Hari Jumaat lepas mama pergi sekolah Batrisya ada hari terbuka. Waktu ni semua ibu bapa boleh masuk sekolah dan tengok aktiviti pembelajaran harian sekolah. Balik tu mama ikut Batrisya balik, sekolah di Jepun semua pelajar akan berjalan kaki. Tak ada bas sekolah pun sebab setiap 2km ada sekolah. Jadi semua budak2 pun jalan kaki. Setiap jalan besar memang disediakan lorong kecil untuk bejalan kaki dan juga basikal. Sebelah kanan tu jalan raya besar yang dah tak nampak.
Sebelum balik semua pelajar kene berkumpul depan sekolah dan balik ikut group masing2. Group ni dibahagikan mengikut tempat tinggal. Group Batrisya ada lebih 6 orang, tapi kelas berlainan. Untuk tahun 1 ada 2 orang yang balik sama.
Group Batrisya, belakang tu budak tahun 4. Mula2 jalan sekali, tapi sebab mama ada dia berjalan berdua je dengan kawan dia.
Banyak pulak snap2 gambar, letak je la kat sini. ;)
Macam ni la tiap2 hari sepanjang musim salji ni, berjalan sambil main salji. Patut la bila sampai rumah habis basah glove dan seluar.
Laluan untuk lorong jalan kaki, sebelah tu jalan raya utama. Dah jadi dinding salji bila jalan raya dibersihkan. Hari ni best cuaca panas menjejak 4C. tapi malam terus turun mendadak -4C pulak. Gambar untuk kenangan Batrisya nanti. ;)
16 comments:
salam perkenalan kak....jalan2 dan saye datang jenguk2 blog akak....hehehe
Lama jugak musim salji nie ye As....
Musim salji nie rugi klu x main salji....
mesti batrisy abesar2 esok happy dpt tgk gmbr2 ni :)
bestnyaaaa saljiii heheheh
wah..setiap 2km ade sekolah..jepun negara maju kan kak asmara..bukan mcm mesia..hehehehe
Seronoknya As tengok. Memang gambar ni akan jadi kenangan buat Batrisya nanti. Kecik2 kira dah belajar berdikari juga anak2 Jepun ni kan. Bagus!
haha sambil2 jalan sambil2 main salji.. memang kenangan betul lah.. kat mesia nt xde dah salji tebal2 gini.. =)
Kat sana sekolah budak2 pakai school bag sama ke As? seronok ye pengalaman bdk2 ni main snow. Btw lama lagi ke u al @Japan? husb keje sana@study? eh byk tanya plak ros ni. hehe xpekan nak bkenalan kena tau serba sedikit latar blkg. ya tak?
bestnyaaa.. comel je dia, tu bestfriend batrisya ke kak as?
bestnya dpt main salji...hihihhi
musim salji tak habis lg yer?
Bagus kan ajar anak2 jalan kaki. Kalau kat Malaysia nak jalan kaki bapak le panas. Pastu bahaya plak tu. Dengan jalanraya sesak, pastu penjenayah lagi....
Egegegege..... Sejukkkknyerrrrr.... Kdg tu teringin sgt nk tggl kat tempat yg byk salji ni tp bila pkir2 balik tak tahan dgn sejukkkkkk!!! Hihihi... Mcm manalah nanti kita ni klu kena duk japan for good, mmg frust lerrr nk lyn kulit yg kering dgn gatal2 :D
kalau kat malaysia mcm ni...sgt senang..xde nak semak2 otak fikir nak cari bas sekolah...
rajinnya mama jalan sekali..ni haqem dengan papa dia?
seronoknya balik jalan kaki dgn kawan smbil tu dpt lak main salji :D
masa ni la nak main salji pun..kan batrisya, kan? habis winter nanti takde salji dah :D
Post a Comment