Wednesday, February 29, 2012

Sosej Roll


Minum petang dengan sosej roll. Serius sedap dan yg penting cepat tak perlu tunggu roti naik berganda2. Musim2 sejuk begini roti lambat naik, nak letak depan heater kene kacau budak2, panaskan  kat oven pulak bazir letrik. wahaha.. Sosej roll ni recommendation dari Kamalia yang beritau roti ni sedap, dah le sedap, senang pulak tu. Bila dah cakap macam tu terus la bersemangat nak mencuba. ;D
Resepi asalnya untuk buat donut tapi boleh buat lain2 kuih jugak. Selain tu boleh jugak difrozenkan. Anak2 pun suka. Terima kasih Kamalia atas cadangan resepi dan tuan punya resepi. Memang akan selalu la guna resepi ni. ;)

Sumber: Hasue Myresipi

Donut..Donut..
Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut)

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok; saya guna 1/2 tepung gandum, 1/2 tepung roti)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara- cara:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
* memang tak perlu perap pun adunan ni, kuih tu memang jadi gebu-gebu dan lembut sangat..
* cuma tuk burger malaysia tu, kena goreng guna api yang kecil..Kalau yang ni mungkin kena penaik sikit adunan tu ..

12 comments:

rostina76 said...

salam as...u buat sosej roll tu goreng ke bakar? yelah, amatur mcm i ni blur skit. resepi hasue tu kan bt donut dia goreng. u punya?

izahdaut said...

pernah gak buat. tapi buat donut. mudah kan

LYAfrina said...

sedapnyerrrrrr

ADEEYA said...

Ohh makanan! :D

Liza Razak said...

nak cuba jugak resepi ni !! thanks for sharing

Unknown said...

Salam asmara ku,

Saje tambah2 kat situ...ahaks!

Sedapnye nampak sosej gulung2 tu... Teringin nak mkn & buat...masalahnye nak cari bahan2 tak reti kat sini...huhuhuuuu...

Shortening tu ape benda ek... Selalu org sebut2 tp tak pernah tau mcmana rupanye...

rosmina samin said...

Nak Cuba la.... Hihihi

nur easy said...

nampak sedap..;)

Kamalia said...

hehe..memang sodpa dan sonangkan kak..

nazayiena said...

Dulu kak Nurul pernah buat jugak tp x berapa gebu rotinya...

Wa said...

selalu beli je...tak pernah buat , baru je nak masuk dapur , sorang tarik baju..sikecik lagi satu tarik kain... adoiiiii...

Asmara said...

Rostina, wsalam. Saya pun goreng, huduh sikit rupanya. Hehe.. Gorengan pertma tu minyk panas pulak. :D

Marya, shortening beli dr msia. Kedai kek wajib ada. Hehe..