks for sharing the info dear :)... Punya la advanced Jepun. Jauh tinggalkan negara-negara lain.

Unknown said...

As salam asmara,

Wow, canggihnya! Cantik lak tu...nampak mcm selesa sgt dalam tu... Org Jepun ni mmg terkenal dgn ketepatan masa, teliti semua kan... Kagum sgt :) Bilalah dpt rasa pergi Jepun ni...alahai...

Mesti tak boleh nak lupakan kejadian Tsunami tu... Takutnye.. Dekat sini haritu ade kuar alarm tsunami...takutlah :(

Cik TeN10 said...

ahaa shinkansen mmg terbaik lah !! sy malas nak naik bus lelama so shinkansen mnjadi pilihan hati.. lebih cepat dan selesa berbanding bus.. tiket plak bleh beli on the spot takyah nk bookig mcm tiket flight.. benri bukan.. kalau nak kira mmg tak terkira la bpe kali nek shinkansen.. hihi

Sue @ Nenie said...

Salam KAk As..wahhh bestnya..tapi masa naik ni, ada rasa gayat tak..? ialahkan, dahlah lajuuuu tak cecah landasan plak tu...kiranya bagusss tul sensor dia, walau tak cecah landasan tapi stilll lalu atas landasan kannnnn....

SURIA AMANDA said...

bila la malaysia nak ada ketapi mcm ni..yg ada ni semput mak...