Saturday, January 28, 2012

Video Perjalanan Yamagata Sendai

Takde keje semalam, dalam perjalanan dari Yamagata ke Sendai suka2 je ambil video guna iphone. Video sekejap2 tak sampai seminit. Jalan tak stabil dan berais, gambar pun goyang. Saje simpan sini buat kenangan.

Oh ye pergi ke Sendai ada urusan, dah sampai Sendai berkesempatan jumpa tuan puteri Hanis, walau sebentar, hehe.. tapi takde nye sebentar terus jadi jam2 jugak. Ingat nak pas barang je, Hanis bawak kami makan kat Restaurant Thai. Sekali lagi terkilan sebab tak snap2 gambar, dah lewat jugak masa tu. Oh ye husband Iryd (Pitt) pun turut serta. Katanya dalam seminggu ni dah 4 kali datang. wahaha..  tapi memang sedap, teringat2 sampai sekarang. Masakan original Thailand memang sedap dan pedas.

Sendai semalam yuki turun agak lebat, jalan jadi licin dan berais, kami hampir2 tak lepas nak naik bukit, dan sekali tu tergelincir. Kowaii! Jalanraya pun jadi jammed teruk, semua kereta bawak perlahan dan ada jugak accident. Tapi tak ada kemalangan jiwa. Perjalanan 17km sepatutnya 30 minit terus jadi 2 jam!


Area Nanyo Yamagata.

Masih di Nanyo, Yamagata

Yamagata.

Nak masuk Miyagi. Terowong yang hebat2 di Jepun.

Ni nak ambil gambar lori tabur garam, sempat ambil sikit je dah belok kiri lori tu. Garam ditabur bahagian bawah.

Perjalanan pulang, ikut Fukushima. Seram jugak jalan ni, sebab ikut gunung2 gitu. Nasib baik highway Tohoku free, dan nasib baik salji tak begitu lebat. Pernah kene dalam perjalanan ada ribut salji, semua kereta kene berhenti tak boleh gerak sebab tak nampak apa. Pengalaman berada di Jepun. ;)

*Pagi tadi account google kene block. Nak register untuk youtube, sekali masuk tahun lahir Batrisya terus kene block sebab bawah umur 13 tahun. Sabo jela, blog ni pun tak boleh tengok siap kata blog ni dah kene delete, terperanjat makcik! Ada 3 cara nak unblock, kene bagi original tahun lahir, by email atau fax. Tapi amik masa berhari2. Terus decide amik opsyen ke 3. Bayar! huhu.. tak pasal je bayar kat google tadi, tapi nasib baik 30 sen dollar = 23yen=RM0.90 sen. Ok lah kan 15 minit je terus boleh bukak balik account. huhu..

8 comments:

sue-sama said...

salam, aah akak..da selamat sampai..ni da kat utp tronoh yg terchenta ..hehehe..


semestinye akak!! nk mkn nasi kerabu warne biru cantik tu!

Cik TeN10 said...

ahaa ni lah dia cabaran time musim salji ni kan.. jalan licin sgt.. penah dlu ktorang nampak keta terbabas masuk dalam hutan.. tergelincir gamaknya sbb jalan licin kt selekoh..

anak2 akak speaking nihonggo ea? comel je dgr diorg speking nihonggo.. kecik2 dh speking mesti pera-pera/lancar je kan.. jeles ! huhu

Hanis MY said...

Sabai2 kap kun kap... Nnti kita g lg eh kak as tak puas jumpa skejap je wuwuwu... Arigatou tat telur mobiles dgn omiyage I likeee muah muah hehe over btw..

Soo Hae Daa said...

Bestnya view...putih2 cenggitu...nak p sana gk..!!hehehehh
Erm..nasib baik xmhl kn byr kn..? Nape lak tb2 leh jd cenggitu ye..?

Juwita Jamaludin said...

Bila tgk salji nak main best je As tapi kalau mcm ni kowai gak

Cho Zila said...

bestnyer kalau dapat tengok pemandangan ini depan mata sendiri....

Asmara said...

sue, jumpa kt msia nnti!

Fatin, tu la accdnt yg bahaya jln licin. Budak2 sekolah mmg cepat cakapnya. :D

Hanis, sawadikap2.. haha.. ok nnti roger2 lg. ;D

Asmara said...

Soehaedaa, meh dtg! tu la x tau la google kan ada polisi baru, saja gatal haritu nak register acc. utube baru, tetiba plak kene block. haha..fadan muke aii.

Ita, alah bisa tegal biasa. hehe..

Cho Zila, Insyaallah satu masa nnti. ;D