Saturday, March 31, 2012

Best Moist Chocolate Cake

Kek ni saya cuba resepi dari Kak Ida, rasanya memang lebih sedap dan moist sebab penggunaan buttermilk tu. Bahan2 lain sama dengan kek coklat yang biasa di buat. Untuk ganache tu saya ikut resepi dari blog Juwita. Thanks Ita dan Kamalia melayan pertanyaan saya tempohari. hehe.. Abaikan rupa kek yang comot, buat untuk kedatangan adik2 yang baru sampai dan yang nak pulang Msia tempohari. ;) Terima kasih tuan punya resepi asal. 


Sumber : Kak Ida ddapur
Bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan vege oil 
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan nescafe sekiranya suka)
Cara Penyediaan : 
  • Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan
  • Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  • Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
  • Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang.
  • Bakar suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
 
RUJUKAN :http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :
 
Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
 

Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Boleh digunakan.



Resepi Chocolate Ganache
Sumber : Juwita

200 ml whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- ita tak letak
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah

cara

  1. Didalam periuk kecil atau double boiler didihkan whipping cream
  2. Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
  3. tambahkan golden syrup( jika perlu)
  4. setelah sebati kacau dan boleh padamkan api.

10 comments:

FnF Simple Life said...

ganache tu guna choc meiji yang berat 59gram sekeping tu ke k.as?

rosmina samin said...

Yay... My feveret :p

ADEEYA said...

Sedapnyaaa~ hihi

シャイマ said...

sedapnye nampak! i love simply decorated chocolate cake mcm ni yg moist and looks so yummy!

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu As.kalau kek coklat mmg suka sokmo.belum pernah guna buttermilk dlm kek coklat...nanti boleh cuba.
re;tkasih As bagi tip ttg setting tu..

Asmara said...

FnF, haah yg 58g tu, 2 keping. InsyaAllah cukup sebab tambah 4 sudu serbuk koko. ;)

thanks all. :D

Kamalia said...

ok,nanti nka cuba resipi kak ida ni pulak..sbb guna telur 2bijik je,pastu takyah guna susu pekatkan.masuk list..

Nuwairani said...

coklat meiji! terlupa pulak nak belii masa gi sana hari tu..rupenye glemer jugak coklat tu.

Juliet_iRa~" said...

oohh ada tambahan bahan ea..hee

sll buat y biasa je..hee

:)

mgkin nt blh cuba..heeee

FnF Simple Life said...

oh...tq...selama ni buat choc ganache guna cooking choc + fresh cream...punya la mahal kos nye... choc meiji sekeping baru 77yen kan...jimat3x