Wednesday, February 22, 2012

Yonezawa Yuki Matsuri

Yuki Matsuri (Snow Festival). Sambungan waktu malam pulak. Masa ni papa pergi sorang je, dah sejuk malas bawak budak2.
Ada hanabi (bunga api). Juga lampu yang bewarna warni.
Lampu dalam salji. Ada lukisan seperti tanglung yang dibuat oleh kanak2 yochien(tadika) berdekatan.
Lilin yang dipasang dalam salji, Cantik..
Lampu yang bertukar2 warna.
Totoro anime kesukaan budak2 ni terutama Haqem. Lebih cantik waktu malam dengan cahaya lilin dan lampu. Yuki matsuri ni setiap tahun diadakan, pada bulan Februari. Sebab salji yang banyak dijadikan satu festival. Apa yang best bila ada matsuri ni banyak la gerai jual makanan, hehe..  ada sotong bakar, sup ketam dan takoyaki yang menjadi pilihan selain coklat banana kesukaan Haziq. Tahun ni salji yang turun sungguh lebat, terutama hari Ahad, nasib baik kami sempat pergi Sabtu tu. Tapi memang seronok dapat merasai festival sebegini. :D

14 comments:

Hanis MY said...

cantik pulak totoro tu bila ada lilin (tak habis2 dgn totoro haha)

ADEEYA said...

Lawa lah :D

Cik TeN10 said...

Sotong bakar/ ika yaki mmg sedap pun.. Tiap kali pergi matsushima mesti beli..

Cantiknye view waktu mlm..=)

Nazayiena said...

Cantiknya lampu2 dan ukiran tu....

Unaizah said...

Pemandangan waktu malam lagi cantik dari siang. Maybe sebab dihiasi lampu.

kyo_9 said...

matsuri camni banyak belah atas..
kt belah bawah ni gempak waktu natsu je (-_-")

kasihredha said...

misti sejuk gtiler waktu ni kan..
tapi cantikkk sgt

LydSunshine said...

Cantiknya.... speechless.

nur easy said...

cantik lampu dlm salji tu..;)

Mixed-family in da house.... said...

Sungguh cantik...kalau berdepan, sure lagi cantik kan Kak As....

Sue @ Nenie said...

Salam Kak As..manarik dan cantik betul suasananya..ni tgk dlm gambar...kalau tgk real mesti lagi best kan...

Kamalia said...

totoro..saya asyik lupa je apela anime yang diorang duk tengok kat umah akak dulu..ni baru teringat..hehe

Ain SSB said...

Cantiknya! Best la kat sana snow punya tebal sampai bole buat camni! But Ain dah cukup dah main snow...tak tahan sujukkk. huhu.

Teratak Hami said...

cantiknya ... !!!