Friday, February 17, 2012

Telor putih di Jepun

Mula2 beli telur kat sini ingatkan warna putih ni telur itik. Rupa-rupanya memang telur ayam. Selama ni yang tau telur ayam warna coklat gitukan. Tapi ada je telur ayam warna coklat tu, tapi harganya mahal sikit dari yang putih. Harga telur pun tak sama setiap kedai, kalau yang berkualiti macam organik tu mahal la sikit. Telur yang dijual pun ikut size. Biasa untuk size S harganya 99yen sepeket. Kalau yang ini size LL 180yen. Biasa saya beli yang mix (140yen), kadang2 harga telur ni pun berubah2. Selalu jugak beli size L, kalau sale size L dijual 99yen sepeket, masa ni la borong lebih2. :D
Setiap paket telur ni ada diletak tarikh. Tarikh ni bermakna luputnya tempoh untuk makan mentah. Orang Jepun kan suka makan telur mentah dengan nasi ataupun mee. Jadi selepas tarikh yang ditulis tu telur tu dah tak boleh makan mentah. Tapi kami tak makan telur mentah, memang semua buat masak.
Telur yang siap dipaket ni memang dah siap cuci bersih jadi takdelah najis2 yang tertinggal. hihi.. rasanya kalau beli telur kat msia tu harus cuci berkali2. huhu.. saya kadang takut nak makan roti telur kat msia tu sebab orang yang buat roti canai telur tak tau la basuh ke tak telurnya. Ayoo.. makan roti telur dgn najis gitu. huhu.. (pernahkan tak lama dulu dapat email tentang telur ayam perlu dibasuh sebelum digunakan) hehe.. eh melalut dah. Mudah2an apa yang masuk dalam perut kita adalah dari makanan yang bersih dan halal. InsyaAllah..

*Baru balik melawat sekolah Batrisya, hari ni ada hari terbuka Atago Shogakko. ;)

18 comments:

Mixed-family in da house.... said...

bukan setakat org jepun putih2 yer, telur ayam pon putihhhh....menarik.....

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

murahnyer kalo dpt 99yen sepeket....x pernah jmpa rega gituew kat sini ...paling murah dulu beli L saiz 145yen taw....if hari selalu beli rega 180yen gituew...

ADEEYA said...

Wahh. hihi tak pernah jumpa tlur ayam warna putih kat sini hehe. hari terbuka Atago Shogakko tu apa? :)

Cik Pi said...

Rupenye telur ayam...ingatkan telur itik....asal putih je mmg ingat telur itik....ha3..selalu pikir diorang ni makan telur itik je ke bile tgk drama jepun...

Asmara said...

Mixed family, ada gak yg gelap, orang Okinawa. hehe..

Ayu, kalau sale je tu. ;)

Adeeya, hari terbuka sekolah. ;D

Pqah, kan! mmg ingat telur itik dulu. hehe..

Ijah EmoTemo said...

heheh first time tengok ni hehe.. igtkan telur itik tadi heheh

ijayuji said...

Salam kak, masa memula dtg sini pun kita ingatkan telo itik, bila cek harga mmg mahal giler! rupanyer imported dr japan, pastu tanyer dgn ninja, telo itik eak? dia kata telo ayam, nak terbahak ketawa ahahaha... pemikiran org jepun ni melampaui dr pemikiran kita, :D

kasihredha said...

diaorg mkn mentah ye..

memang sesetengah telor kat msia mmg kotor....berkali2 kena basuh

nazayiena said...

Ingatkan tadi telur asin sbb kaler putih bersih,biasanyakan klu telur ayam kpg yg barukan warna putihkan dan lama2 baru berubah kaler coklat....

Irfa said...

betul tu awak..rasa nak bawak je telur yg dah dibasuh dr umah suh buatkan roti canai ;)

pertama kali tgk telur ayam warna putih

jamilahamzah said...

ooo, pttler bila tengok rancangan masakan luar negara..dia pakai telur putih..telur ayam rupanya...hehe.. masa tengok tu cam konfius jugak... dalam hati dok pikir jugak mungkin telur kt sana warna putih kot.. rupa2nya sangkaaan saya mmg betul...

lady lavender said...

pasai dah terbiasa tengok telur ayam kaler putih, masa balik mesia aritu tercari-cari telur dlm peti ais mak. padahal telur depan mata. kelakar pasai terlupa kejap dgn telur kat mesia kaler cokelat hiihi...Dah tu bila tengok telur kaler cokelat tu rasa mcm pelik pulak :-))

LydSunshine said...

Canner dia bleh putih? Mmg semulajadi mcm ni atau derang dah proses taruk apa2?

Nadiah Sidek said...

sini pun telur ayam warna putih juga. ingatkan kat negara uncle sam je telur warna putih. rupanya kat sana pun putih juga ye :D

Asmara said...

Lyd, mmg telur sini warna putih. baka keturunan. hehe..

Ibu Darwisy said...

wah telur putih ek kat sane..erm baguskan siap basuh..kite kat m'sia ni kene cuci dulu..hehehe

Hanis MY said...

tula hanis pun ingtkan telur itik haha kompius betul, telur kalr mcm kat mesia tu mahai ya ampunnnn

Juliet_iRa~" said...

wahh menarik la telur kat sn..:)

heee