Monday, January 30, 2012

Ribut Salji

Jangan muntah dan jemu asyik tengok salji je kat sini. ;) Malam tadi ribut salji melanda tempat kami, tapi takde la ribut yang merbahaya, cuma angin kuat sekali sekala gitu. Pagi tadi masa hantar Haziq ke luar rumah, pintu masuk bangunan tak boleh bukak sebab keras jadi air batu. Kene tolak dengan kuat atau jirus dengan air panas baru ais tu mencair. Pintu dan tingkap memang tak boleh bukak la, air dalam rumah pun jadi ais, tak payah simpan dalam peti ais, suhu dalam rumah kalau tak pasang heater lagi sejuk dari suhu dalam peti ais. ;) Pagi ni suhu -7C.
Tangga dalam bangunan, sebab ribut malam tadi habis salji masuk dalam kawasan bangunan.
Minggu lepas dah hampir suku salji mencair sebab cuaca panas ada matahari.  2/3 hari ni salji turun berterusan meninggikan balik salji yang sedia ada. Paling tak larat kalau nak keluarkan kereta nak membersihkan salji sekitar kereta memang amik masa setengah jam! kadang lebih kalau kene buat laluan lagi. Bagus untuk exercise musim sejuk. hehe..
SubhanaAllah.. memang cantik melihat keindahan alam yang jarang sekali dapat dilihat. Bersyukur kami merasa duduk di negara 4 musim. Pasti paling dirindui adalah salji! Kami juga bertuah merasa sebenar2 musim sejuk di tempat yang bersalji. Walau tebal macamana sekalipun salji, kehidupan orang2 disini tetap berjalan lancar seperti biasa. Saya pasti akan merindui melihat salji turun dari langit dan berjalan meredah salji tiap hari. Pengalaman ini pasti saya tak akan lupakan sampai bila2 dan jadikan kenangan bila pulang nanti. ;)

23 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

umah ayu if pepagi tingkap mmg x leh buka sebab jadi ais gak...tgh hari baru ok lepas cair...issyyy duduk kat tmpt byk yuki ni sometime susah gak ekkk

Kamalia said...

betul kak..nanti dah balik for sure akan rindukan semua kenangan kat sinikan..
serius memang sejuk sangat, pagi tadi -12 dan hari rabu dan khamis jadi -14..tak tahu macam mana nak ke dapur..tetiba..haha

Cik TeN10 said...

betul.. nt dh balik mesti rindu balik zaman bermain salji.. mesti teringat balik tergelincir jatuh sebab jalan licin segala.. kenangan yg bkn semua org dapat lalui.. salah satu tujuan sy berblog tu lah.. nak smpan kenangan2 ketika di perantauan.. :)

btw akak berapa lama lg kat sini ?

p/s : nk order baby boooties/ skrg mmg xleh la sbb ngah exam and busy ngn thesis.. kl bln 3 nt boleh la... cuti musim bunga

Liza said...

huhhhh, tgk pun dah terasa sejuknya kat situ....

シャイマ said...

hehe tempat syaima smpai lutut je pun dah tension. haritu tgk map masa nk g sendai patut la tmpt akak byk gila yuki, tengah2 bukit rupanya.tapi cantik kan duduk tgh2 nature ni, tgk bukit2 penuh yuki,tenang je bila tgk kat luar.;D. akak bila balik msia?

nur easy said...

subhanallah.. cantik sungguh. tak berkesempatan rasa suasana yuki tebal macam ni..;)

Zurina Hj.Zainal said...

wah...bestnye...kt sini kalau nk rasa salji g genting jer...

kyo_9 said...

uwaaaa...
taihen desu neee~~~

Kamsiah said...

salam
indahnya kejadian Allah...

LydSunshine said...

Tak lambat ke nak pegi keja, kalo nak kuarkan keta pun amik masa lama?

Nazayiena said...

Cantiknya view musim salji.....xkan jemu melihatnya dan bertuah dpt merasa musim tersebut.....

Asmara said...

Ayu, alah bisa tegal biasa gitu eh. ;)

Kam! haha.. tau xpe. sib baik rumah ai sederet dapurnya. ;D

Fatin, tak berapa nk lama, fuyu last. ;)

Liza, hihi.. sejuk!

Asmara said...

Syaima, betul2 duk kat tengah peta jepun. bahagian jantung, hehe..

Easy, xpe la nnti bila2 boleh dtg lagi kan, kat mana2 ke. hehe..

Kak ju, genting ada eh? hihi.. x tau.

Kyo9, taihen!

Asmara said...

Kamsiah, kan! terima kasih. ;)

Lyd, pengurusan masa yang penting. hehe.. tp sini jrg guna kereta, jln kaki je. ;)

Kak Nurul, Alhamdulillah..

kasihredha said...

bestttt tgok gambar salji memutih ni...indah

Nieza said...

bestkan tgk salji baru turun ni...putih jer view memang indah sekali ciptaan Allah. kami kat Finland ni kuat sejuk snow pun byk juga semlm lori angkut snow dtng sampai 3 lori angkut keluar.memang bertimbun mcm bkt dah.

izahdaut said...

ya Allah... seronok tengok salji. tak bahaya ke ribut salji ek? mcm batu ke bila salji tu ribut? memang ..kenangan indah kan dah balik negara tak de salji nanti

Asmara said...

Kak Kasih, mmg suka sangat!

K Nieza, kan! letih jugak bila terlampau mcm ni. ;D

Izah, salji lembut je, kalau ribut duk diam2 dalam rumah, jgn keluar. hehe..

MaryaYusof said...

Bestnye salji...yuki :)
Rs mcm nak baring2 je... yelah pengalaman yg mmg sapa pun tak boleh lupa kan... untung & tuah org sahaja yg merasa :)
Subhanallah...

Hanis MY said...

cantiknyaaa...pengsan! rasa nak guling, hari tu g dh malam, kalau siang mau panjat yuki tu cm haziq buat tapi for sure kena marah dgn cik abam haha...

Asmara said...

Marya, Alhamdulillah..

Hanis, nnti dtg lagi tau! 3 hari ni turun lebat makin tinggi. huhu...

harleena said...

Ya Allah, cantik sangat pemandangannya.. Pengalaman yang tak boleh dilupakan bila dah balik tanahair nanti..

sue-sama said...

nk yuki akak//huhu