Wednesday, March 7, 2012

Konsert DoReMiFa (Akhir Tahun)

Konsert Akhir tahun Kashinomi Yochien, konsert wajiib diadakan tiap tahun untuk meraikan pelajar terutama tahun akhir yang akan tamat sesi sekolah tadika dan memasuki sekolah rendah. Konsert ni terbuka pada orang ramai, kebetulan waktu tu ada family student Msia yang datang. Kami jemput jugaklah kalau nak merasa tengok konsert kanak2 tadika di Jepun. Walau tak faham tapi diorang enjoy jugak tengok. hehe..
Konsert ni dibuat pada hari Ahad, 26 Feb yang lalu. Persembahan alat muzik dan nyanyian dari pelajar berusia 3 hingga 6 tahun. Juga persembahan pelajar tahun akhir bersama ibu bapa dan guru. Kalau tahun lepas Batrisya nyanyi dengan papa, tahun ni jadi penonton je. Entry tahun lepas.
Tahun ni kelas Haziq buat dua kali persembahan. Nyanyian pertama, nampak bersungguh, ada jugak praktis kat rumah. :D
Persembahan kedua bermain Pianica. Ada 2 lagu yang dimainkan. Act. untuk usia Haziq ada 3 kelas, masa konsert ni ketiga-tiga kelas digabungkan.
Persembahan dari sensei memang best! suka tengok semua sensei pandai main alat muzik. Akhir sekali penyampaian sijil dan cenderamata pada wakil setiap kelas. ;)
Gambar kenangan di hadapan dewan besar bersama banner. Konsert DoReMiFa terakhir mereka di sini.

Haziq menyanyi.

Haziq bermain Pianica.

Persembahan sensei yang best!

Persembahan sensei lagi.

Sempat rakam aksi ibu bapa yang menjadi tulang belakang konsert membantu sensei mengemas dan memastikan semua acara berjalan lancar. :)

14 comments:

suriani azwan said...

comelnya budak tadika....kat sini kalo budak tadika jenuh nak kepung...sana nmpk budak2 mcm mature kan..?

nur easy said...

kat sana konvo tadika dia touching kan.. ;)

fAtihAhnAtAsHa said...

cute haziq pakai uniform sekolah!! ^_^

ADEEYA said...

Alahai comel je Haziq. Siap menguap lg time menyanyi hihi

Kamalia said...

baju haziq tu kena beli ke atau sekolah sponsor ke?

Nazayiena said...

Haziq nak masuk primary 1 dah.....

Hanis MY said...

ya ampunnn kenapalah kawaii sgt seronok tgk hehe... anak2 kak as ni comel2 cm anak patung semuanya...

sabar kagawa japan said...

kak as......kite datanggg...ohh sungguh laaa kawaii kodomo ni...kt sini jiran kite slu duk tego...suke tgk...


p/s: kak as utk pengetahuan kak as..kite slu skodeng waktu malam..almaklumlah beza waktu 5 jam dgn nihon...skg br kul 4 ptg..huaaaa...kite dtg akak sure da tido dahh uhuhuhu

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

teratur je jepun ni kan:) suka tengok the kidss!

sue-sama said...

nak layan utube ni mase kt opiss...x sbr nak dgr diorg nyanyi,,hehhe

FnF Simple Life said...

comel laaa sgt nye...anak sy tak dpt nk merasa masuk tadika...terus naik darjah 1 je...mama dia pula yg risau nih.

Sekadar Coretan said...

Sangat kagum ngn anak2 ni. Cerdik & comel.

CT said...

alololo...comeynya...:)

kasihredha said...

suka tgok mimik muka haziq waktu nyanyi tu :))