Monday, March 12, 2012

Salji lagi..

Gambar untuk kenangan anak2 nanti. Tarikh 11 Mac 2012. Hari minggu kalau tak ke mana2, aktiviti budak2 ni main kat luar. Semalam siang hari panas, tapi malam tadi salji turun dengan lebatnya, tapi pagi ni dah mencair sikit sebab suhu tinggi dan ada matahari, tapi kejap2 tadi pun ada light snow.
Main kat belakang rumah je pun, salji dah keras jadi ais nak buat bentuk apa2 pun tak best sebab ia mencair.
Tapi boleh lagi nak main sori, sebelum ni papa buat bukit tinggi tapi ni bukit dah mengecil, hehe..meluncur masih laju tapi dah tak panjang.
Tempat parking, boleh muat 3 biji kereta je. Ini ok la sebab dah panas, masa bulan 1 dan 2 tempohari, tiap kali salji turun salji sama tinggi dengan kereta. sebab tu tiap kali salji turun kene cepat2 bersihkan kalau tak lagi susah nak gali salji. Parking free je takde air mengalir macam kat sini. :D
Bila hari panas, salji mencair kat atas bumbung rumah, habis la basah keliling rumah macam air hujan. Masa main ni pun habis baju seluar semua basah. Lagi best main masa salji baru turun, saljinya lebih lembut dan senang dibersihkan. Salji kawasan ni hingga awal April baru habis mencair, itupun nasib2 jugak, kadang2 pertengahan April pun masih turun lagi.
Salji yang tinggal, boleh buat ice ball je, hehe.. budak2 ni kata dango (kuih jepun). Nak buat yuki daruma malas sebab salji keras jadi berat.
Teknik berjalan atas salji. Mama jalan banyak yang tenggelam, kene jalan laju2. hihi..  Haqem takde main kat rumah dengan papa, malas nak basahkan baju dia. Ok jom balik. :D
Mata ne.. (Jumpa lagi..)

12 comments:

Teratak Hami said...

Kat office sejuk, so bila tengok salji, lagi ler terasa sejuknya.

Your kids really had fun. Terasa nak join sekali. Akak boleh jadik yuki daruma .. hehe

suriani azwan said...

bestnya....jeles giler

Mamasya said...

Aslmkum Asmara.apa kabar? baru sempat jln2 blog kwn2.wah bestnya main salji...tebal pula tu...puas main.masa cuti Istanbul hari tu ada salji juga tp tak setebal ni.

ADEEYA said...

Haiiii seronoknyaaa tengokkk.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

last yuki
main puas2 nnt rasa hujan panas jer
kat sini asyik ame jer kak
now dah cerah sket alhamdulliah
cuma angin kuat

Amie said...

Seronoknya anak-anak As main salji, tentu di belakang hari jadi kenangan yang sangat indah!

fAtihAhnAtAsHa said...

bestnya main salji..teringin nk pegi sana jugak..^__^

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

bestkan lepa...boleh main2 salji bagai...

LydSunshine said...

Mata Ne. Lama dah tak tgk drama jepun.

CAHAYA HIDUPKU said...

Assalamualikum...

Seronok nya main salji.. main puas-puas nanti kat M'sia tak der... saya sebelum ni silent reader...

Cik TeN10 said...

ololo comelnya dango diorg.. dh macam ulat terpacak kepala.. hihi =p

sabar dubai said...

salam kak as...xhabis lg ke yuki...lom masuk haru? jelesnyee dulu akhir bulan 2 dah panas dah kt kagawa tuh huhuh