Thursday, February 16, 2012

Jumpa Ha-isha (Doktor Gigi)

Appointment dengan Ha-isha(doktor gigi) minggu lepas. Masa ni appointment untuk Mama, Batrisya dan Haziq. Mama cuci gigi je, memang tiap 6 bulan sekali mama akan cuci gigi kat sini. Batrisya dan Haziq check gigi. Batrisya cuci gigi sekali, gigi dia yang berlapis. huhu.. sian dia, nampaknya macam kene pakai braces sekolah menengah nanti. Haziq mula2 tak nak check, tapi lepas kene pujuk ok je dia. Tu muka kene paksa la. hehe..
Gigi Haziq bahagian depan (atas) ada mushiba (gigi rosak). Tapi yang lain ok, Ha-isha pesan berus gigi tiap malam dan tak kasi minum susu guna botol lagi. Tak nangis pun dia, biasa doktor gigi memang lemah lembut dan baik kan!
Tengah tu Batrisya tengah check up, mama tak pergi dekat pun, takut pulak nak tengok. hehe..
Bahagian ruang menunggu klinik. Bayaran untuk 2 orang 4500yen. Haziq percuma sebab 4 tahun. Nasib baik tak perlu datang lagi, sebab kalau ada gigi yang rosak kene appointment lagi. Tapi best service yang cepat, teratur dan tak perlu menunggu lama. ;p

19 comments:

kasihredha said...

oohhh dentist dlm bahasa jepun haisya ye.
suka tengok labcoat dentist tu...warna pink :)

keep smiling :)

Amie said...

Mushiba..gigi rosak ye...lepas ni nak sebut mushiba...mushiba...he he hehh, bagusnya anak-anak rajin check gigi ye As.

Ijah EmoTemo said...

heee dah lama tak pergi jumpa doc gigi ni. heheh

cik cek said...

eeeee...takutttt...jumpa doktor gigi...akak sampai dah tua ni ...setiap kali jumpa doktor gigi...hati mesti dap dip dup...ngape ek... :)

Nadiah Sidek said...

kat sana murah ke charge jumpa dentist, kak? sini mahal sangat. dah la insurans tak cover melainkan sakit je. kalau tak sakit gigi, tak payah la jumpa dentist..cekik darah! huhu. balik malaysia nanti la baru cuci gigi 6 bulan sekali

My name is Pqah said...

Nak pi check gigi kat sanalah....sini Doktor garang....Tapi penah jmpe Doktor lemah lembut....suka pegi klinik dia.

Nazayiena said...

Nama doktor gigi dlm bahasa jepun 'Haisa'cam nama org pompuan.....
Ok le anak As nak juga jumpa dr gigi....

ijayuji said...

Salam kak! Haarlah!! Sib baik akak buat n3 ni wakakaka.... Kita rasa da lebih 6 bulan tak g cek, masa last g cek puasa tahun lepas, eh? Da 6 bulan belum? Ahahaha..... Nk kena buat app. jugak tp masa last pergi staff dia org akn kol bila da cukup masa 6 bulan nanti, ni ni tgh mimpi agaknyer :D

SURIA AMANDA said...

bagusnya..x takut pun..kalau mama long ni..mmg la cuak kan...xde makna nak jumpa kalau x betul2 sakit..

Izan said...

wow bestnyer pengalaman itu... salam kenal :)

LydSunshine said...

tak nampak pun muka Haisha. Ceh macam nama or plak. Cun tak haisha tu?

nur easy said...

masa duk sana, elok je boleh ikut 6bln skali check up.. mungkin rs selesa dgn service kat dentist dia.. senseinya pun hensem ;)

Cik TeN10 said...

Em kos perubatan kt sni mmg mahal pn tp service diorg mmg terbaik !! =)

ADEEYA said...

Wahh haisha. Hehe me takut jumpa haisha. Mmg harapan lah. Haritu sakit gigi menangis bagai nak rak pun tak pergi dentist. Takut :|

Hanis MY said...

tak pernah g dentist takuttt wuwuwu baik je haziq jumpa haisha

MEDIHA OMAR said...

Cantik tempat dentist dekat sana!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nak gi cuci gak la
teringin nak buat whitening la akak
nak kasi bercahaya sket gg ni ngeee

Kamalia said...

bestkan haisha sini..lembut dan baik sungguh.
hehe.saya 2minggu lepas baru siapkn root canal saya yg tertangguh 7bulan..

Asmara said...

Nadiah, act. mahal, tp ada insurans jd ada diskaun.

Lyd, haruslah cun, selesa aii nak bukak mulut. hehe..